Tidak boleh beramal sesuka hati kita dengan apa yang ada dalam kitab kecuali…


Tulisan ini ditulis oleh Ust Abdul Rahman Al Azhari.

Dalam Kitab A’lam Al-Muwaqqi’in (1) karangan al-Imam Ibnul Qayyim, beliau telah menukilkan drpd Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal, bahawa bapanya (Imam Ahmad Ibn Hanbal) berkata:

إذا كان عند الرجل الكتب المصنفة فيها قول رسول الله صلى الله عليه وسلم واختلاف الصحابة والتابعين فلا يجوز أن يعمل بما شاء ويتخير فيقضي به ويعمل به حتى يسأل أهل العلم ما يؤخذ به فيكون يعمل على أمر صحيح .

Apabila seorang lelaki memiliki kitab² (2) yang mana di dalamnya dihimpunkan sabdaan² Rasulullah SAW dan pelbagai pendapat sahabat serta tabi’in, maka dia TIDAK BOLEH beramal dgn apa yg dia kehendaki, memilih (sesuka hati), menentukan hukum*, lalu beramal dengannya; sehinggalah dia BERTANYA kepada Ahli Ilmu (3) apa yg (patut) diambil, maka (dengan cara ini, barulah) dia (dikira) beramal dengan cara yg betul” (4)

*Jangan ingat dah ada koleksi terjemahan kitab-kitab Hadith, dah ada koleksi buku agama dlm bentuk PDF, dah boleh pilih sesuka hati nk pakai pendapat mana. Menuntut ilmu tu perjalanannya masih panjang la!

Nota kaki:

(1) Ulama berbeza pendapat dalam menentukan nama sebenar Kitab ni. ada yg kata A’lam Al-Muwaqqi’in, ada yg kata I’lam Al-Muwaqqi’in.. faktor berbeza pendapat: zaman dulu rulis alif shj, xtulis hamzah di bawah atau di atas alif (اعلام الموقعين)

(2) Iaitu kitab2 Hadith.

(3) Iaitu yg ulama yg layak.

(4) Rujuk A’lam Al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Darul Kutub Al-Ilmiyyah (1991), cetakan pertama, Juzuk 1, halaman 35, فصل كلام الأئمة في الفتيا , Bahagian أدوات الفتيا .

1 responses to “Tidak boleh beramal sesuka hati kita dengan apa yang ada dalam kitab kecuali…

Tinggalkan komentar