Nikah Misyar ; Jalan Keluar Masalah Wanita??


Perlukah nikah misyar?
Oleh: NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH

nikah

nikah

NIKAH misyar yang juga dikenali sebagai ‘nikah musafir’ adalah sebuah perkahwinan yang tidak memerlukan pasangan tinggal sebumbung.
Bukan itu sahaja, suami tidak mempunyai tanggungjawab dari segi kewangan ke atas isterinya serta wujud implikasi bahawa akan berlaku perceraian.
Nikah misyar diamalkan di Mesir seawal tahun 1825 dan dalam era moden ini amalan tersebut diterima secara sah di Arab Saudi.
Oleh kerana pernikahan seumpama ini tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w., majoriti umat Islam menolak amalan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘bidaah’.
Bagi nikah misyar, amalan kebiasaan ialah isteri terus tinggal dengan ibu bapanya dan suami misyar bebas untuk meninggalkan isteri dan anak-anaknya selama mana yang beliau kehendaki. Isteri tidak boleh menuntut cerai atas alasan ditinggalkan oleh suaminya.
Cadangan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin mungkin perlu disokong.
Itupun sekiranya terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai masalah untuk mendirikan perkahwinan biasa.
Memang benar bahawa perlakuan maksiat dapat dikurangkan menerusi perkahwinan.
Tetapi soal penerimaan bentuk perkahwinan yang dibenarkan dalam Islam ini perlu mendapat kerjasama bukan sahaja daripada kaum wanita, badan-badan bukan kerajaan, para ibu bapa dan masyarakat tetapi juga undang-undang.
Pernikahan misyar dibenarkan di Arab Saudi oleh fatwa yang diberikan oleh Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullaah ibn Baaz dan secara rasminya diperundangkan di Mesir oleh Imam Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada tahun 1999.
Di sebalik fatwa tersebut nikah misyar ditentang oleh ulama-ulama dari Universiti Al-Azhar di Kaherah.
Maslahah untuk membenarkan amalan tersebut adalah kerana ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.
Namun begitu realitinya di negara-negara Arab ia tidak sedemikian, kerana nikah misyar menjadi amalan di kalangan wanita-wanita yang berkedudukan tinggi dan kaya-raya.
Nikah misyar juga tidak boleh mempunyai had masa tertentu kerana sekiranya terdapat tempoh masa yang dijanjikan kepada isteri untuk diceraikan, maka ia menjadi nikah mutaah yang tidak dibenarkan dalam Fiqh Sunnah.
Apa yang boleh diamalkan ialah isteri boleh tinggal bersama ibu bapa dan suami boleh berkunjung ke rumah tersebut pada bila-bila masa walaupun setelah mempunyai anak.
Isteri tidak boleh memohon cerai kerana suami tidak memberikan sepenuh perhatian atau dengan kata lain mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Suami juga boleh mengahwini wanita lain tanpa memberitahu apatah lagi mendapatkan kebenaran isteri, bahkan sekiranya berlaku perceraian, isteri dan anak-anak akan kehilangan segala hak yang boleh dituntut oleh isteri dan anak-anak yang diceraikan dalam pernikahan biasa.
Nikah misyar diperlukan dalam konteks masyarakat hari ini sekiranya kajian menunjukkan bahawa kaum lelaki tidak mampu berkahwin dan menyara isteri serta anak-anak.
Sebab itulah isteri dalam perkahwinan misyar dibenarkan terus menetap bersama ibu bapa dan suami hanya ‘bertandang’ sekiranya perlukan khidmat seksual.
Persetujuan kedua-dua belah pihak amatlah penting kerana perkahwinan ini menuntut pengorbanan emosi dan perasaan yang tinggi.
Walaupun pasangan mengetahui batasan keperluan dan had tanggungjawab yang harus diberikan dan diterima, tetapi norma sebuah perkahwinan ialah kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Para isteri juga tidak harus membandingkan perkahwinan dan komitmen suami mereka seperti perkahwinan biasa kerana ia jelas tidak sama.
Malahan sekiranya berlaku perselisihan faham, ia mungkin sukar diselesaikan kerana tiada faktor-faktor lain yang boleh mendorong merapatkan hubungan tersebut melainkan sekiranya suami datang ke rumah ibu bapa isteri atau alternatif perhubungan yang lain.
