SANAD FEQAH SYAFIE


SANAD FEQAH SYAFIE

(Jalur Sheikh Noruddin Al-Banjari Al-Makki)

Mengambil alfaqir yang amat mengharapkan keampunan Tuhan ini daripada Sheikh Muhammad Noruddin Al-Banjari al-Makki di Hayyu Asyir, Madinatul Nasr, Mesir pada tanggal 3/2/2004 Masihi di Majlis Tafaqquh Fi Dien Sheikh. Berkata Sheikh bahwa beliau mengambil ijazah feqah Syafie ini dari ramai ulama dan Sheikh yang besar dan ini adalah sanab beliau dari setengah daripada mereka secara bersambung kepada Imam Syafie RA, kemudian bersambung kepada Rasulullah SAW, dan termasuk dalam sanad ini ialah sanad bagi kitab Tuhfatul Muhtaj bagi orang yang amat Faqeh Ibnu Hajar Al-Haitami dan sekalian karyanya dan demikian juga karya-karya Sheikh Zakaria Al-Ansari, dan sekalian karya Imam Nawawi RA anhum.(ijazah termasuk karya-karya Sheikh-Sheikh yang tersebut dalam salasilah sanad)

Hamba telah mengambil ijazah sanad ini dari;

1)       Al-Allamah Sheikh Muhammad Noruddin Al-Banjari al-Makki beliau mengambil dari

2)       Al-Allamah Sheikh Ismail Utsman Zein Al-Yamani Al-Makki dari

3)       Al-Allamah Sayyid Muhammad Bin Yahya Dom Al-Ahdal dari

4)       Al-Allamah Sayyid Muhammad Bin Abdil Rahman Al-Ahdal dari

5)       Al-Allamah Mufti Syafie As-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki dari

6)       Al-Allamah Sheikh Abdullah Bin Hijazi As-Syarqawi dari

7)       Al-Allamah Al-Ustaz Muhammad Bin Salim Al-Hanafi dari

8)       Al-Allamah As-Syihab Ahmad Al-Khalifi dari

9)        Al-Allamah As-Syihab Ahmad Bin Abdul Latif Al-Basybisyi dari

10)   Al-Allamah Ali Bin Isa Al-Halabi dari

11)    Al-Allamah Ali Az-Zabadi dari

12)   Al-Allamah Al-Muhaqqiq Ahmad Bin Hajar Al-Haitami (Tuan punya kitab Tuhfah) dan Shaikh Syamsudin Muhammad Bin Ahmad Al-Ramli dan Sheikh Al-Khatib Muhammad Al-Syarbini, dan ke tiga-tiga ini mengambil dari

13)   Al-Allamah Sheikh Zakaria Al-Ansori As-Sunaiki Al-Qahiri dari

14)    Al-Allamah Al-Hafiz Ahmad Bin Hajar Al-Asqalani dari

15)    Al-Allamah Ahmad Bin Abdul Rahim Iraqi dari ayahnya

16)   Al-Allamah  Al-Hafiz Abdul Rahim Al-Masyhur Bil Iraqi- dari

17)   Al-Allamah As-Siraj Umar Bin Ruslan A-Bulqini dari

18)   Al-Allamah Alauddin Bin Al-Athor dari

19)   Al-Allamah Muharrir Al-Mazhab  Abi Zakaria Yahya bin Syarif An- Nawawi  dari

20)   Al-Allamah Imam Abu hafshin Umar Bin As ‘ad Al-Arbili dari

21) Al-Allamah Ustman Bin Abdul Rahman Al-Ma’ruf bil Ibni Sholah dari

22)   Al-Allamah Abdul Rahman Bin Ustman  yang dikenali dengan gelar Sholah dari

23)   Al-Allamah Abdullah Bin Muhammad  As-Syahir bi Ibni Abi ‘Ashrun dari

24)   Al-Allamah Abi Ali Al-Faruqi dari

25)   Al-Allamah Abi Ishak As-Syairozi iaitu tuan punya kitab At-Tanbih dari

26)   Al-Allamah Abi Thoyyib Thohir Bin Abdullah At-Thobari dari

27)   Al-Allamah Abi Al-Hasan Muhammad Bin Ali Al-Masarjisi dari

28)   Al-Allamah Abi Ishak Ibrahim Al-Marwazi dari

29)   Al-Allamah Abi Al-‘Abbas Ahmad Bin Umar Bin Sarij dari

30)   Al-Allamah Abi Al-Qasim Ustman Bin Basyar Al-Anmati dari

31)   Al-Allamah Abi Ibrahim Ismail Bin Yahya Al-Muzani, dan beliau mengambil dari

Sohibul Mazhab Abi Abdillah Muhammad Bin Idris As-Syafie RA (Imam Syafie)  dan beliau mengambil dari Imam Malik RA, dan Beliau Mengambil dari Imam Nafi’ RA, dan beliau pula mengambil dari Ibnu Umar , manakala Ibnu Umar pula mengambil secara lansung dari Rasulullah SAW Pembendaharaan sekalian Ilmu.

Sekian dari Al-Faqir yang Dhoif ini

Mohammad Bin Omar Al-Kelantani S.Th.I,

Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.

14/06/2012 Masihi.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s