Hukum Mengambil Upah Membaca Al Quran


Hukum Mengambil Upah Membaca Al Quran

Slideshow ini membutuhkan JavaScript.

Soalan :

Apakah hukum mengambil upah dengan membaca al Quran ? Begitu juga dengan sesetengah tempat selepas kematian tuan rumah akan memanggil sekumpulan Huffaz al Quran untuk membaca al Quran. Setelah itu mereka akan dihidangkan makanan dan diberi sagu hati berupa wang. Tujuannya ialah untuk bersedekah bagi pihak roh simati dengan harapan agar Allah memberi keringanan kepadanya. Apakah hukum perkara tersebut ?

Jawapan 1 :

Jawapan diberikan oleh Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi (bekas Mufti Iraq) dalam bukunya : Al Bid’ah fi al Mafhum al Islamy ad Daqiq – Salah faham terhadap Bid’ah menyebutkan :

Membaca al Quran adalah ibadah. Para ulama berselisih pendapat, adakah dibolehkan mengambil upah atau imbalan ke atas ibadah yang dilakukan termasuk di antaranya ialah membaca al quran dan mengajarnya. Sebahagian fuqaha’ berpendapat mengambil upah hasil pembacaan al Quran adalah tidak harus.

Ini adalah salah satu pendapat yang dikemukakan oleh Imam Ahmad, para ulama bermazhab Hanafi yang terawal dan Ishaq bin Rahawaih. Manakala para ulama Hanafiyyah yang terkemudian mengharuskan pengambilan upah hasil menjadi imam, mengajar dan muazzin. Alasan mereka ialah sekiranya dipegang pendapat yang melarang pengambilan upah maka ia akan menyebabkan tugas-tugas tersebut terabai kerana mereka yang layak untuk melaksanakan tugas tersebut terpaksa meninggalkannya untuk mencari sara hidup, seterusnya menyebabkan tugas tersebut terabai atau berlaku kepincangan.

Manakala sebahagian ulama yang lain seperti Imam Malik, Asy Syafie, Ibnu Al Munzir dan Ahmad pada satu riwayat yang lain mengharuskan pengambilan upah hasil membaca al Quran. Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AlBukhari bahawa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang bererti) :

Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

kerana Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam tidak membantah ke atas para sahabat yang mengambil upah hasil jampian dengan al Quran. Namun bagi para ulama yang mengharuskannya kesemua mereka bersepakat bahawa sekiranya seorang qari (yang membaca al Quran) membaca dengan niat untuk mendapat upah dan mengaut harta, maka dia tidak akan mendapat pahala dan berkemungkinan dia berdosa kerana dia membaca Al Quran bukan kerana Allah subahanahu wa ta’ala (ikhlas kerana Allah).

Mereka juga berpendapat sekiranya pembacaan Al Quran dijadikan sebagai kerja untuk mengaut keuntungan dan harta yang banyak maka hukumnya adalah haram yang tidak diakui oleh syarak.

Jawapan 2 :

Membaca al Quran adalah sangat dianjurkan. Begitu juga bersedekah. Mengambil upah untuk tugas-tugas keagamaan seperti membaca al Quran , menjadi imam, membaca khutbah jumaat, azan, mengajar ilmu-ilmu syariah, telah menjadi kebiasaan diamalkan umat Islam di negara-negara Islam sejak zaman berzaman. Adapun mengambil upah membaca alQuran ia termasuk dalam keumuman hadith RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallan (yang bererti) :

Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

(Riwayat Bukhari)

Hadith ini adalah bahagian akhir hadith yang panjang riwayat Al Bukhari dari Ibn Abbas iaitu :

Bahawasanya satu jama’ah para sahabat Nabi melalui di tempat yang ada air yang ada di sana seseorang bernama Ladigh atau Salim (perawi tidak pasti antara keduanya yang kena sengat binatang ), Datanglah seorang lelaki dari tempat air itu lalu berkata : Adakah di antara kamu yang pandai menjampi kerana sesungguhnya di tempat air itu ada seorang lelaki yang disengat binatang bisa. Lalu ada seorang dari mereka lalu membaca Surah al fatihah dengan pembayaran beberapa ekor kambing. Lalu (selepas menjampi) dia membawa kambing tersebut kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya tidak suka dengan perkara tersebut. Mereka berkata : Apakah kamu mengambil upah dengan membaca kitab Allah? (perkara ini berlarutan) sehinggalah mereka sampai di Madinah, lalu mereka berkata : Ya Rasulullah, dia telah mengambil upah melalui kitab Allah. Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam lalu mengatakan : Sesungguhnya yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya ialah kitab Allah (Al Quran)

