Antara hak asasi dan mazhab rasmi negara


Antara hak asasi dan mazhab rasmi negara

Oleh Mohd. Aizam Mas’od
Malaysia adalah negara Islam berasaskan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri berhubung hukum syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atau undang-undang Islam yang berasaskan pegangan ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Penetapan dasar ini sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan objektif pertama adalah memelihara agama. Dalam konteks sebuah negara, tanggungjawab memelihara keluhuran dan kesucian agama terletak di bahu pemerintah. Di sini, kerajaan Islam berperanan menjalankan prinsip hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya (pemeliharaan agama dan pembangunan duniawi) berteraskan siyasah syar’iyyah.

Sebagai pengikut ASWJ, kita haruslah memahami bahawa penetapan ASWJ sebagai mazhab rasmi negara bertujuan memastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dipertahan, dibela dan dipelihara. Ia tidak sekali-kali bertujuan menindas mana-mana pihak. Namun, timbul desas desus kononnya dasar ini menyekat dan mengongkong hak asasi individu Muslim bagi menganut satu- satu fahaman, ajaran atau kepercayaan di luar konteks ASWJ.

Permasalahan ini bertambah rumit apabila ia dijaja bersama slogan-slogan keramat seperti hak asasi, keadilan, kesaksamaan dan demokrasi tulen. Penulis berpendapat, fenomena ini muncul apabila masyarakat moden mula memperkatakan soal pembentukan masyarakat sivil yang sering dikaitkan dengan pilihan, kebebasan dan tanggungjawab individu. Dalam tradisi Barat, kumpulan-kumpulan sukarela, pergerakan sosial, media massa dan lain-lain, institusi bukan kerajaan dapat berfungsi tanpa kawalan kerajaan. Dengan itu, masyarakat sivil menjadi medium bagi rakyat membahaskan apa juga isu termasuk isu-isu sensitif sehingga membabitkan kesucian agama.

Dalam konteks negara Islam, sudah tentu konsep masyarakat sivil yang dicanang oleh pemikiran Barat itu menyalahi konsep kebebasan beragama dan bersuara yang ditetapkan oleh Islam. Nilai-nilai demokrasi liberal Barat apabila diterapkan dalam semua aspek kehidupan akan menjerumuskan manusia menjadi makhluk yang berfikir dan berbuat apa sahaja tanpa batasan. Bukan sahaja dalam soal-soal keduniaan, malah sehingga mempertikai dan menceroboh kesucian agama yang dianutinya sendiri.

Itulah kesan nilai-nilai hak asasi sekular-liberal Barat yang amat bahaya sekiranya dibiar dan tidak diawasi oleh pihak pemerintah. Di peringkat antarabangsa, perjuangan menuntut hak asasi sememangnya telah menjadi agenda suci. Ia bermula dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (PHAMS 1948). Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Antara komuniti dunia terkuat yang mendukung perjuangan hak asasi ialah masyarakat Eropah sehingga mereka memaktubkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota komuniti Eropah.

Keghairahan dunia Barat memperjuangkan hak asasi menyebabkan mereka lupa bahawa di sana ada hak yang dicabuli. Umat Islam adalah antaranya. Beberapa perkara di dalam PHAMS 1948 ditolak oleh umat Islam kerana hak asasi mereka untuk mengamalkan agama digugat, antaranya Perkara 18. Bagi Islam, Perkara 18 tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat Islam dalam beragama. Islam menetapkan tujuan (maqsad) syariah yang pertama iaitu memelihara agama. Bererti Islam menolak sebarang usaha mengubahsuai atau menokok tambah sehingga merosakkan ketulenan agama. Sebarang penyelewengan dan kegelinciran yang berlaku dalam akidah dan syariah akan ditolak oleh Islam tanpa mengira sama ada ia berbentuk kepercayaan, pemikiran atau perbuatan.

Lebih teruk lagi, apabila hak asasi juga membenarkan seseorang untuk keluar dan masuk agama sesuka hati. Justeru, di mana hak umat Islam untuk memelihara agamanya? Sedangkan hukum Islam menetapkan bahawa keluar agama atau murtad merupakan jenayah berat yang perlu diadili dan dihukum. Ia adalah perbuatan yang membabitkan kepentingan umum kerana melibatkan maruah agama dan umat Islam. Bukan sekadar hak individu.

Jangan pula ada pihak mendakwa Islam telah menyanggah hak kebebasan individu untuk memilih. Bukankah PHAMS 1948 itu juga diasaskan atas dasar menjaga kepentingan umum melebihi hak individu? Jika hak individu dibiarkan bermaharajalela, apa gunanya kerajaan-kerajaan di dunia menggubal undang-undang. Bukankah undang-undang itu dibentuk untuk menyekat kebebasan individu yang ditafsir oleh undang-undang sebagai salah?

Malah terdapat satu klausa khas di dalam PHAMS 1948 Perkara 29 yang menyebut, “setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak- hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam satu masyarakat yang demokratik”.

Ini bermakna, undang-undang buatan manusia juga mengakui tiada hak asasi mutlak bagi mana-mana makhluk di atas muka bumi ini!

Begitulah Islam. Perundangan Islam telah menentukan kepercayaan, pemikiran dan amal perbuatan menyeleweng yang disandarkan kepada Islam adalah suatu kesalahan dan tidak boleh disenarai sebagai hak asasi individu. Ia adalah soal memelihara dan mempertahankan doktrin agama yang suci.

