HARUS MENGUPAH ORANG MEMBACA AL QUR’AN UNTUK SI MATI DAN SAMPAI PAHALA BACAANNYA, DAN HALAL UANG UPAHANNYA.


Gambar
..kata hamba, ni kalam Sheih Zakaria hok sengoti jelas panje, pendek buat apa tak pehe….”dan ada dalam babul ijaroh daripada Fatawa Sheikhul Islam Zakaria Al Ansori perkataan yang bermula nasnya; ditanya akan dia daripada mengupahkan mereka itu yang membaca qur’an bagi orang yang hidup atau orang yang mati dengan wasiat atau nazar atau lain dari keduanya satu khatam adakah sah demikian itu daripada keadaan ditentukan masa atau tempat atau atau tiada ditentukan hingga tertegah demikian itu pada mereka yang berwasiat ia dengan membaca Qur’an kemudian mati ia tenggelam dia laut atau tiada di ketahuai kuburnya?…dan apabila berkata kamu akan yang pertama maka adakah sah mengupahkan membacakan Qur’an dengan menentukan yang tersebut atau tiada?dan apabila selesai orang yang membaca membaca, maka apa rupa barang yang mendoa ia akan dia?adakah berkata ia; hai tuhan jadikanlah akan pahala barang yang hamba baca itu bagi si anu atau seumpama pahalanya, dan adakah menhadiahkan akan dia dahulu bagi sekalian Nabi, dan orang soleh kemudian bagi yang mengupahkan kerannya atau menghadiahkan ia akan dia mula mula baginya kemudian bagi mereka itu?maka menjawab ia (Sheikh Zakaria)dengan bahawasanya dengan mengupah sah ia bagi membaca satu khatam daripada ketiadaan di kadarkan dengan masa, dan sah ia membaca qur’an dengan dikadarkan demikian itu masa samada ada di tentukan tempat atau tiada. sesungguhnya telah menfatwa oleh Al-Qadhi Husain dengan sah mengupah membaca al-Qur’an di atas kubur pada satu masa kerana di kiaskan dengan mengupah bang, dan mengajarkan Al-Qur’an. telah berkata oleh Imam Ar-Rofi e dan bermula yang ada jalan bahwa ditempatkan dia atas jalan yang memberi manfaat atas orang yang di upahkan kerananya ada klanya dengan mendoa mengiringi membaca dan ia kemudia daripadanya terlebih hampir diperkenankan dan lebih memberi berkat, dan ada kalanya dengan menjadikan barang yang hasil daripada pahala daripadanya. dan perkataan yang di pilih seperti yang mengatakan dia oleh Imam An Nawawi SAH mengupah semata mata seperti zahir dari perkataan Al-Qodhi Husain kerana bahawasanya tempat Al-Qur’an itu tempat tempat berkat dan turun rahmat dan bermula ini yang dimaksudkan memberi manfaat ia akan orang yang di upah kerananya, dan dengan sebab demikian itu telah diketahui bahwa tiada perbezaan antara membaca atas kubur atau lainnya dan rupa dengan barang yang mendoa ia dengan dia…اللهم اجعل مثل ثواب ذلك الى اخره hai tuhan, jadikan olehmu kan seumpama pahala yang demikian itu atau hei tuhan jadikan olehmu akan pahala demikian itu bagi si anu anak si anu, kerana bermula maknanya seumpama pahala demikian itu, bandingannya seperti bahwa berwasiat ia bagi zaid dengan bahagian anaknya maka sah ia atas makna seumpama bahagian anaknya, dan jika ada makna atas demikian itu maka HARUS baginya bahwa MENGHADIAHKAN IA AKAN PAHALA demikian itu bagi sekalian Nabi, dan orang yang soleh kemudian bagi yang di upahkan kerananya ialah yang lebih utama kerana barang yang ada keranannya daripada yang menuntut berkat dengan mendahulukan mereka yang di tuntut akan berkatnya dan ia lebih kasih bagi yang mengupah pada gholib maka pengupah pada yang di ambil pada membetuli demikian itu HALAL, kerana barang yang telah menyebut kami akan dia, dan kerana melengkapi HADIS AL BUKHARI ; ”BAHWA YANG LEBIH SEBENAR BARANG YANG MEGAMBIL OLEH KAMU ATASNYA AKAN PENGUPAH KITAB ALLAH TAALA”. yakni Al-Qur’an Wallahu ‘alam intaha.
— bersama As-Sayyid Faez Al ‘Aydrus dan 19 lainnya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s