Imam Nawawi berkata dalam Raudhah ath Tholibin : Dari al Qadhi Husain di dalam Al Fatawa, menyebutkan :

Sesungguhnya mengupah membaca al Quran di atas kubur pada tempoh tertentu adalah dibolehkan sebagaimana (dibolehkan) mengupah orang untuk azan dan mengajar al Quran

(lihat Fath al Mu’in m/s 84, Lihat Minhaj al Wadhih (Soal Jawab Agama membahaskan Masalah Terkini dalam Feqah)

Mengikut Bughyah al Mustarsyidin, sah (boleh) upah membaca al Quran di atas kubur dan mendoakannya kerana bacaan itu boleh memberi manfaat dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Dalil dari hadith dan pendapat-pendapat para ulama’ mu’tabar di atas memberi penjelasan bahawa tidak mengapa mengambil upah membaca al Quran kepada si mati.

Rujukan :

1. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Al Bid’ah fi al Mafhum al Islamy ad Daqiq – Salah faham terhadap Bid’ah

2. Muhadir bin Hj Joll, Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya, m/s 660-661, Cet Pertama 2011, Mawleed Publishing, Selangor
DARI: http://jomfaham.blogspot.com/2012/06/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran.html

Zikir Penyembuh Semasa Sakit


dipetik dari :http://tokuban78.wordpress.com/2010/08/12/zikir-penyembuh-semasa-sakit/#comment-474

Ketahuilah wahai sekelian saudaraku, bahawasanya Nama Allah Taala ” Assyafi” itu adalah satu Nama yang besar bagi mempercepatkan sembuh penyakit-penyakit yang menyusahkan.
Pesakit yang banyak membaca Nama Allah Taala ini, akan segera diafiatkan Allah Taala dari penyakitnya.
Ketika sakit bacalah surah Al-Fatihah 7 kali dan ” Ya Allah Ya Syafi” sebanyak 442 kali.
Kata Syeikh Ali Albuni Rahimahullah Taala, “telah aku suruh akan Mahmud Bin Syah membaca isim peyembuh ini kerana penyakit kusta yang dideritainya, sehingga lari tabib-tabib kerana tidak mahu mengubati penyakitnya. Maka tidak berapa lama, selepas 15 hari berlalu penyakitnya sembuh seolah-olah dia tak pernah kena penyakit itu.” Wallahu a’lam.

Swine Flu dan Penternakan Babi


dipetik dari: http://pmram.org/index.php?option=com

Mutakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya ‘swine flu’, bukan ‘pig flu’.

Sebelum ini, kita pernah dengar virus J.E. Baik ‘swine flu’ dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur silsilah yang sama; babi.

Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki yang diserang sejenis penyakit kulit jatuh ke atas bahtera Nuh. Dengan tidak semena-mena, penyakit kulitnya sembuh. Berita itu tersebar pantas, sehingga ramai kalangan mereka yang diserang penyakit yang sama telah datang melumur najis dari bahtera itu ke atas tubuh badan mereka.

Dipendekkan cerita, akhirnya, lama-kelamaan, hilang lenyaplah segala bau dan najis itu kerana mereka mencuci sehingga bersih bahtera itu semata-mata kerana inginkan saki-baki ‘air penawar’ yang masih terpalit di atas bahtera tersebut. Wallahu’alam..

Kalau riwayat ini benar, maka sejarah permulaan kemunculan makhluk Allah ini mungkin bermula sejak zaman Nabi Nuh a.s lagi. Sejak Nabi Adam, kita hanya mengenali kambing, lembu sebagai haiwan ternakan. Kita tidak pernah tersua dengan kisah kaum-kaum Aad, Tsamud, masyarakat Iram di padang pasir yang menternak babi. Mereka hanya menternak unta, kambing di gurun sahara.

Dalam al-Qur’an, surah al-Baqarah yang mendapat namanya ekoran kisah seekor lembu sapi betina Bani Israel yang digunakan dalam kes pembunuhan. Dan, Nabi Musa ketika itu menjadi hakimnya.

Maka, babi sebagai haiwan ternakan sangat asing dalam kisah-kisah al-Quran dan malah tamadun-tamadun, kaum-kaum yang sangat ingkar kepada Tuhan pun, barangkali tidak menternak haiwan ini.

