TOK WALI SYEIKH PAUH BOK @TOK PROBOK FATHONI..


TOK WALI SYEIKH PAUH BOK FATHONI..

Mashur nama beliau sebagai wali yang sangat banyak karomah..antara yang diceritakan ayahnda guru yang mulia di fathoni, syeikh pauh bok bergerak lipat bumi..semasa menuntut ilmu di mekah gurunya ingin makan buah kayu yang sedap di tanah jawi…tok pauh bok kata boleh dia bawakan…dalam beberapa saat sahaja tok pauh bok datang memberikan buah durian kepada gurunya..alangkah terkejutnya guru dengan keupayaan anak muridnya pulang ke kampung halaman mengambil buah kayu dengan cepat..

Siapakah Syeikh Pauh Bok?

Namanya syeikh wan abdul rahman bin syeikh wan abdul mubin bin syeikh wan jailani bin syeikh wan abdul jabbar bin syeikh wan mohd arifin syah.. Datuk neneknya berasal dari keluarga pedagang arab yaman yang datang berniaga di fathoni,lalu menyusur sungai kecil memasuki kawasan pedalaman sehingga sampai ke kampung pauh bok dan menurunkan zuriatnya disana.

Beliau hidup sezaman dengan syeikh abdul malik bin abdullah (tok ku pulau manis, terengganu pengarang kitab hikam jawi).salah seorang daripada adik beradiknya juga merupakan ulama’ yang mashur iaitu syeikh wan abdullah bin wan abdul mubin (pengarang kitab tanbihul ghafilin yang mashur tersebar kitab karangnya hingga sekarang)

Sejarah Pendidikkan Syeikh Pauh Bok….

Beliau mendapat pendidikkan awal daripada ayahnya sendiri iaitu syeikh wan abdul mubin, seorang ulama’ fathoni yang terbilang…selain ayahnya, beliau juga belajar dengan beberapa orang bapa saudaranya iaitu syeikh wan mohd soleh, syeikh wan abbas dan syeikh wan mohd yunus…

Setelah tamat belajar di fathoni beliau berangkat ke mekah dan madinah,menyambung pengajiannya disana.. Antara guru beliau ialah syeikh ibrahim al-karani, syeikh mustapha bin kamaluddin al-bakri dan ramai lagi..

Setelah pulang ke tanah jawi beliau menetap di pauh bok menjadi pengganti ayahnya selaku tok guru pondok..

Siapakah murid syeikh Pauh Bok?

Anak murid beliau sangat ramai. Antaranya syeikh daud al-fathoni (tokoh pengarang asal fathoni yang sangat terkenal)…
syeikh abdul somad al-falambani (pengarang kitab hidayatul salikin, sirul salikin)…syeikh abdul rahman bin abdul ma’ruf al-fathoni, syeikh abd rouf bin abd wahid al-fathoni dan ramai lagi…

Kitab Karangan Syeikh Pauh Bok..

Beliau meninggalkan beberapa buah karya tulis, tetapi semuanya dalam bentuk manuskrip. Antaranya kitab mir-atul haq, akidah ahli sunnah waljamaah dan wasiat syeikh abd rahman ibnu haji abd mubin kepada segala anak muridnya…

Wallahua’lam..

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

w

Connecting to %s