Berzikirlah Dalam Keadaan Berdiri, Duduk Dan Berbaring


Alhamdulillah, adapun berzikir itu ialah salah satu rangkaian amalan utama yang tidak boleh diabaikan oleh setiap orang Islam kerana ianya adalah bagi kesempumaan iman dan Islam.

Zikir menjadi santapan hati dan jiwa, khasnya penawar ketika resah gelisah.

Bukankah Allah telah berfirman:

الا بذكر الله تطمئن القلوب

(سورة الرعد : 26)

Tafsirnya: “Ketahuilah dengan ‘dzikirullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”
(Surah Ar-Ra ‘d: 28)

Kelebihan berzikir sebagaimana disebut-sebut oleh Allah dalam AI-Qur’ an dan disunatkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was allam, di antaranya:

Allah menyeru kita supaya berzikir (mengingatNya) dengan sebanyak-banyaknya, firman Allah:

فاذكرونى أذكركم

(سورة البقرة : 152)

Tafsirnya: “Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan. ”
(Surah AI-Baqarah: 152)

يأيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا ○ وسبحوه بكرة واصيلا

( سورة الأحزاب : 41-42)

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman. (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu KepadaNya pada waktu pagi dan petang. ”

(Surah AI-Ab.ziib: 41-42)

Berzikirlah dalam semua keadaan dan tempat. Firman Allah:

فا ذكروا الله قيما وقعودا وعلى جنوبكم
(سورة النساء : 103)

Tafsirnya: “Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa’ kamu berdiri dan duduk dan semasa kamu berbaring”
(Surah An-Nisii ‘: 103)

Orang-orang yang berakal sentiasa berzikir kepada Allah. Firman Allah:

ان فى خلق السموت والأرض واختلف اليل والنهار لأيت لأولى الألبب ○ الذين يذكرون الله قيما وقعودا وعلى جنوبهم

(سورة ال عمران : 190-191)

Tafsirnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan
pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. ”

(Surah Au ‘Imran: 191)

Berzikir ialah ubat mententeramkan hati, melapangkan kesempitan dan duka nestapa, firman Allah:

الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب

(سورة الرعد : 28)

Tafsirnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. ”

(Surah Ar-Ra ‘d: 28)

Adapun kesan zikir, antaranya, mententeramkan jiwa, dan merasa redha terhadap Allah. FirmanNya:

فاصبر على ما يقولون وسبح بحمد ربك قبل طلوع الشمس وقيل وغروبها ومن ءاناىء اليل فسبح وأطراف النهار لعلك ترضى
(سورة طه :130)

Tafsirnya: “Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah siang; supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan).”

(Surah Thaha: 130)


Bagi orang-orang yang berzikir, mereka akan beroleh ganjaran serta keampunan Allah.

والذكرين الله كثيرا والذكرت أعد الله لهم مغفرة وأجرا عظيما

(سورة الأحزاب : 35)

Tafsirnya: “Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semua, keampunan dan pahala yang besar. ”
(surah Al-Ahzab: 35)

ما عمل ادمى عملا قط انجى له من عذاب الله من ذكر الله

(رواه أحمد)

Maksudnya: “Tiada pernah anak Adam mengamalkan suatu amalan yang lebih selamat baginya daripada seksa Allah selain berzikir kepada Allah. ”
(Hadis riwayat Ahmad)

انا عند ظن عبدى بى وانا معه حين يذكرونى ، فإن ذكرنى فى نفسه ذكرته فى نفسى وإن ذكرنى فى ملاء ذكرته في ملاء خير منه ، وإن تقرب الى شبرا تقربت اليه ذراعا اقتربت اليه باعا ، وان أتانى يمشى أتيته هرولة .

( رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Aku menurut sangkaan hambaKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingati
Aku dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Dan apabila dia mengingat Aku dalam keramaian maka aku akan mengingatinya dalam keramaian pula yang lebih baik daripada itu. Apabila dia mendekati aku sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta, apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia dating kepadaKu dengan berjalan maka aku akan sambut dia dengan berlari-lari kecil.”