Sejak bila dikomersialkan penternakan babi?

Tidak diketahui sejak bilakah babi dijadikan haiwan ternakan? Dan, tamadun mana pula yang menjadikan khinzir sebagai haiwan ternakan, lalu menjadikan daging haiwan itu sebagai produk dagangan antarabangsa.

Zaman berlalu menyaksikan peradaban demi peradaban runtuh, digantikan dengan negara bangsa. Daging khinzir mula dijadikan hidangan, dan makanan-makanan bernilai komersial. Di Malaysia hari ini, babi juga menjadi haiwan ternakan warganegara kita.

Dengan tidak semena-mena, penyakit yang bermuara daripada babi ini mengancam kemanusiaan sejagat. Bagaikan air yang mengalir deras, penyakit yang bermuara dari Mexico ini telah mengalir cepat, meluncur laju ke lembah Amerika Syarikat dan gelombang tsunami penyakit itu, kocakannya membadai ke Malaysia pula.

Mengancam alam sekitar dan maruah

Namun, setakat ini, tiada lagi kita mendengar penyakit ‘swine flu’ itu berasal daripada babi di Malaysia. Yang kita dengar J.E atau Virus Nipah sahaja. Itu jelas. Selain itu, Karam Singh Walia kerap melaporkan isu-isu pencemaran air sungai yang terkait dengan penternakan babi di Malaysia.

Ringkasnya, Virus Nipah oleh khinzir di Malaysia tidak melebarkan empayar serangannya ke serata dunia. Tapi, ‘swine flu’ ini berawal dari Mexico, USA dan kini hinggap ke negara kita. Itu bezanya. Penyakit boleh datang dari pelbagai arah. Tapi, babi itulah punca asal kepada masalah merebaknya penyakit ini.

Selain pencemaran air sungai, babi menjadi simbol pergaduhan dan penghinaan ke atas pihak-pihak tertentu. Misalnya, telah wujud kes menggantung kepala babi di atas pagar seorang pemimpin parti politik. Dalam surau di sebuah kampus di Lembah Klang, kepala babi dibalut lalu diletakkan di atas bendera sebuah parti pembangkang.

Maka, sekurang-kurangnya, ancaman babi ke atas kemanusiaan dalam konteks Malaysia, ada dua – iaitu, pertamanya penternakan babi merosakkan alam sekitar melalui pencemaran sumber takungan dan tadahan air seperti tasik dan sungai-sungai. Kedua, babi disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, guna menjatuhkan maruah orang dan sesebuah organisasi parti.

Antara rumusan dan kesimpulan awal yang kita boleh susun di sini ialah – penternakan babi mengundang parah yang lebih banyak dan musibahnya berbanding keuntungan. Yang rugi adalah alam sekitar dan maruah manusia (termasuk parti). Yang untung adalah sebilangan kaum pemodal, kapitalis bukan Melayu, bukan Islam.

Jika salah tafsiran, orang akan menganggap isu ini sensitif kerana melanggar tebing sensitiviti ras dan agama tertentu. Tapi, ketepikan dulu soal agama, soal perkauman. Kita menulis untuk membicarakan soal pemeliharaan alam sekitar, maruah dan nyawa manusia.

Apatah lagi dengan kehadiran virus H1N1 dan ‘swine flu’ hari ini, termasuk Virus Nipah, pencemaran sungai, maka penternakan babi mesti dijadikan perbahasan utama dalam Parlimen termasuklah di warung-warung kopi di celah-celah pelusuk kampung.

Sebenarnya, masalah selesema babi ini juga menggugat industri pelancongan negara. Bagaimanakah kita mahu mengukur kelembapan industri pelancongan ini? Perkara yang paling mudah dikesan ialah berkurangannya para pelancong yang berlibur di dalam negara kita.

Kejatuhan ekonomi dunia tidak ganggu industri pelancongan

Kesan ekonomi global sebenarnya tidak menghalang para pelancong daripada terus berpusu-pusu masuk, membanjiri negara. Tapi, dengan keadaan wabak kerisauan yang menular ke dalam jantung hati manusia berikutan selesema babi ini, para pelancong semakin berawas jika mahu berlibur ke mana-mana.

Menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan.

Kalau mahu dihimpunkan keburukan selesema babi ini cukup banyak. Sedangkan kita cuma membangkitkan satu persoalan saja, iaitu benarkah pada akhir riwayat dunia akhir zaman ini, babi-babi akan dibunuh seperti yang terangkum dalam sabda junjungan besar kita itu?