Bagi sebuah negara Islam, undang-undang perlu ditegakkan tatkala tabiat manusia tidak lagi terkawal sehingga memudaratkan manusia lain (maslahah ‘ammah). Apa lagi ia membabitkan ancaman akidah dan pemikiran. Ia perlu disekat dengan segera. Berhujah dan berdialog memang patut dilakukan tetapi perlu diawasi undang-undang. Bukankah menghina dan mempertikaikan agama adalah jenayah menurut Islam. Ia bukan soal khilafiyyah yang boleh dikompromi. Ia bukan sekadar debat bagi menentukan kalah atau menang.

Sejarah Islam sendiri telah membuktikan bagaimana para khalifah Islam pernah mengharamkan, bahkan bertindak tegas terhadap pembawa pemikiran yang menyeleweng daripada akidah ASWJ. Sebagai contoh Ma’bad al-Juhani, pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 80 Hijrah.

Pada zaman ini pula, menjadi kelaziman bagi institusi agama berautoriti mengeluarkan fatwa tertentu atau mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana ajaran dan amalan yang boleh mencabuli kesucian akidah dan syariah Islam.

Perkara ini tidak sukar sekiranya semua pihak benar-benar memahami tanggungjawab pemerintah Islam dalam mempertahankan agamanya. Jika tidak, mereka akan sering menyalahkan pihak berkuasa atas dakwaan melanggar prinsip hak asasi manusia.

Dalam konteks Malaysia, Seksyen 4 (4), Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada PHAMS 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang realistik. Islam mengiktiraf kebebasan hak asasi manusia tetapi melihatnya dalam ruang lingkup manusia sebagai hamba kepada Allah SWT. Islam mengenali apakah batas-batas kemanusiaan.

Apa juga yang menepati sifat-sifat kemanusiaan, Islam tidak menafikannya. Manakala apa juga yang di luar batas-batas kemanusiaan, ia ditegah walaupun pejuang hak asasi mendakwa ia pencabulan terhadap kebebasan.

Penulis ialah Penolong Pengarah (Akidah)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM

Tuan Guruku, Sanad Pengajianku, Salasilah Agamaku


Tuan Guruku, Sanab Pengajianku, Salasilah Agamaku

Tuan Guruku, Sanab Pengajianku, Salasilah Agamaku
inilah sebahagian dari gambar Tuan Guruku yang aku muliakan, tanpa mereka tak mungkin bersambung sanab pengajian agamaku….al-Fatihah buat mereka yang telah pergi…..dan salam rindu buat mereka yang masih sumbangkan titih peluh dalam mencetak ulama yang benar….Allah saja yang boleh membalas jasa kalian Tuan Guruku….

Kewajiban menjaga Enam Kulliyyat


di salin oleh: Mohammad Omar S.Th.I
tajuk; Kewajiban menjaga Enam Kulliyyat

Kewajiban menjaga Enam Kulliyyat telah dipaparkan di dalam penulisan Sastera Kitab yang telah menjadi rujukan dan panduan umat Islam puluhan tahun yang lalu khususnya di Asia Tenggara ini. Wajib menjaga Enam Kulliyyat ialah wajib menjaga agama, diri, akal, nasab,harta dan kemaluan.

Menjaga Agama
Dengan erti kata bahwa wajib setiap umat Islam menjaga Agamanya, iaitu agama Islam dari semua segi sampai jangan jadi rosak atau terkeluar dari agama atau murtad makannya Allah turunkan aturan bahwa sesiapa yang keluar dari agama maka hendaklah dibunuh pemerintah umat Islam melalui sabda Nabi; “sesiapa yang menukar agamanya(murtad) maka bunuhlah dia”.

Menjaga Diri
Dengan erti kata bahwa wajib keatas umat Islam menjaga dirinya, iaitu keadaan seluruh dirinya dan nyawanya, dengan bahwa jangan ia merosakkan, atau meminda atau haram baginya membunuh dirinya sendiri kerana apa pun jua alasan, makan nerakalah layak bagi yang berputus asa dari rahmat Allah yang menghilangkan nyawanya dengan sendirinya wal iyazubillah, kerana inilah Allah turunkan syariat qisas dalam menjaga diri dan nyawa manusia.

Menjaga Akal

Dengan erti kata bahwa wajib keatas umat Islam menjaga akalnya, iaitu keadaan kewarasan akalnya bahwa dengan ia menjaga akalnya dari seumpama mabuk, atau penyebab jadi gila atau mering dengan segala macam umpama ubat dan sebagainya, dengan inilah Allah turunkan undang undang had keatas orang yang sengaja mabuk ketrana untuk kebaikan manusia.

Menjaga Nasab

Dengan erti kata bahwa wajib keatas umat Islam menjaga dirinya(iaitu kemaluannya), iaitu bahwa janganlah ia merosakkan pertalian nasabnya seperti memutuskannya dengan berzina,kerana inilah diturunkan hukum had keatas penzina demi menjaga keturunan manusia.

Menjaga Harta

Dengan erti kata bahwa wajib keatas umat Islam menjaga hartanya, iaitu keadaan seluruh hartaya dengan bahwa jangan ia membazirkan tanpa alasan syarak atau merosakkan atau merampas, atau mencuri harta orang lain yang bukan hak miliknya, maka dengan ini Allah turunkan undang undang had keatas pencuri dan perompak demi menjaga harta manusia.

Menjaga Kemaluan(maruah)

iaitu maksud dari menjaga Kemaluan di sini ialah dengan erti kata bahwa wajib keatas umat Islam menjaga kemaluannya, iaitu maruah dirinya dan maruah orang lain, janganlah ia membiarkan maruah ia sebagai muslim tercalar, atau ia mencalar ,maruah saudaranya dengan mereka cerita, atau memfitnah atau mengumpat, atau membuka aib saudaranya , amat besar dosa keatas orang seumpama seperti ini.. maka dengan ini Allah turunkan undang undangnya demi menjaga kehormatan dan maruah manusia.