Tanpa menyediakan makan pakai, mengikat perut suami dengan masakan yang sedap, persekitaran rumah yang indah yang membangkitkan rasa kasih dan sebagainya agak sukar untuk isteri menunjukkan perhatian yang sewajarnya kepada suami sedangkan realiti sebuah perkahwinan adalah lebih daripada hubungan seksual.
Sama ada ia menganiaya wanita atau tidak, ia persoalan yang sangat subjektif kerana sekiranya wanita atau isteri nikah misyar merasakan bahawa khidmat seksual itu adalah klimaks objektif sebuah perkahwinan, maka mereka tidak mengharap komitmen yang selainnya.
Tetapi sekiranya ada isteri yang merasakan bahawa suami patut memberikan sedikit perhatian dan ia tidak berlaku, maka wanita tersebut merasakan ia teraniaya sedangkan hakikat nikah misyar adalah untuk hubungan kelamin semata.
Perbezaan utama antara nikah biasa dengan nikah misyar ialah pasangan tidak tinggal serumah tetapi akan saling berhubung antara satu sama lain dan suami tidak bertanggungjawab untuk memberi nafkah zahir kepada isteri walaupun syarat ini mungkin berbentuk perjanjian sementara.
Amalan nikah misyar dibimbangi sekiranya ia berlainan dengan niat asal sesebuah perkahwinan itu didirikan.
Oleh itu, sekiranya nikah misyar diamalkan di Malaysia, maka undang-undang yang lebih jelas dan menjurus kepada amalan ini perlu dirangka bagi membolehkan ia dilakukan mengikut batasan syariat.
Alasan untuk membenarkan kaum lelaki mengamalkan nikah misyar semata-mata bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin juga harus diteliti secara mendalam.
Malah setiap perkahwinan itu hakikatnya berlangsung atas nama tanggungjawab yang lebih cenderung untuk dipikul oleh suami.
Tanpa tanggungjawab perkahwinan tidak akan membawa sebarang makna jauh sekali menepati objektifnya iaitu berkongsi hidup dan kasih sayang, bukannya berlandaskan seks semata-mata.
Kajian juga perlu dibuat mengenai ego lelaki yang bersetuju supaya kahwin misyar dibenarkan kerana ia ternyata bertentangan dengan fitrah kejadian lelaki itu sendiri.
Jika seorang lelaki itu tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami, bukankah lebih baik jika sebuah perkahwinan itu tidak dilangsungkan.
Walau apa pun hikmah di sebalik nikah misyar itu, ia pasti tidak perlu dijadikan alasan untuk ‘menghalalkan’ perhubungan suami isteri yang hakikatnya tidak wujud.
Alasan ramai wanita tidak berkahwin untuk membenarkan lelaki mengamalkan nikah misyar juga perlu dibuktikan kebenarannya menerusi statistik bukan sekadar cakap-cakap kosong.
Statistik penghuni pusat serenti yang kini dipenuhi oleh lelaki dan jumlah kaum wanita di institusi pengajian tinggi perlu menjadi sandaran jika benar nikah misyar benar-benar diperlukan.
Apatah lagi apabila nikah misyar dikatakan menjadi amalan di kalangan lelaki Kuwait dan Arab yang kaya untuk melepaskan hawa nafsu mereka ketika bercuti. Nikah misyar membenarkan mereka mengadakan hubungan seks dengan wanita lain kononnya untuk mengelak daripada melakukan zina.
Mereka dikatakan pergi ke negara-negara miskin dan bertemu dengan orang tengah untuk merancang pernikahan misyar.
Kepada lelaki dan wanita Malaysia, fikirlah sejauh mana perlunya nikah misyar dibenarkan.
* NIK SALIDA SUHAILA NIK SALLEH ialah pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

5 responses to “Nikah Misyar ; Jalan Keluar Masalah Wanita??

  1. Apa yang ada di otak ulama2 Wahabi menghalalkan nikah rusak kayak gini. Emangnya wanita itu benda pemuas seks? Beginilah kalo logika kontol maju agama pun dipake sebagai tameng untuk menghalalkan segala cara. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri berkata takutlah kepada Allah mengenai memperlakukan wanita. Dan beliau berpesan bahwa muslim terbaik adalah mereka yang memperlakukan paling baik kepada istrinya. Sedangkan nikah mut’ah sendiri memang Rasulullah SAW sudah mengharamkan ketika perang Khaibar. Tapi ngga heran juga soalnya Ibn Baz juga yang bikin fatwa kalau wanita mengemudi maka moral masyarakat rusak.

  2. Ini Fitnah paling bangsat dibuat oleh Syiah laknatullah…pegi mampus sama korang semua wahai Syiah Shit! Memang kamu antara golongan Yakjuj dan Makjuj!

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s