Mungkinkah sekarang, dengan tibanya H1N1 yang telah merebak ke seluruh dunia, menyebabkan sudah tiba masanya untuk membuat keputusan menutup dan menghapuskan segala ladang penternakan babi di seluruh dunia atas nama keselamatan awam?

Najis dan sisa kumbahan babi yang dibuang ke dalam sungai boleh merosakkan sumber air, membawa pencemaran alam sekitar. Hal sama keadaannya dengan H1N1 ini yang mengalir dalam pembuluh darah kita. Air sungai dalam sesebuah negara bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh; mengalirkan kekotoran untuk kesihatan tubuh.

Bayangkan jika darah dicemari H1N1 seperti mana air sungai dicemari najis kumbahan babi. Sihatkah tubuh, bersihkah negara?

Haiwan tidak dibunuh kerana mereka berdosa atau tidak. Tiada konsep dosa pahala dalam kehidupan haiwan. Setiap haiwan diburu, diternak sebagai makanan manusia. Itu sunnatullah, fitrah. Itu lumrah alam dan menjadi amalan dalam kehidupan manusia.

Tapi, apabila khinzir mula membawa masalah. Setiap ‘hembusan’ nafasnya dengan tak semena-mena mendatangkan jangkitan selesema untuk manusia, maka kehadiran haiwan itu perlulah diambil tindakan serius demi menyelamatkan manusia dan kemanusiaan.

Diriwayatkan dalam hadis akhir zaman bahawa akan ada watak akhir zaman yang akan membunuh haiwan. Maka membunuh babi bukanlah kesalahan walaupun sesebuah negara Islam seperti Malaysia telah meletakkan penternakan babi ini sebagai salah satu perusahaan yang mengukuhkan sendi ekonominya sendiri.

Perlu keputusan segera

Maka, negara kita dalam tempoh terdekat mesti merumuskan suatu sikap yang penting ke atas penternakan babi tanpa memperhitung kepentingan politik dan maslahat ekonomi kapitalis yang terlibat dengan perternakan babi di negara kita.

Membunuh khinzir bukanlah bererti ia dilakukan di atas dorongan kebencian ke atas pihak tertentu, sebaliknya ia dibuat untuk mengatasi masalah pencemaran air, udara, tanah dan alam sekitar seluruhnya. Apatah lagi mutakhir ini, babi dengan selesemanya berpotensi besar mengancam manusia dan kemanusiaan.

Mungkin kita tak perlu menunggu insan yang dijanjikan itu tiba terlebih dahulu untuk turun melenyapkan haiwan berkenaan. Kita boleh membentuk suatu suruhanjaya yang mengkaji ancaman selesema babi ke atas masyarakat kita sendri.

Sebenarnya, kita tak perlu bertanya-bilakah insan yang dimaksudkan akan turun melenyapkan haiwan berkenaan pada akhir zaman? Menurut lojik akal, insan tersebut bersendirian ketika membunuh babi-babi itu.

Pemimpin itu tentulah tiba secara berkumpulan. Watak-watak jernih akhir zaman sebagai yang dijanjikan ini mungkin hadir dalam bentuk organisasi tersusun seperti kekuasaan, kerajaan, negara atau pertubuhan NGO. Tapi, apa persediaan kita untuk menyambut watak-watak jernih akhir zaman yang bakal melenyapkan haiwan-haiwan tersebut?

Tentulah mereka terpaksa bertembung dengan kilang-kilang pemprosesan daging khinzir yang dimiliki kapitalis, penguasa negara tertentu. Ladang ternakan babi pula tentunya dilindungi oleh kekuasaan besar dan meluas pula. Jadi, sekali lagi, mustahillah watak akhir zaman yang dijanjikan itu akan berjuang bersendirian.

Pemimpin Islam dan negara Islam yang ‘berjuang’ mempertahan ladang ternakan babi perlu memikirkan semula, sama ada mereka itu benar-benar Islam mengikut acuan Nabi Muhammad s.a.w atau tidak?

Kalau orang bukan Islam yang mempertahan kilang pemprosesan dan ladang ternakan babi, hal itu tidak perlu dibahas lagi. Kita sudah sedia maklum akan hal tersebut.

