Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

SYEIKH Muhammad Mutawalli Al-Sya’rawi, seorang ulama dan pendakwah tersohor dari Mesir menulis dalam bukunya: “Allah SWT menyebut mengenai hikmah di sebalik Dia menciptakan makhluk-Nya. Diberitahu-Nya bahawa hidup ini adalah tempat untuk ujian kepada kita supaya kita membuktikan yang kita melakukan ketaatan, ibadat dan beriltizam dengan peraturan Allah sebaik-baiknya.”

Tidak dinafikan kita dihidupkan atas dunia ini untuk diuji Allah. Pelbagai ujian akan kita hadapi sepanjang hayat dalam bentuk nikmat, penderitaan seperti bencana, kemalangan, kematian atau musibah lain yang menyayat hati.

Umat Islam harus menerima semua ujian dengan hati terbuka, tabah dan sabar. Semuanya adalah qada dan qadar Allah. Lebih daripada itu, kita tidak boleh mengeluh dan yang penting jangan berputus asa daripada rahmat Allah yang amat luas.

Imam al-Ghazali berkata, jika kita menyatakan beriman, bererti yakin adanya Allah SWT serta sifat-Nya, maka kita yakin Allah Maha Pemberi Rahmat. Oleh sebab itu, dalam berikhtiar hendaklah kita sandarkan…

Lihat pos aslinya 360 kata lagi

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s