Dan inilah Kulliyat yang enam yang Wajib di pegang orang setiap umat Islam, yang telah disebut dan di pegang oleh umat Islam Nusantara zaman berzaman, untuk rujukannya sila rujuk kitab turast seumpama kitab Faridah Al- Faraid…wallahu ‘alam bis showab.
P/S: apa-apa saran atau pmbetulan di alu alukan.

Tahniah Tuanku…


Slideshow ini membutuhkan JavaScript.


Tahniah dari kami hamba rakyat diatas giliran Tuanku berdua sebagai DYMM YDP Agong Malaysia dan DYMM TYDP Agong Malaysia penggal berikutnya…..tahniah juga buat rakyat Kedah Darul Aman dan rakyat Kelantan Darul Naim atas giliran Sultan dan yang Di Pertuan Negeri masing masing. Daulat Tuanku, Allahu Akbar…

Jalan Makrifat-Hikam Ibnu Athoillah As Sekandari


APABILA TUHAN MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT, MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH S.W.T TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA KEPADA KAMU.

Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.

Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t. Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ( Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut )
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat – (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )

Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t. Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Abu Hurairah r.a menceritakan yang beliau r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hamba-Ku yang beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua”.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.

Pengikut – Pengikut Jalan Kerohanian- Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani


PENGIKUT-PENGIKUT JALAN KEROHANIAN

Slideshow ini membutuhkan JavaScript.

Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian terbahagi kepada dua bahagian atau golongan. Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan kerohanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafik.

Golongan kedua terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bidaah. Nabi s.a.w telah memberi peringatan, “ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bidaah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para sahabatku”.

Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian:

Hululiyya – percaya kepada penjelmaan dalam bentuk makhluk atau manusia, mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik, samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.

Haliyya – mencari kerasukan zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa syeikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi s.a.w yang dalam tindak tanduk mematuhi hukum agama.

Awliya’iyya – mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah dan mengatakan bila hamba hampir dengan Tuhan semua kewajipan agama terangkat daripada mereka. Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.

Syamuraniyya – percaya dunia ini kekal abadi, dan sesiapa yang mengucapkan perkataan abadi akan terlepas daripada tuntutan agama, lagi mereka tidak ada hukum halal dan haram. Mereka menggunakan alat musik dalam upacara ibadat mereka. Mereka tidak memisahkan lelaki dengan perempuan. Mereka tidak membezakan dua jantina itu. Mereka adalah kumpulan kafir yang tidak boleh diperbetulkan lagi.

Hubiyya – mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak menutup kemaluan mereka.

Huriyya – seperti Haliyya, enggan menjerit, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.

Ibahiyya – enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghukumkan haram sebagai halal. Mereka memahatkan pendapat ini kepada kaum perempuan. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki.

Mutakasiliyya – menjadikan prinsip kemalasan dan meminta sedekah dari rumah ke rumah sebagai cara mendapatkan keperluan harian mereka. Mereka mendakwa telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Mereka gagal dan terus gagal di dalam kemalasan mereka.

Mutajahiliyya – berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman, “Jangan cenderung kepada yang berbuat dosa”. (Surah Hud, ayat 113). Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang cuba berlagak seperti satu kaum dia dianggap salah seorang dari mereka”.

Wafiqiyya – mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Kejahilan yang disengajakan membawa mereka kepada kemusnahan.

Ilhamiyya – berpegang dan mengharapkan kepada ilham, meninggalkan ilmu pengetahuan, melarang belajar, dan berkata Quran adalah hijab bagi mereka, dan fikiran puisi adalah Quran mereka. Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi.

Pemimpin-pemimpin dan guru-guru dari kumpulan Sunni mengatakan para sahabat, dengan berkat kehadiran Rasulullah s.a.w di tengah-tengah mereka, berada dalam suasana zauk dan keghairahan kerohanian yang sangat tinggi. Pada zaman kemudian peringkat kerohanian yang demikian tidak tercapai lagi oleh orang ramai dan ia menjadi semakin hilang. Yang masih tinggal diturunkan kepada pewaris-pewaris kerohanian pada jalan kebenaran Ilahi, yang kemudiannya terbahagi kepada banyak cabang-cabang. Ia berpecah kepada terlalu banyak kumpulan sehingga kebijaksanaan dan tenaganya menjadi sangat berkurangan dan berselerak. Dalam banyak kes segala yang tinggal hanyalah rupa yang dibaluti oleh pakaian guru kerohanian tanpa sebarang makna, kekuatan dan tenaga di bawah pakaian tersebut. Walaupun dalam suasana kosong itu ia masih juga berpecah dan berganda, bertukar menjadi bidaah. Sebahagian menjadi Qalandari – peminta sedekah yang mengembara. Yang lain menjadi Haydari dan berpura-pura menjadi wira. Yang lain pula menamakan diri mereka Adhami dan berpura-pura mengikuti wali Allah Ibrahim Adham yang meninggalkan takhta kerajaan dunia ini. Masih ramai lagi yang lain.

Dalam zaman kita mereka yang mengikuti jalan kebenaran sesuai dengan hukum agama menjadi semakin berkurangan. Pengikut-pengikut yang benar pada jalan ini boleh dikenali melalui dua kenyataan. Pertama, kenyataan zahir, yang menunjukkan keadaan kehidupan harian mereka yang dibentengi oleh hukum dan amalan agama. Kedua kenyataan dalaman, contoh teladan yang si pencari itu ikuti dan lahirkan dan dengan apa yang dia dibimbingkan. Sesungguhnya tiada yang lain untuk diikuti melainkan Nabi Muhamamd s.a.w, yang menjadi teladan, yang pada satu masa dahulu baginda sendiri berada dalam suasana mencari dan kebenaranlah yang baginda cari. Tanpa ragu-ragu roh suci baginda sahaja yang menjadi perantaraan. Itulah undang-undang yang mesti dipatuhi oleh orang yang beriman bagi penerusan kehidupan agama dalam kehidupan. Cara lain, wali yang memiliki pesaka kerohanian Nabi s.a.w boleh memberkati si pencari dengan kewujudan kebendaannya. Sesungguhnya syaitan tidak boleh mengambil rupa Nabi s.a.w.

