Originally posted on Materi Tarbiyah:

I. Memahami Hukum Syariah

Memahami Islam tidak akan lengkap bila kita tidak mengetahui hukum-hukumnya. Melalui hukumlah aturan yang berasal dari nilai-nilai Islam dapat dilaksanakan. Dalam Islam ada dua macam: hukum taklifi dan hukum wadh’I.

Hukum taklifi adalah hukum yang menjelaskan tentang perintah, larangan dan pilihan untuk menjalankan atau meninggalkan suatu kegiatan/pekerjaan. Sebagai contoh: hukum yang menyangkut perintah seperti shalat, membayar zakat dll. Hukum wadh’I adalah hukum yang menyangkut sebab terjadinya sesuatu, syarat dan penghalang. Sebagai contoh: hukum waris.

View original 369 more words


Originally posted on Tokuban78's Blog:

Wasilah sembilan atau Gayungman sembilan ini dipanggil juga dengan nama ucatan Hang Tuah, ilmu ini sangat popular dikalangan orang-orang melayu terutamanya para pendekar. Pendekar yang memiliki ilmu ini memang sukar untuk ditewaskan, walaupun 1 vs 5 . Pun begitu bukan senang hendak mendapatkannya, kalaupun dapat tak semua orang mampu memiliknya. Kemujaraban ilmu ini adalah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan pengamalnya. Ilmu ini dikatakan juga antara ilmu yang diamalkan oleh laksamana Hang Tuah. Ilmu ini berguna sebagai pelindung tubuh badan, pengebal, pengasih, melaju dan mempercepatkan pergerakan, gagah perkasa, tahan tubuh, awet muda dan lain-lain lagi. Bagi mendapatkan khasiat-khasiatnya, hendaklah sentiasa diamalkan terutama sekali selepas solat subuh dan maghrib, insyaAllah mujarab.
Kaifiat mengamalkannya hendaklah baca dahulu Alfatihah satu kali niat hadiah kepada baginda Rasulullah SAW, ayatul kursi dan selawat tiga kali kemudian barulah baca isim-isimnnya sebanyak sembilan kali. Bacaan isim ini hendaklah bersama dijabatkan pada tempat-tempat yang tertentu pada badan kita. Setelah…

View original 94 more words

Nafsu Mutmainnah


This slideshow requires JavaScript.


NAFSU MUTMAINAH
Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar diridhai Allah dan orang peringkat baru layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah: “Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU”.
Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.
Antara sifat-sifat maqam ini adalah:
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai ‘inkisaf’. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah.

Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi. Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesalahan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu diingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin.

Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai “fana qalbi” iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata.Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah: “Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”
Namun fana qalbi ini tidaklah kekal.