Nikah Khitbah alternatif cegah masalah sosial


Darul Ulum online

Nur Aisar Noordin

SEJAK akhir-akhir ini seringkali kita membaca di dada akhbar ada sahaja kes pembuangan bayi, membunuh janin, seks bebas, ditangkap khalwat, penzinaan dan seumpamanya. Saya selaku mahasiswi universiti tempatan rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat serta pandangan terhadap isu yang di paparkan.

Kenapa hal ini masih berlaku? Semalam, 29 Mac 2012, kita digembar-gemburkan dengan berita penemuan mayat bayi dalam sebuah beg yang dilaporkan oleh Raiham Mohd Sanusi, terbitan akhbar Sinar Harian, tidak ketinggalan rentetan cerita kehilangan gadis-gadis yang melarikan diri atau dilarikan bersama kekasih, terutamanya kepada remaja-remaja yang mempunyai masa depan cerah.

Apakah puncanya? Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kita perlu bertindak sekarang bak kata pepatah Melayu “Mencegah lebih baik daripada merawat” – jawapannya ialah Khitbah (nikah gantung), ia adalah merupakan jalan penyelesaian yang terbaik dan mengikut kehendak syara’ Islam dengan zaman era globalisasi yang penuh teknologi semasa.

Khitbah secara literalnya, menurut bahasa ia membawa maksud pertunangan, meminang, melamar…

Lihat pos aslinya 528 kata lagi

Iklan

Jauhi teman yang merosakkan kita


Pondok Pasir Tumboh

  • Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita.Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:
  • Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah.Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu.
  • Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.

Lihat pos aslinya

4 perkara halang mukmin laksana ibadat


Pondok Pasir Tumboh

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


KEIKHLASAN hati dan jiwa ketika melakukan apa juga ibadat kepada Allah SWT adalah kemuncak kepada kemurnian nurani seseorang menghambakan diri kepada Allah.

Sifat ikhlas sajalah yang mampu menghalang dan mencegah diri seseorang mukmin daripada beberapa perkara yang boleh menghalang dirinya untuk beristiqamah melakukan ibadat kepada-Nya.

Dalam hal ini, Imam Ghazali menggaris empat perkara besar yang selalu menjadi penghalang kepada seseorang mukmin untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT iaitu dunia, makhluk, nafsu dan syaitan.

Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia supaya menjadi penghuni neraka. Surah al-Fathir, Ayat 6Jika diteliti maksud dunia ia merujuk kepada semua perkara yang akan ditinggalkan apabila manusia mati seperti wang ringgit, harta, pakaian, makanan dan minuman.

Perlu diingat, skop pengertian itu boleh berubah apabila seseorang itu menganggap keperluan duniawi itu tidak lebih sebagai alat dan perantara untuk membolehkan dirinya…

Lihat pos aslinya 367 kata lagi

Pengajian jangka pendek untuk muslimat


Pondok Pasir Tumboh

Terbuka untuk 30 orang muslimat sahaja terutama lepasan SPM/STPM/STAM/IPT dan umum

Tarikh : Mulai Mei 2012 dalam jangkamasa 1-3 bulan

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan iaitu 30 orang sahaja

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / sms)

 

 

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Muslimat berumur 16 tahun ke atas (terhad 30 orang sahaja)
  • RM 10 pendaftaran dan RM 40 per bulan (meliputi penginapan, elektrik dan air)
  • RM 6 – RM9 sehari bagi minggu pertama untuk makan minum manakala urusan makan minum selepas itu akan diurus sendiri oleh pelajar samada masak secara kumpulan atau beli di kedai berhampiran

Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Bab Haidh dan Nifas
  • Kitab Penawar Bagi Hati
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Tadarrus al-Quran

Pakaian harian, bantal…

Lihat pos aslinya 20 kata lagi

Ketelusan agihan zakat


Darul Ulum online

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

Pemerintah wajib memantau perjalanan organisasi zakat agar ia benar-benar menepati roh zakat. – Gambar hiasan

Bimbingan
KETIKA hayatnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyimpan harta zakat walaupun hanya semalam. Baginda akan segera menghabiskan harta itu dengan diagihkan kepada mereka yang layak, iaitu para asnaf zakat, khususnya fakir dan miskin.

Dalam sebuah hadis, Ummul Mukminin Saiyidatina Aishah r.ha melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menukilkan: “Lazimnya habuan zakat (yang tidak dikeluarkan dan dibiarkan) bercampur dengan mana-mana harta, (maka ia tidak memberikan kebaikan) melainkan ia akan membinasakan harta itu.” (riwayat Imam al-Syafie).

Akhlak nabi itu telah diteladani oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq. Saat Abu Bakar wafat, dilaporkan hampir tiada lagi harta zakat yang disimpan di sebuah bilik di rumahnya, kerana semuanya sudah diagihkan kepada orang yang memerlukan.

Lihat pos aslinya 475 kata lagi

3 Ubat tenteram hati yang gelisah


Pondok Pasir Tumboh

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

 

PADA satu hari, ada seorang lelaki menemui Ibnu Mas’ud, sahabat Rasulullah SAW untuk meminta nasihat. Katanya: “Wahai Ibnu Mas’ud! Berilah kepadaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar jiwaku yang sedang resah gelisah ini. Dalam beberapa hari ini, aku tidak merasai ketenangan, jiwaku tidak tenteram dan fikiranku gundah gulana. Makanku pun tak lalu dan tidur pun tak lena.”

 

Lantas Ibnu Mas’ud pun menasihatinya: “Kalau itu penyakit yang sedang menimpamu, maka bawalah dirimu mengunjungi tiga tempat ini. Pertama, datanglah ke tempat orang yang sedang membaca al-Quran. Di sana kamu akan ikut sama membaca al-Quran atau cukuplah sekadar kamu mendengar bacaan al-Quran dengan khusyuk.

“Kedua, pergilah kamu ke tempat majlis ilmu yang akan mengingatkan hatimu kepada Allah Yang Maha Agung. Ketiga, carilah tempat yang sunyi di malam yang sepi. Di sana kamu hendaklah menyendiri bersama Allah SWT pada waktu malam yang gelap gelita untuk kamu…

Lihat pos aslinya 431 kata lagi

Pasukan peronda cegah maksiat di Aceh


Pondok Pasir Tumboh

 

SEORANG anggota polis peronda pencegah maksiat memeriksa kad pengenalan satu pasangan yang belum berkahwin di Banda Aceh kelmarin.

BANDA ACEH – Anggota-anggota polis pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang menyalahi ajaran agama itu.

Mereka akan menghampiri pasangan yang dilihat berdua-duaan dan memberi nasihat kepada mereka supaya pulang ke rumah.

Aceh merupakan sebuah wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah.

Terdapat 1,000 anggota polis itu yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah di sini.

Pada minggu lalu, seorang wanita memakai tudung dengan tergesa-gesa manakala satu pasangan kekasih yang menaiki motosikal beredar di sebuah kawasan di tepi pantai apabila melihat anggota-anggota peronda Wilayatul Hisbah menghampiri mereka.

Namun, satu pasangan kekasih lain yang bersembunyi di belakang sebuah batu besar ditahan oleh anggota-anggota polis itu.

“Adakah kamu sudah berkahwin?” soal seorang anggota polis tersebut yang bermisai tebal.

Pasangan kekasih itu…

Lihat pos aslinya 34 kata lagi