Waspadalah wahai pengembara pada jalan kerohanian, orang buta tidak boleh memimpin orang buta. Perhatian kamu mesti bersungguh-sungguh agar kamu dapat membezakan kebaikan yang paling kecil daripada kejahatan yang paling kecil.
dipetik dari Sirul Asrar-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani…

PERJANJIAN 1909 ANTARA INGGERIS DENGAN SIAM SERTA LATAR BELAKANGNYA


Slideshow ini membutuhkan JavaScript.


PERJANJIAN 1909 ANTARA INGGERIS DENGAN SIAM SERTA LATAR BELAKANGNYA
Oleh: J Chandran. UKM

Satu peristiwa yang merupakan tanda yang panting dalam perkembangan sejarah moden Malaysia adalah Perjanjian 1909 antara Siam dengan Inggeris yang memisahkan empat buah negeri Melayu di Utara Semenanjung daripada naungan Siam dan mengikatkan mereka dengan jajahan British, Mulai 1909 sempadan di antara Siam dengan Malaysia telah ditentukan dengan cara kebetulan sahaja dan sehingga ini sempadan itu merupakan suatu soal yang besar maknanya dalam sejarah moden Malaysia. Kajian ini tidak bertujuan untuk meneliti samada sempadan itu munasabah atau tidak. Sebaliknya perkara yang akan lebih dititik-beratkan adalah kedudukan dan kesan Perjanjian 1909 itu didalam konteks dasar imperialis British dirantau ini sebelum Perang Dunia Pertama.
Kebanyakan buku-buku sejarah yang menyebut tentang Perjanjian 1909 itu memperlihatkan perkembangan dasar penjajahan Inggeris di Semenanjung Melayu sebagai satu proses yang bersambungan mulai daripada 1874. Malah mengikut pentafsiran beberapa ahli-ahli sejarah perluasan jajahan Inggeris yang berlaku pada 1909 hanya merupakan puncak dari usaha-usaha Kerajaan Penjajahan di Tanah Melayu sejak 1874 untuk dapat menarnpung seberapa banyak negeri Melayu di dalam satu kawasan jajahan yang luas serta bersatu. Pentafsiran-pentafsiran yang demikian biasanya mengambil perhatian tentang betapa pentingnya peranan Siam di dalam hal ini semata-mata kerana pada masa itu setiap negeri Melayu yang terletak kesebelah Utara Negeri Melayu Bersatu itu adalah terkandung didalam kawasan-kawasan Siam. Seringkali terdapat juga di dalam perbincangan mengenai perkara tersebut sedikit-sebanyak yang menyentuh tentang hubungan diantara Inggeris dengan Perancis sebelum 1909 yang dikatakan memudahkan Perjanjian 1909 diantara Inggeris dengan Siam itu. Maka, memandang dari sudut keadaan antarabangsa, khasnya dari segi kedudukan hubungan diantara Inggeris dengan Perancis menjelang 1909, kesempatan untuk Inggeris mencapai matlamatnya di Utara Semenanjung Melayu adalah sangat baik. Namun demikian kajian ini akan menggambarkan bagaimana tujuan-tujuan dasar British di kawasan Negeri-negeri Melayu Utara itu telah pun diawasi serta dipelihara lebih awal lagi. Selain daripada itu kertas ini akan menegaskan bahawa sebenarnya Persetujuan di antara Inggeris dengan Perancis pada 1904 tidak merupakan punca bagi Perjanjian 1909 yang berikutan, malah kedua-dua kuasa imperialis itu memang telah bersetuju akan kepentingan masing-masing dikawasan-kawasan yang tertentu sejak 1896.
Sejak Inggeris menakluki Hulu Burma pada 1886 dan meluasnya jajahan Perancis di Annam dan Tongking, satu persaingan yang hebat diantara kedua-dua kuasa imperialis itu telah berlaku. Pertandingan peluasan pengaruh masing-masing mula tiba kepuncaknya pada 1893 manakala Perancis dapat mencapai matlamat-matlamatnya di Laos dan kawasan-kawasan sebelah timur Sungai Mekong dengan cara menggunakan kekerasan atas Kerajaan Siam, Pada masa itu kepentingan Inggeris dirantau Asia Tenggara, terutama sekali di T’anah Besarnya, tertumpu kepada dua kawasan: di sebelah timur laut Burma dan di Selatan China, khasnya diwilayah Yunnan; dan yang kedua, di Negeri Melayu Utara sehingga Genting Kra. Di kedua kawasan tersebut Kerajaan British mempunyai beberapa kepentingan seperti perdagangan dan stratejik. Sementara itu dasar jajahan Inggeris juga telah berubah akibat peluasan Empayarnya yang agak berselerak. Kerajaan British pada tahun 1890an enggan memperluaskan Empayar British kerana adanya banyak masalah yang berkaitan dengan peluasan itu, Maka seorang negarawan British pada masa itu, Lord Salisbury yang juga menjadi Perdana Menteri merangkap Setiausaha Luar Negeri, memegang kuat pada dasar liberal supaya dapat rnengatasi masalah diplomatik dengan mengadakan persetujuan dengan negeri-negeri asing, Berbanding dengan dasar Salisbury yang tidak agresif, Perancis masih lagi terlibat dalarn perjuangan jajahan dan hanya menunggu kesempatannya untuk menakluki lebih banyak lagi kawasan buru terutama sekali di Tanah Besar Asia Tenggara Matlamat pertama Perancis adalah penaklukan Kerajaan Siam supaya tanah jajahan Indochina Perancis dapat diperluaskaa. Dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu Inggeris mula menjalankan rundingan dehgan Perancis pada 1895 untuk mengatasi masalah Siam itu tanpa sebarang pergolakan, Tujuan Inggeris di dalam rundingan tersebut semata-mata untuk menghindari Perancis daripada memansuhkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam, akan tetapi kedua kuasa imperialis itu memang sedar akan kepentingan masing-masing dikawasan Siam yang berhampiran dengan jajahan mereka. Maka dalam Pengisytiharan Inggeris-Perancis pada 15hb Januari, 1896 mereka dapat memelihara kepentingan masing-masing serta mengelakkan penghapusan Kerajaan Siam. Dalam Pengisytiharan 1896 itu dirakamkan beberapa fasal yang ayatnya tidak begitu jelas menerangkan perkaitannya dengan sejarah Negeri Melayu Utara.