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Zikir dan istiqfar adalah antara sebab yang membawa kepada kebahagiaan dan murah rezeki. Sabda Rasulullah Shallahu alaihi wassalam :

من لزم الإستغفار جعل الله له من كل هم فرجا ومن كل ضيق مخرجا ورزقه من حيث لا يحتسب

(رواه ابن ماجه)

Maksudnya: “ barangsiapa sentiasa memohon keampunan Allah jadikan daripada setiap kesusahan (baginya) kelapangan dan daripada setiap kesempitan (baginya) jalan keluar dan Allah beri rezeki kepadanya daripada jalan yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Zikir bererti menyebut Allah dengan bertahlil (لا اله الا الله) bertasbih (سبحان الله) , bertahmid (الله اكبر) menyebut hauqalah (لا حول ولا قوة الا بالله) menyebut hasbalah (حسبى الله) dan membaca basmalah (بسم الله الرحن الرحيم) membaca Al-Quran dan membaca doa-doa yang ma’tsur iaitu membaca doa-doa yang warid yang diterima daripada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam.

Bahkan zikir itu lebih luas, tiada terbatas kepada apa yang disebutkan di atas. Mengerjakan segala rupa ketaatan kepada Allah juga dipandang zikir. Majlis-majlis yang membincangkan atau memperkatakan soal-soal agama dan soal halal-haram juga dianggap majlis zikir. Pendeknya sesuatu amalan yang matlamatnya mengingati Allah, adalah zikir.

Oleh kerana betapa pentingnya zikir dlam kehidupan, maka ulama-ulama besar seperti Al-Imam Nawawi telah mengumpul zikir-zikir yang warid daripada rasulullah shallallahu alaihi wassalam dengan menyebutkan penggunaannya, berdasarkan tempat, masa dan lain-lain sebagaimana yangtelah ditunjuk oleh Rasulullah Shallahu alaihi wassalam. Dalam kitab Al-Adzkar Al-Imam An-NAwawi telah menyusun fasal-fasal yang mengandungi zikir-zikir bagi keadaan-keadaan tertentu dalam semua urusan kehidupan.

Begitu juga Al-Iamam Al-Allamah As-Sayyid Asy-Syarif Al-Muhaddith Muhammad bin Ali Khirir Al-Alawi Al-Husaini At-Tarimi dalam Al-Wasa’il Ash Shafi’iyyah telah menyusun dan mengumpul beberapa bayak zikir dan doa yang warid daripada rasulullah Shallalahu alaihi wassalam dengan susunan dan ambilan yang sangat cantik. Sila lihat dan rujuk kedua-dua kitab tersebut.

Ini semua menjelaskan bahawa segala ruang waktu itu adalah perlu diisi dengan zikir. Tanpa zikir, kerugian sangatlah besar, sebagaimana perumpamaan Nabi Shallallahu alaihi wassalm enyifatkan suatu kaum yang berkumpul kemudian bersurai dengan tidak berzikir, adalah umpama bangkai keldai dan keadaan mereka itu menyedihkan. Sabda baginda daripada sahabat Abu Hurairah Radhiallahu anhu :

ما من قوم يقومون من مجلس لا يذكرون الله تعالى فيه الا قاموا عن مثل جيفة حمار وكان لهم حسرة

(رواه ابو داود وتميره باسناد صحيح)

Maksudnya: “tidak ada suatu kaum yang berdiri meninggalkan suatu majlis padahal mereka itu belum sempat berzikir kepada Allah ta’ala di majlis itu melainkan mereka berdiri (meninggalkannya) adalah (mereka) seperti bangkai keldai dan bagi mereka itu kekecewaan.”

(hadis riwayat Abu Daud dan lain-lainnya dengan Isnad shahih)

من قعد مقعدا لم يذكر الله تعالى فيه كانت عليه من الله ترة ومن اضطجع مضجعا لا يذكر الله تعالى فيه كانت عليه من الله تراة

Maksudnya : ‘Barangsiapa yang duduk pada suatu tempat, sedang dia tiada berzikir kepada Allah pada tempat itu, adalah beginya kurang (kurang berkat) daripada Allah. Barangsiapa yang berbaring pada suatu tempat pembaringan, sedang dia tiada berzikir kepada Allah adanya, adalah baginya kurang (berkat) daripada Allah.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

ما جلس قوم مجلسا لم يذكروا الله تعالى فيه ولم يصلوا على نبيهم فيه الا كان عليهم ترة ، فإن شاء عذبهم وإن شاء غفر لهم .

(رواه الترمذى)

Maksudnya: “tiada duduk suatu kaum pada suatu majlis, sedang mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi, melainkan ke atas mereka kurang (berkat). Jika Allah menghendaki , mereka disiksa dan jika Dia menghendaki , mereka diberi pengampunan.”

