Senarai Tugas Guru Penolong Kanan PPKI


Jawatan                    :  GPK PENDIDIKAN KHAS

 

1. BIDANG TUGAS

 

1.1       Bertanggungjawab merancang, mengurus dan mentadbir, Program

Pendidikan Khas Integrasi.

1.2       Bertanggungjawab memantau, menyelia dan menilai dan melapor,

pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi.

1.3       Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir personel pendidikan khas (guru pendidikan khas, PPM, jururunding, juruterapi, jurupulih dan lain-lain).

1.4       Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program kurikulum dan

kokurikulum Program Integrasi Pendidikan Khas.

1.5       Bertanggungjawab mentadbir  pengurusan RPI murid pendidikan khas

1.6       Bertanggungjawab terhadap pengurusan prasarana, fizikal (ubahsuai,                    naik taraf dan lain-lain) perolehan (BBM, peralatan khusus dan lain-lain.

1.7       Mempengerusikan semua mesyuarat berkaitan perlaksanaan Program                  Pendidikan Integrasi semasa ketiadaan pengetua atau guru besar.

 

2. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

 

Membantu Pengetua :

2.1         Menentukan tugasan guru, PPM dalam hal ehwal pentadbiran dan memberi  bimbingan  kepada guru dan PPM dalam  program pendidikan   khas.

2.2         Menyelaras data dan maklumat pendidikan khas.

2.3         Merancang  takwim program-program  Pendidikan Khas.

2.4         Menyelia  kerja-kerja guru dan pembantu murid./Menyelia dan mengurus Anggaran Belanjawan Tahunan Program Pendidikan Khas.

2.5         Menyelaras semua jenis kutipan yuran yang dipungut dari murid-murid pendidikan khas.

2.6         Mengurus dan menyemak stok/ inventori peralatan yang dibeli dan   digunakan dalam program Pendidikan Khas.

2.7         Mengurus dan menyelia buku rekod pendaftaran dan rekod

2.8         kedatangan  murid.

2.9         Mengurus kemasukan, penempatan ,pertukaran dan tamat   sekolah murid.

3. KURIKULUM

3.1             Menyediakan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian   dan jadual Guru ganti.

3.2             Menyelia Rancangan Pelajaran Tahunan dan harian guru.

3.3             Berperanan sebagai pengerusi RPI bagi setiap murid pendidikan khas mesyuarat RPI.

3.4             Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu.

3.5             Memastikan kelengkapan prasarana P&P seperti peralatan ICT dan lain-lain BBM untuk kemudahan proses pembelajaran muridMewujudkan  suasana kelas yang kondusif sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid.

3.6             Menyemak buku rekod guru-guru Pendidikan Khas.

3.7             Menyediakan program tahunan,rutin dan developmental.pelan strategik  dan mengagihkan tugas kepada guru.

3.8             Membantu Pengetua/Guru Besar merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan pemantauan  guru-guru pendidikan khas, dan guru pra sekolah pendidikan khas.

3.9             Menyelaras pengurusan perjalanan kegiatan atau aktiviti bimbingan  dan    pemulihan  di program pendidikan khas ,dan pra sekolah pendidikan khas.

3.10     Menyelaras segala jenis program kurikulum dan kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri,  Bahagian Pendidikan  Khas dan Kementerian Pelajaran.

3.11     Menerima kemasukan murid baru dan menjalankan ujian diagnostik, memantau perkembangan pencapaian murid dalam program  inklusif.Menyediakan jadual khas bagi murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran pada masa khusus seperti  murid ADHD

 

4. KOKURIKULUM

4.1       Kurikulum/Koakademik

4.1.1      Merancang Takwim Kokurikulum dan ko akademik  bagi murid-murid Pendidikan Khas ke dalam takwim sekolah.

4.1.2      Mengendalikan  aktiviti  kokurikulum   dan koakademik Pendidikan Khas serta mengurus pemilihan peserta  untuk mewakili peringkat sekolah, daerah dan negeri .

4.1.3      Memantau  laporan bagi setiap aktiviti kokurikulum dan untuk tujuan menambahbaikan setiap program yang dijalankan.

4.1.4      Menentukan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas  sesuatu  aktiviti  kokurikulum  dijalankan.

 

5. PEMBANGUNAN ORGANISASI

5.1         Pembangunan Diri  Murid

5.1.1      Disiplin

5.1.1.1          Menentukan penerapan amalan dan nilai-nilai murni.

5.1.1.2          Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi  di dalam dan di luar  waktu persekolahan.terhadap kes-kes murid Pendidikan Khas yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.Menyelaras  dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

5.1.1.3          Strategi Tindakan DisiplinSemua kes disiplin yang berlaku (kes ringan, sederhana                                            dan berat) perlu diambil tindakan.

 

5.2      Bimbingan Dan Kaunseling membantu Pengetua/Guru Besar :

5.2.1      Menjalinkan kerjasama dengan Guru Bimbingan dan kaunseling  untuk merancang dan melaksanakan.kursus dan  motivasi bagi guru dan murid pendidikan oleh  Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi memberi khidmatBimbingan kepada murid-murid pendidikan khas yang memerlukan khidmat dari kaunselor.