Penyelidikan baru-baru ini yang berasaskan surnber Pejabat Luar Negeri Inggeris (Foreign Office), sumber persendirian beberapa orang menteri Inggeris, sumber Pejabat Jajahan India (India Office) dan arkib Kementerian Luar Negeri Perancis (Service des Archives, Ministere des Affaires Etrangeres, Quai d’Orsay, Paris) jelas membuktikan bahawa dua kuasa yang telah menandatangani Pengisytiharan 1896 itu memang memaksudkan persetujuan antara mereka itu supaya meliputi kepentingan masing-masing di Siam Timur dan Siam Selatan jua, Pada surat resminya Pengisytiharan itu hanya menggariskan sempadan kawasan negeri Siam yang akan dianggap sebagai bebas dan berdaulat dan yang tidak akan diresapi oleh kedua kuasa asing itu, Fasal yang lain tidak bersangkut paut dengan soal masadepan atau kebebasan Siam walaupun menyentuh beberapa perkara yang lain yang selama itu telah menjadi punca persaingan diantara Inggeris dengan Perancis, umpamanya, masalah Hulu Sungai Mekong, memang disentuh. Sebetulnya Salisbury bercita supaya perjanjian dengan Perancis itu mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam keatas seluruh kawasan dan wilayahnya termasuk juga Negeri Melayu Utara. Malahan kerajaan Perancis yang sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur kolonialnya tidak sanggup rnenyetujui chadangan Salisbury kerana mereka mengharap-harap akan kedudukan Perancis di Indochina meresapi kawasan Timur Siam pada satu masa kelak. Maka Pengisytiharan 1896, walau pun menetapkan kebebesan Kerajaan Siam di dalam kawasan Lembah Sungai Chao Phya, tidak menyentuh sama sekali kedudukan kawasan yang diluarnya. Hingga kini ahli-ahli sejarah tidak dapat menerangkan apakah sebenamya maksud kedua kuasa imperialis itu mengecualikan Siam Timur dan Siam Selatan dalam Pengisytiharan tersebut. Hanya setelah meneliti sumber-sumber baharu yang telah disebutkan tadi sahaja dapat dipastikan bahawa Inggeris dan Perancis “telah bersetuju bahawa kawasan yang tertentu itu dikecualikan daripada jaminan am yang telah pun mereka berikan keatas kebebasan Siam di Lembah Chao Phya Sebetulnya mulai 1896 Inggeris dan Perancis telah mernpraktikan teori baharu bagi kepentingan masing-masing yang bermakna bahawa dikawasan Timur Siam yang berhampiran dengan Indochina, Perancis akan memainkan peranan. sebagai kuasa utama sementara Inggeris pula akan menuntut hak keutamaannya diwilayah Siam Selatan. Oleh yang demikian tidak benar pula jikalau dikatakan hanya pada 1909 sahaja Inggeris dapat mempertahankan kepentingan mereka di Negeri Melayu Utara secara berkesan. Setelah 1896 asalkan Perancis diberi kebebasan pada dasarnya di Siam Timur, Inggeris dapat membuat apa sahaja di Siam Selatan.
Namun bagitu Salisbury yang telah menandatangani Pengisytiharan itu tidak merasa senang hati kerana beliau sangat memikirkan tentang betapa mudahnya sebuah kuasa asing selain daripada Perancis boleh campur tangan dalam hal negeri Melayu itu. Bagi mencapai sebahagian dari tujuannya untuk mententeramkan perasaan Kerajaan Siam terhadap Pengisytiharan 1896 itu dan mengelakkan kemungkinan kuasa asing bertapak di Siam Selatan, Salisbury lalu memulakan rundingan dengan Raja Chulalongkorn agar satu perjanjian terlaksana diantara mereka. Disini perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Penjajah Inggeris di Tanah Melayu telah mendesak sejak tahun 1880an supaya kuasa Inggeris diperluaskan ke Negeri Melayu Utara. Sekali pun Foreign Office di London telah menentang rayuan itu. setelah Sir Frank Swettenham menjadi Resident-General yang pertama bagi Negeri Melayu Bersekutu pada 1896, kempen untuk menggabungkan kawasan utara itu dengan jajahan British menjadi semakin rancak. Disamping itu seorang tokoh faham jajahan, Joseph Chamberlain, telah pun dilantik sabagai Setiausaha Hal Tanah Jajahan dan Salisbury menghadapi desakan yang tegas mengenai dasar British di Siam Selatan. Pada akhirnya rundingan Inggeris-Siam menghasilkan sebuah Perjanjian Rahsia pada April 1897. Mengikut Per­janjian tersebut Siam memberi jaminan bahawa ia tidak akan menyerahkan sebarang tanah dikawasan Semenanjung Melayu atau membenarkan kuasa asing menampil kenegeri Melayu Utara. sementara kerajaan Ing­geris pula berjanji akan menolong Siam menentang sebarang kuasa asing yang cuba menceburkan dirinya di kawasan tersebut secara kekerasan atau ketenteraan. Kerajaan Siam juga mengaku bahawa setiap permohonan dari orang asing untuk melombong, meniaga dan sebagainya di Siam Selatan rnestilah dirundingkan terlebih dahulu dengan Kerajaan British sebelum keputusan dibuat. Perlu ditegaskan di sini bahawa Salisbury hanya dapat persetujuan Siam bagi Perjanjian Rahsia itu setelah menjalankan beberapa muslihat, kerana Raja Chulalongkorn sangat enggan memberi peranan yang besar kepada Inggeris diwilayah Selatan. Pada penghujung rundingan Inggeris-Siam Salisbury telah mengugut Chulalongkorn dengan kemungkinan Inggeris tidak akan membantu Siam sekiranya serangan dari Perancis berlaku semula, Oleh yang demikian Siam dengan merasa sedikit keberatan terpaksa bersetuju dengan syarat dalam Perjanjian Rahsia 1897 itu.
