Bersama Guru Kesayanganku Pak Do Umar Guru Tua Silat Pendekar 7 Malam


guruku pakdo umar

guruku pakdo umar

Silat 7 Hari atau Buah Pukul 7 hari atau Gocoh Dekar 7 Malam- Seni Bela Diri Yang Hampir Pupus Di Kelantan!!!
Perhatian kepada pencinta seni persilatan, mungkin tidak ramai tahu mengenai perguruan silat ini masih wujud dibumi Kelantan Darul Naim di hari ini, namun pada hari yang akan datang siapakah yang bakal mewarisi seni yang amat ringkas dan unik ini, kenapa saya katakan begitu?, jawabannya ialah anda belum merasainya maka anda belum tahu mengenainya, saya mencari seni ini hampir 7 tahun, dan “bertemu” dengan seni ini 8 tahun yang lepas, cuma dapat “merasai” ilmu ini setahun selepas itu, jika anda seperti saya tidak mahu seni ini akan pupus seperti silat-silat yang telah pupus dibumi Kelantan, sila temui saya bagi yang berdekatan dengan UNIMAS Sarawak, HP: 0199783381, Mohammad Omar, atau terus ke rumah Tok Guru saya (Pak Do Umar Tukang Urut) di belakang Pusat Pengajian Pondok YIK, Kampung Telong, Kandis, Bachok, Kelantan.
Anda boleh belajar Silat ini dengan beberapa syarat:
1-seeloknya ada pasangan paling ramai 5 pasangan (10org).
2-Anda tidak dibenarkan membawa orang yang tidak berkenaan.
3-beberapa syarat lain lain yang akan diberitahu kelak…

24 responses to “Bersama Guru Kesayanganku Pak Do Umar Guru Tua Silat Pendekar 7 Malam

  1. adakah bakal penuntut perlu mempunyai latarbelakang silat?

    atau orang yg tiada pengalaman dalam silat/pertarungan pun boleh belajar?

  2. Saya tertarik dengan coretan ini…ianya seperti satu lagi nama persilatan di Sabah yang dikenali sebagai DAM 7.Ada tak wakil dari Sabah yang seperguruan dengan saudara.

    • karut pada sangka jahat tuan hamba, jangan melulu pada benda yang baharu, jika nak tau benar tidaknya, tak akan berbunyi gendang tidak di palu, buah 7 bila laksana,kalau JEBAT durhaka nak tau, bukan berak hanya kesannya, tapi kehendak Tuhan jika, membawa umur …

  3. Maaf tuan baba, hamba menyampuk. Kepada Jebat, jangan terburu-buru menghina kalau tak tau usul cerita. Silat boleh dipelajari dan tamat dalam 7 hari bahkan satu malam pun boleh dengan syarat murid tersebut hendaklah telah mahir dalam asas persilatan. Sebab tu jenis silat 7 hari ni hanya boleh diajar kepada yang telah lama bergelanggang, bukan sahaja tamat sukatan persilatan tapi mestilah juga menghayati ilmu persilatan, biasanya bertahun-tahun lamanya. Sepertimana buah pukul 7 hari silat sendeng malaysia hanya diajar kepada murid yang tamat sukatan ilmu sendeng dan kuntau yang memakan masa bertahun-tahun.

  4. hai lah jebat..cantik hanya pd namamu, tp buruk pd tutur katamu.. mungkin melau hanya pd keturunan, tp tidak pd perbuatan… sabarlah Ustaz, kami seniasa di belakang ustaz… mari kita kembangkan BP7.. lamo tok dgr berita.. bz ka ustaz?

  5. salam ustaz..ambo ni meme minat sgt silat 7 hari nih, tp ambo ni lamo doh tinggal silat. blaja gayong dulu pun sapa bekung hijau jah, de main keres 2 tigo kali pahtu tinggal.loi semangat nok brsilat tu mari balik…lagumano ehh ustaz?ado harape ko nok blaja silat 7 hari warise klate kito nih?.mitok pandue ustaz tok guru mudo kito skit..loni ambo duk di kuala trg..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s