Semua Makhluk Bertasbih Kepada Allah SWT


Blog Peribadirasulullah

Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1
Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Nukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada…

Lihat pos aslinya 763 kata lagi

One response to “Semua Makhluk Bertasbih Kepada Allah SWT

  1. Semasa saya kecil, ustaz selalu mengingatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa berstasbih kepada Allah swh. Dia kata cuma kita tidak tahu akan cara mereka bertasbih. Kemudian pada masa sekarang sering kala saya membaca surah-surah di Juz 27 & 28, ianya akan menyebut apa yang berada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah swh. Saya sering mencari jawapannya. Baru-baru ini saya teringat kepada keterangan yang diberi oleh ahli Fizik Michio Kaku dari Amerika Syarikat tentang “String Theory”. Theory itu sekarang sudah dirumuskan sebagai M Theory. Dia berkata bahawa setiap Proton di dalam setiap atom mengandungi tali-tali atau selaput-selaput yang sentiasa bergetar. Ianya tidak ubah seperti petikan talian guitar. Cara mereka bergetar akan menentukan ciri-ciri setiap objek atau jenis struktur bahan yang kita lihat. Mahasuci Allah, selepas saya sedar mereka sebenarnya memuji Allah swh. Jadi kalau sebelum ini saya anggap hanya haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang memuji Allah swh, tapi sekarang saya tahu bahawa setiap benda melakukan perkara yang sama. Mengalir air mata saya memikirkan kebesaran Allah swh yang tiada tolok bandingnya. Bayang jika setiap selaput kalau nak dibandingkan dengan proton, ibarat saiz sehelai daun rumput dengan saiz bumi. Subhanallah. Semoga hal ini membantu saudara-saudara supaya sentiasa mengingati Allah walaupun hanya menghirup udara kerana kita tahu setiap atom-atom dalam udara itu mengandungi selaput-selaput yang tidak terikira banyaknya yang sentiasa memuji Allah swh.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s