Keadaan yang pada akhirnya menyebabkan Kerajaan Inggeris mengkaji semula kepentingannya dikawasan negeri Melayu Utara adalah berkaitan dengan beberapa tanda yang merbahaya yang telah wujud antara tahun 1899 dengan 1902 disekitar Empayarnya, khasnya dirantau Asia Tenggara. Kerajaan Inggeris mula rnerasa bimbang setelah tercetusnya Perang Afrika Selatan pada 1899 dimana penentangan gulungan Boers menjadi begitu hebat hingga sejumlah besar askar Inggeris dicurahkan kekawasan tersebut untuk membasmi pemberontakan itu. Tambahan pula negarawan British memang sedar bahawa selagi kekuatan tentera dan tenaga mereka tertumpu kepada Afrika Selatan, selama itulah kuasa Eropah lain yang sedang menyaingi pengaruh Inggeris diseluruh dunia akan cuba melakukan satu tindakan terhadap kawasan yang terpenhil dalam Empayar British supaya dapat memaksa Inggeris menyetujui kehendak mere­ka yang tertentu dibenua Eropah. Lebih kurang pada penghabisan abad kesembilanbelas juga kedudukan istimewa British di Empayar China telah menghadapi beberapa cabaran daripada kuasa Eropah seperti Rusia, Perancis dan Jerman. Disamping itu, setelah awal 1898 Jerman telah mula tampil ke Empayar China secara kekerasan dan banyak kemungkinan telah timbul bahawa negara lain juga akan berbuat demikian. Maka dengan kata lain kedudukan Inggeris di mana-mana sahaja dalam konteks Empayarnya pada awal kurun keduapuluh telah terancam. Namun begitu Foreign Office Inggeris sungguh khuatir akan Jerman mengambil peluangnya untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu Utara, terutama sekali kerana Tentera Laui Jerman sedang membangun dan mereka sangat memerlukan pelabuhan yang sesuai dimerata dunia untuk menyaingi kuasa lautan Inggeris yang sehingga itu tidak boleh di landing. Ramalan yang tersiar daripada rantau Asia Tenggara pada ketika itu membayangkan keadaan di negeri Melayu Utara sebagai terlalu kucar-kacir dan oleh itu boleh memberi kesempatan yang baik kepada sebuah kuasa asing se­perti Jerman untuk bergerak. Meskipun Kerajaan Inggeris telah menandatangani sebuah perjanjian sempadan dengan Siam pada 1899 yang menggariskan sempadan antara Negeri Melayu Bersekutu bagi satu pihak dan wilayah Siam bagi satu piliak yang lain. Foreign Office di London tidak dapat melupakan soal hubungan di antara Siam dengan negeri Melayu Utara. Mengikut Kerajaan Penjajah di Singapura Siam tidak dapat menakluki negeri Melayu tersebut dengan tegas dan raja-raja Melayu di utara dikatakan pula bersiap untuk memberontak, terutama sekali Raja Patani, Memang benar bahawa pendapat yang wujud dari pihak Inggeris di Semenanjung Melayu bertujuan untuk memperkecil-kecilkan pengaruh Siam dikawasan Melayu Utara, akan tetapi beberapa kebenaran telah pun membuktikan kepada Kerajaan London bahawa sikap Negeri Melayu Utara terhadap Siam adalah bermusuhan. dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa Foreign Office Inggeris mengambil berat ter­hadap tindak-tanduk negeri Patani yang dianggap sebagai kuasa yang mempunyai daya utama antara Negeri Melayu Utara.
Perkara yang menyebabkan Inggeris menjadi sungguh khuatir ter­hadap perkernbangan politik di Negeri Melayu Utara adalah kegagalan Perjanjian Ralisia 1897, Pada tahun yang berikutnya Inggeris dan Sian telah berkali berkelahi tentang pelaksanaan Perjanjian tersebut. Disamping itu menurut sumber tempatan semakin ramai orang asing menceburkan diri di dalam perdagangan dan perlombongan di Negeri Melayu Uta­ra secara bersendirian. Meskipun hanya separuh dari mereka itu sahaja yang terdiri dari warganegara Jerman, Kerajaan Inggeris memang mensyaki bahawa Jerman adalah bertanggungjawab atas penambahan perhatian orang asing yang tiba-tiba ditumpukan kepada Negeri Melayu Utara itu, khasnya Kedah, Kelantan dan Trengganu. Pertelingkahan antara Inggeris dengan Siam timbul kerana kebanyakan orang asing itu telah memohon kebenaran untuk melombong dan sebagainya secara langsung kepada raja Melayu sendiri tanpa sebarang permintaan kepada Kerajaan Siam di Bangkok. Tambahan pula Kerajaan Inggeris merasa curiga bahawa Siam tidak setia kepada peraturan dalam Perjanjian Rahsia, malahan pihak Bangkok mungkin membuat persefahaman secara sulit dengan kuasa asing seumpama Jerman, Maka segala kemungkinan itu lalu menyebabkan Kerajaan Inggeris, terutamanya Foreign Officenya, berusaha mencari cara baharu untuk mengatasi keadaan yang tidak menyenangkan di Negeri Melayu Utara pada awal kurun keduapuloh.
Di sini harus diingat juga peranan seseorang individu seperti Setiausaha Luar Negeri baharu di London, Lord Lansdowne. Beliau telah mengambil alih jawatan tersebut setelah pilihan raya 1900. Dalam pilihan raya tersebut Parti Konservatif telah sekali lagi mencapai kejayaan yang besar dan Lord Salisbury telah pun mengundurkan dirinya daripada menjadi Setiausaha Luar Negeri semula walaupun terus memegang jawatan Perdana Menteri. Salisbury adalah lebih tenang dan sabar dalam usaha diplomasinya mungkin kerana beliau sangat berpengalaman. Malah Salisbury sebenarnya tidak begitu khuatir akan keadaan di Negeri Melayu Utara menjadi merbahaya atau meruncing. Akan tetapi Lansdowne tidak sanggup memerhatikan sahaja perjalanan dasar Jerman yang sangat memusuhi Inggeris disekitar dunia dan disamping itu penasihatnya di Foreign Office pula mensifatkan peranan Jerman dirantau Asia Tenggara sebagai nakal. Maka Lansdowne berniat hendak rnengindarkan sebarang tindakan Siam atau Jerman di Negeri Melayu Utara yang mengancam kedudukan dan kepentingan Inggeris.