(Hadis riwayat Ath-tirmidzi , hadis Hassan)

Demikianlah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menjelaskan kedudukan orang-orang yang tidak berzikir kepada Allah.

Hadis-hadis di atas menujukkan bahawa berzikir dengan cara berkumpulan mempunyai kelebihan. Hal ini telah ditegaskan lagi oleh Baginda Rasulullah alihi wassalam.

وروى مالك عن ابى هريرة ، وابي سعيد : ما جلس قوم يذكرون الله سبحانه الا حقهم الملائكة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده

(رواه مسلم وأبو داود)

Maskudnya: “Al-Imam malik meriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Sa’id: “ tiada duduk suatu kaum berzikir kepada Allah Subhanahu wa taala melainkan para malaikat mengelilingi mereka, turun ketenangan ke atas mereka dan Allah mengingati mereka, siapa yang berada di sisiNya.”

(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sabda baginda lagi :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لأن أجلس مع قوم يذكرون الله بعد صلاة الصبح الى أن تطلع الشمس أحب الى مما طلعت عليه الشمس.

(رواه البيهقي)

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam . “sesungguhnya aku duduk bersama-sama dengan suatu kaum yang berzikir kepada Allah selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari, adalah lebih aku sukai dari terbit matahari.”

(hadis riwayat Al-Baihaqi)

Berzikir itu tidak memilih waktu, berzikirlah terus, sama ada waktu berdiri, duduk dan baring, kerana Allah berfirman :

الذين يذكرون الله قيما وقعودا وعلى جنوبهم

(سورة ال عمران :191)

Tafsirnya: “iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.”

(surah Ali Imran: 191)

Kalau kita memerhati dari sudut lain bahawa sembahyang itu adalah semulia-mulia ibadat kepada Allah, namun ada beberapa waktu atau saat tertentu yang dilarang melakukan sembahyang berbanding dengan berzikir, yang tidak ada batas waktu atau saat menjadi halangan.

Berzikir di waktu malam lebih afdhal daripada berzikir di waktu siang kerana Allah telah mendahulukan perkataan malam daripada siang.

يسبحون اليل والنهار لا يفترون

(سورة الأنبياء:20)

Tafsirnya: “mereka bertasbih (beribadat) malam dan siang tidak berhenti-henti”

(surah Al-Anbiya’)

Ibnu Hajar AI-Haitami ketika ditanya mana yang lebih afdhal; siang atau malam, AI-‘Allamah itu menjawab:

“Malam lebih afdhal (utama) kerana malam waktu istirehat. Istirehat itu sifat daripada syurga, sementara siang pula waktu memenatkan, ianya sifat daripada neraka. Keutamaan malam kerana adanya Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Kelebihan yang demikian itu tidak didapati di waktu siang. Keutamaan lain lagi ialah kerana telah diturunkan satu surah AI-Qur’an yang dinamakan “Surah AI-Lail” (Surah Malam).

Kelebihan yang lain lagi ialah sebutan ‘malam’ didahulukan daripada sebutan ‘siang’ pada kebanyakan ayat-ayat AI-Qur’an. Malam-malam dalam sebulan mendahului siang-siangnya (dalam sebulan). Dalam tiap-tiap malam ada suatu saat dimakbulkan do a, bahkan dalam tiap-tiap saat di waktu mal am (doa dimakbulkan). Tidak ada sesuatu daripada waktu-waktu mal am yang dimakruhkan sembahyang.

Di waktu malam diadakan sembahyang Tahajjud, istighfar, kedua-duanya lebih utama daripada sembahyang dan istighfar di waktu siang. Isra’ (Nabi Muhamamd Shallallahu ‘alaihi wasallam) juga berlaku pada waktu malam. (AI-Fatawa AI-Haditsiyyah 185-186)
Kita bawakan perkara kelebihan malam dan hubungannya dengan berzikir itu ialah untuk menjelaskan bahawa berzikir pada waktu malam itu adalah sangat wajar dan baik, sarna ada secara bersendiri mahupun berkumpulan.

5 responses to “Berzikirlah Dalam Keadaan Berdiri, Duduk Dan Berbaring

  1. terdapat sedikit kesalahan pada nama surah, mungkin boleh diperbetulkan oleh Admin.

    Pembetulan

    (Surah AI-Ab.ziib: 41-42) [Sepatutnya Al-Ahzab : 41-42]
    (Surah An-Nisii ‘: 103)] [Sepatutnya : An-Nisa’ : 103]

    Untuk rujukan boleh di : http://quran.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s