WAJIB MENJAGA KULLIYAT YANG ENAM


Wajib memelihara enam perkara yaitu Kulliyat yang enam

jadilah-insan-yang-menjiwai-agama
75023_608507925845536_620178332_n

44372_4055959249527_1164755470_n

Wajib diatas setiap mukalaf sama ada lekaki atau perempuan, memeliharakan enam perkara seperti mana tersebut didalam matan Jauhar Tauhid (متن جوهرة التوحيد)
وَحِفْظُ دِيْنٍ ثُمَّ نَفْسٍ مَالٍ نَسَبْ * وَمِثْلُهَا عَقْلٌ وَعِرْضٌ قَدْ وَجَبْ
Terjemahan: dan pelihara agama kemudian nyawa, harta nasab dan seumpama empat itu akal dan kehormatan sesunguhnya wajib ia.
Maksudnya waji memelihara agama, nyawa, harta, nasab, akal dan kehormatan.
1. Melihara agama dari murtad dengan menjaga tiga perkara:
a. I’tikad (kepercayan)
*jangan bera’tikad pada perkara yang membatalkan iman.
*jangan syak pada perkara yang yang wajib beriman dengannya.
*jangan syak pada perkara yang dinyatakan oleh agama secara qata’i.
b. Perkataan
*jangan mendustakan Allah dan Rasul dan perkara yang wajib beriman dengannya
*jangan memaki Allah dan Rasul
*jangan ingkar perkara yang nyata wajib dengan dalil qata’i.
*jangan menghalal perkara yang nyata haram dengan dalil qata’i.
*jangan mengharam perkara yang nyata halal dengan dalil qata’i.
*jangan bersenda dan buat olok-olok dengan agama.
*jangan berkata dengan suatu yang menjadikan syirik atau kufur.
c. Perbuatan
*jangan memperbuat suatu yang menjadikan syirik atau kufur.
*Jangan memperbuat suatu yang menyerupai syirik atau kufur.
2. Meliharakan nyawa dari kebinasaan:
a. jangan menbunuh diri.
b. jangan memperbuat suatu yang memembinasakan diri.
3. Memelihara harta.
*jangan membinasakan harta dengan tiada sebab.
*jangan membazir
*jangnan berjudi.
*jangan berlebih lebihan pada makanan dan perhiasan
4. Memelihara nasab.
*jangan berzina.
5. Memelihara akal.
*jangan minum atau makan suatu yang memabukkan.
*jangan melakukan suatu yang merosakkan fikiran.
6. Memelihara kehormatan.
*jangan melakukan sesuatu perkara yang membawa kehinaan diri.
*hendaklah berperangai dengan sifat kemulian.
*hendaklah beradab sopan dan menjaga tingkah laku.
Lebih lanjut sila lihat dalam kitab yang lebih panjang perbahasannya.
oleh: almalakawi.wordpress.com

Iklan


Tokuban78's Blog

Berikut adalah antara foto yang sempat ambo rakam semasa proses tempaan sepokal ini dilakukan. Besinya pula sempat digodam sedikit pada tanggal 1 muharam lepas. ambil sempena baik dengan harapan mendapat hasilnya yang baik. Setelah bakalan hasil tangan empu Mazlan siap, ambo terus bawa pula kepada tukang canai dan lurah no.1 di Malaysia haha.. yaitu Abe Pa Cenerai. Seminggu dalam bangsalnya, keris pun siap…lama skit sbb akhir2 ni Abe Pa x brp sihat. lepas tu bergegas pula ke bangsal penyarung ( Abe Din ) di Kg. perakap. servis terbaik!..2 hari siap. Ambo puas hati. Syukur Alhamdulillah, satu2nya keris sepukal terbaik yang ada dalam simpanan ambo setakat hari ni. walaupun ia baru, mungkin 50 – 100 thn lagi ia akan jadi antik .
09122012552
09122012553
09122012554
09122012555

09122012556

Lihat pos aslinya


🙂

Tokuban78's Blog

Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia.

Doa ini telah diijazahkan kepada saya oleh Tok Sayyid Padang Kala hafizohullah. Dengan suka hati, saya ijazahkan pula doa ini kepada sesiapa sahaja yang suka dan gemar mengamalkan doa yang amat baik ini. Kata guru saya, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu, selain selamat anak dalam kandungannya insyaallah juga akan memudahkan proses bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita yang berada di kejauhan. maklumlah mereka ini bukannya sentiasa berada di depan mata kita. sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan…

Lihat pos aslinya 37 kata lagi