 

5.3  Kesihatan Murid

5.3.1      Mengurus dan  mengendalikan rawatan pelajar yang memerlukan sesuatu rawatan sewaktu di sekolah.Memastikan program-program kesihatan murid di jalankan dengan sempurna seperti rawatan pergigian, suntikan pelali dan lainnya.

 

5.4   Prasarana

5.4.1      Merancang dan menentukan bilangan kelas mengikut keperluan     semasa

5.4.2      Menentukan dan memastikan kedudukan kelas sesuai dan selamat untuk murid-murid pendidikan khas Merancang dan menentukan bilik-bilik khas/stesen/bengkel dan tandas.

5.4.3      Merancang dan menentukan perabot dan susunatur di dalam kelas pendidikan khas

5.4.4      Merancang, menentukan dan mengurus pembelian harta modal.

5.4.5      Menguruskan dan memastikan penerimaan keperluan ICT (            contoh: note book, LCD projector, desktop, pencetak, pengimbasdan lain-lain) daripada pengerusi/guru PPSMI

 

5.5  Membantu Pengetua

5.5.1      Merancang dan menyelia  program  keceriaan dan kebersihan kelas.

5.5.2      Menyelaras  tatacara pergi dan balik sekolah bagi murid pendidikan khas.

5.5.3      Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa serta  masyarakat.

 

5.6  Berbincang bersama Guru Kanan HEM dan Kaunselor tentang tindakan yang perlu diambil:-

5.6.1      Menentukan dan memastikan tindakan yang diambil, perlu mengambilkira ciri-ciri yang terdapat pada murid pendidikan khas tersebut yang mempengaruhi tindakan negetif yang telah dilakukan.

5.6.2      Menentukan dan memastikan tindakan yang diambil adalah fleksibel dan berdasarkan modifikasi tingkahlaku, sebelum tindakan disiplin aliran perdana digunapakai.

 

 

6. PENGURUSAN PERKHIDMATAN

6.1    Penempatan

6.1.1      Mengurus dan menerima kemasukan murid pendidikan khas

6.1.2      Menerima dan memfailkan dokumen yang berkaitan dengan murid pendidikan khas (contoh; surat pengesahan doktor, surat penempatan daripada PPD atau JPN, salinan kad pengenakan dan OKU)

6.1.3      Menghantar senarai nama murid pendidikan khas yang akan ke sekolah menengah ke PPD

6.1.4      Mengurus kemasukan murid pendidikan khas ke dalam program inklusif dan program transisi

6.1.5      Menyelia kemasukan pelajar ke sekolah menengah teknik / vokasional/politeknik.

 

6.2         Stok dan inventori

6.2.1      Mengurus dan menyemak stok /iventori peralatan yang dibeli dan digunakan dalam program pendidikan khas.

6.2.2      Mengurus dan menyelia buku rekod pendaftaran dan rekod kedatangan murid.

6.2.3      Mengurus kemasukan, penempatan, pertukaran dan tamat sekolah murid.

6.2.4      Membuat pengesahan RPI, buku-buku latihan yang telah disemak.

 

7 KEWANGAN

7.1       Kewangan

7.1.1      Merancang Anggaran Belanja Mengurus Bantuan Pelajaran Tahunan Pendidikan Khas setiap akhir tahun.

7.1.2      Merancang Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan Pendidikan Khas

7.1.3      Menghadiri mesyuarat kewangan sekolah

7.1.4      Mendapatkan surat makluman Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan yang layak bagi program

7.1.5      Menguruskan pelarasan Bantuan Pelajaran Tahunan Pendidikan Khas

7.1.6      Mengurus Anggaran Belanja Mengurus Bantuan Pelajaran Tahunan Pendidikan Khas

7.1.7      Mengurus taksiran keperluan bekalan bahan, sumber, peralatan dan perkakasan khas.

7.1.8      Menyemak sebut harga dan menandatangani nota minta.

7.1.9      Memastikan dan menyemak kandungan invois selaras dengan nota minta dan LO.

7.1.10   Memastikan pengurusan subsidairi selaras dengan rekod iventori dan LO.

7.1.11   Memastikan baki 10%  kewangan PCG Tahunan Pendidikan Khas

 

8 KHIDMAT LATIHAN

8.1         Latihan

8.1.1      Merancang dan melaksanakan kursus latihan/bengkel/seminar dalaman kepada guru-guru pendidikan khas dan PPM

8.1.2      Memastikan tajuk kursus latihan/bengkel/seminar yang bersesuaian

8.1.3      Mendapatkan penceramah yang bertauliah

8.1.4      Berhubung dengan pengerusi/guru PPSMI untuk urusan penyelengaraan

8.1.5      Membuat laporan kepada pengerusi/guru PPSMI jika berlaku sebarang masalah atau kerosakan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s