Dalam usaha yang demikian Lansdowne berpendapat bahawa dasar Inggeris terhadap Siam dikawasan utara Semenanjung Melayu adalah tidak wajar atau sesuai kerana kegagalan Perjanjian Rahsia 1897. Pada hakikatnya perjanjian tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil kepada kedua negara yang terlibat dan sebaliknya banyak masalah dalam pelaksanaannya sahaja yang timbul. Kedudukan Lansdowne sangat rumit memandangkan rahsianya Perjanjian 1897 yang tidak membolehkan Ingge­ris menafikannya supaya dasar mereka di Negeri Melayu Utara lebih bebas. Sementara itu Kerajaan Siam sendiri terikat kepada Perjanjian Rahsia itu kerana rnereka memang khuatir akan kuasa asing dapat tahu sejauh mana Siam telah memberi keistimewaan kepada Inggeris diwilayah Selatan. Lansdowne pertama sekali menitik beratkan hubungan antara Inggeris dengan Perancis kerana beliau sedar bahawa peranan Inggeris di Negeri Melayu Utara itu tidak akan terbatas melainkan dengan satu persefahaman yang seluasnya dengan Kerajaan Perancis. Malahan pada awal kurun keduapuluh Lansdowne tidak. melihat sebarang peluang untuk memperbaiki hubungan antara Inggeris dengan Perancis yang agak tegang disebabkan oleh persaingan antara mereka di Mesir, Maghrabi dan Afrika. Pada ketika itu keadaan di Negeri Melayu Utara pula merosot dan menjadi makin buruk akibat tuntutan raja Melayu akan kebebasan mereka daripada kuasa Siam. Kerajaan Siam memang menghadapi banyak kesulitan dalam usahanya untuk memperkuatkuasakan pengaruhnya atas negeri Melayu tersebut dan pada 1902 satu peristiwa yang serius berlaku bilamana askar Siam menahan Raja Patani lalu membawanya ke Bangkok. Setelah Raja Patani digulingkan kempen-kempen kerajaan Penjajah Inggeris di Singapura yang didahului oleh Swettenham naik semangat dan kerajaan London dibanjiri oleh kian banyak desakan memintanya mengambil langkah yang tegas untuk rnempertahankan kepentingan Inggeris.
Secara kebetulan sahaja, pada akhir 1901 kerajaan Perancis telah berunding dengan Siam tentang beberapa masalah antara dua pihak itu di kawasan Siam Timur, Perkembangan tersebut lalu menggalakkan Lansdowne membangkitkan soal negeri Melayu Utara secara langsung dengan Kerajaan Siam. Beliau tidak sanggup menyokong rayuan Swettenham dan rakannya di Singapura supaya menakluki Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu kerana sekiranya Inggeris berbuat demikian sudah tentu Perancis pula akan membalas dengan merebut kawasan Siam Timur, Dari segi keperluan stratejik Inggeris, ibukota Bangkok dianggap amat penting dan dasar Inggeris menghendaki tempat itu bebas dari pengaruh Perancis. Oleh kerana matlamat Perancis dikawasan Battambang dan Siemreapo yang terlalu berhampiran dengan Bangkok maka Lansdowne tidak dapat memberi peluang kepada Perancis. Namun demikian Lans­downe menyedari bahawa setelah pergolakan antara Siam dengan Patani keadaan di Kelantan dan Trengganu mula menjadi tidak tenteram Beliau yakin bahawa sekiranya pentadbiran Siam didua-dua negeri Melayu itu dapat diperbaiki mungkin keadaan akan pulih. Menurut dasar baharu itu Lansdowne telah mengadakan rundinsan dengan wakil Keraiaan Siam di London pada akhir 1901 dengan tujuan memaksa Raja Chulalongkorn supaya melantik Penasihat Am (General Advisers) kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu. pada mulanya Siam cuba mengganggu rundingan itu akan tetapi setelah Lansdowne menunjukkan sikapnya yang begitu keras dengan lawatan Swettenham ke Kelantan dan Trengganu seolah-olah beliau akan membuat perjanjian secara langsung dengan negeri tersebut. maka Kerajaan Siarn kemudian menerima cadangan Inggeris. Hasil perundingan antara Inggeris dan Siam adalah satu perjanjian yang ditanda-tangani oleh Lansdowne dan Phya Sisahathep, Wakil Khas Siarn, di London pada 5hb Oktober 1902. Menurut perjanjian tersebut Siam bersetuju akan melantik Penasihat Am kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu akan tetapi perlantikan itu akan dikenakan syarat seperti berikut:

Penasihat tersebut mestilah warganegara British yang sedang bertugas dengan kerajaan Siarn.
Perlantikan mereka mesti dirundingkan dengan pihak Inggeris terlebih dahulu.

Syarat tersebut telah pun dirakamkan dalam balas-membalas nota rahsia diantara Inggeris dengan Siam dan kemudiannya perjanjian yang resmi mengenai soal Penasihat Am telah ditandatangani hanya antara Siam dengan Kelantan kerana Sultan Trengganu menolak perjanjian itu dengan Siam habis-habisan. Perlu ditegaskan disini bahawa Kerajaan Siam telah berusaha kuat melalui diplomasinya untuk mengelakkan syarat rahsia itu dan sebenarnya mereka telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan Perancis sebagai satu cara untuk menghindari cita-cita Lansdowne. Walau bagaimana pun pada akhirnya Landsdowne telah rnengatasi muslihat Siam itu dengan keputusannya untuk membincangkan masalah Siam itu secara langsung dengan Kerajaan Perancis. Maka langkah yang demikian itu menyebabkan Siam terpaksa menyetujui cadangan Inggeris mengenai Penasihat Am. Sesudah sahaja rundingan antara Inggeris dengan Siam pada akhir 1902 mengenai Kelantan dan Trengganu, Kerajaan Inggeris pun terus melangkah ke arah perpaduan dasar Inggeris dan Perancis terhadap Siam dan usaha itu tidak lama lagi berhasil sebagai Persetujuan Inggeris Perancis atau Entente Cordiale pada April 1904 yang meliputi bukan sahaja masalah Siam bahkan menyelesaikan juga masalah Mesir dan Maghrabi.
Dapat disimpulkan Perjanjian Inggeris-Siam 1909 bukannya hasil daripada persefahaman antara dua kuasa imperialis, iaitu Inggeris dan Perancis, pada 1904. Bahkan Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah untuk mempertahankan kepentingannya di Negeri Melayu Utara terlebih dahulu lagi iaitu pada 1897. Oleh kerana Perjanjian Rahsia telah gagal bagi memperlindungi keperluan Inggeris menjelang awal kurun keduapuluh, maka Kerajaan Inggeris dengan rancak bergerak terhadap kelemahan Siam di Negeri Melayu Utara, terutamanya di Kelantan dan Trengganu. Satu soal pokok bagi sejarah Malaysia dalam semua pergerakan ini adalah mengapa Inggeris tidak mempunyai niat untuk mara keseluruh kawasan Melayu di Utara itu hinggalah ke Genting Kra. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, pada amnya Kerajaan Inggeris memang memerhatikan kawasan di selatan Genting Kra sebagai kawasan pengaruhnya sejak tahun 1870an akan tetapi pada waktu itu mereka tidak berniat untuk menakluki kawasan tersebut Kemudian, manakala masalah antarabangsa mula timbul pada penghujung kurun kesembilan belas, Kerajaan Inggeris memandang berat khasnya kepada Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu mungkin sebab negeri itulah yang berhampiran dengan Negeri Melayu Bersekutu. Pada awal kurun kedua puluh Kerajaan Inggeris telah dapat mengawasi kepentingannya di Perlis dan Kedah dengan perlantikan seorang wakil(atau Consul) yang bertugas dengan melawat dua negeri tersebut serta membuat lapuran kepada Keraiaan. Sebaliknya keadaan di Pantai Timur pula merupakan satu masalah yang lebih serius sebab Raja Patani, Kelantan dan Trengganu dianggap sebagai gagah dan bebas. Pendirian Inggeris terhadap negeri Pantai Timur telah pun dibuktikan sering kali kerana Raja Kelantan misalnya, telah memberi kemudahan untuk melombong dan berniaga yang seluasnya kepada seorang British, William Duff, tanpa sebarang persetujuan daripada pihak Siam. Alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada 1902 manakala mereka telah dapat menawan Raja Patani. Setelah peristiwa itu Inggeris memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam dan Kerajaan Penjajah di Tanah Melayu pada amnya menumpukan perhatiannya kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu sahaja. Selain daripada itu mengikut cara penetapan sempadan yang digunakan oleh kuasa imperialis pada masa yang lampau, terutama sekali cara Inggeris, adalah dengan menggariskan sempadan melalui puncak pergunungan. Di sini jelas sekali dapat diperlihatkan bahawa sempadan 1909 itu sangat sesuai bagi teori Inggeris itu sedangkan sekiranya Patani juga dimasukkan dalarn sempadan itu Inggeris tidak akan mencapai keperluan stratejiknya.