Jika kita boleh membentuk rangkaian kerjasama untuk membasmi ladang-ladang khinzir yang bermasalah dalam negara, maka mungkin tiba masanya kelak, negara kita akan termasuk dalam rangkaian perjuangan watak-watak jernih akhir zaman yang bergabung untuk melenyapkan ladang khinzir sekali gus membunuh dajjal.

Manfaat Siwak Untuk Kesehatan


Manfaat Siwak
Dikirim: [17/04/2010]
Oleh Majlis Taalim Wad Da’wah
http://madinatulilmi.com/

Sejarah Penggunaan Siwak (Salvadora persica)

Penggunaan alat-alat kebersihan mulut telah dimulai semenjak berabad-abad lalu. Manusia terdahulu menggunakan alat-alat kebersihan yang bermacam-macam seiring dengan perkembangan sosial, teknologi dan budaya. Beraneka ragam peralatan sederhana dipergunakan untuk membersihkan mulut mereka dari sisa-sisa makanan, mulai dari tusuk gigi, batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang hewan hingga duri landak. Diantara peralatan tradisional yang mereka gunakan dalam membersihkan mulut dan gigi adalah kayu siwak atau chewing stick. Kayu ini walaupun tradisional, merupakan langkah pertama transisi/peralihan kepada sikat gigi modern dan merupakan alat pembersih mulut terbaik hingga saat ini.

Miswak (Chewing Stick) telah digunakan oleh orang Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang mana kemudian digunakan pula di zaman kerajaan Yunani dan Romawi, oleh orang-orang Yahudi, Mesir dan masyarakat kerajaan Islam. Siwak memiliki nama-nama lain di setiap komunitas, seperti misalnya di Timur Tengah disebut dengan miswak, siwak atau arak, di Tanzania disebut miswak, dan di Pakistan dan India disebut dengan datan atau miswak. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanaman yang berbeda-beda pada setiap negeri. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon Arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon limun (Citrus aurantifolia) dan pohon jeruk (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassia sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.

Meskipun siwak sebelumnya telah digunakan dalam berbagai macam kultur dan budaya di seluruh dunia, namun pengaruh penyebaran agama Islam dan penerapannya untuk membersihkan gigi yang paling berpengaruh. Istilah siwak sendiri pada kenyatannya telah umum dipakai selama masa kenabian Nabi Muhammad yang memulai misinya sekitar 543 M. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku niscaya akan kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan sholat (dalam riwayat lain : setiap akan berwudhu’).” Nabi memandang kesehatan dan kebersihan mulut adalah penting, sehingga beliau senantiasa menganjurkan pada isterinya untuk selalu menyiapkan siwak untuknya hingga akhir hayatnya.

Siwak terus digunakan hampir di seluruh bagian Timur Tengah, Pakistan, Nepal, India, Afrika dan Malaysia, khususnya di daerah pedalaman. Sebagian besar mereka menggunakannya karena faktor religi, budaya dan sosial. Ummat Islam di Timur Tengah dan sekitarnya menggunakan siwak minimal 5 kali sehari disamping juga mereka menggunakan sikat gigi biasa. Penelitian yang dilakukan oleh Erwin dan Lewis (1989) menyatakan bahwa pengguna siwak memiliki relativitas yang rendah dijangkiti kerusakan dan penyakit gigi meskipun mereka mengkonsumsi bahan makanan yang kaya akan karbohidrat.

Morfologi dan Habitat Tanaman Siwak

Siwak atau Miswak, merupakan bagian dari batang, akar atau ranting tumbuhan Salvadora persica yang kebanyakan tumbuh di daerah Timur Tengah, Asia dan Afrika. Siwak berbentuk batang yang diambil dari akar dan ranting tanaman arak (Salvadora persica) yang berdiameter mulai dari 0,1 cm sampai 5 cm. Pohon arak adalah pohon yang kecil seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, berdiameter lebih dari 1 kaki. Jika kulitnya dikelupas berwarna agak keputihan dan memiliki banyak juntaian serat. Akarnya berwarna cokelat dan bagian dalamnya berwarna putih. Aromanya seperti seledri dan rasanya agak pedas.

Siwak berfungsi mengikis dan membersihkan bagian dalam mulut. Kata siwak sendiri berasal dari bahasa arab ‘yudlik’ yang artinya adalah memijat (massage). Siwak lebih dari sekedar sikat gigi biasa, karena selain memiliki serat batang yang elastis dan tidak merusak gigi walaupun di bawah tekanan yang keras, siwak juga memiliki kandungan alami antimikrobial dan antidecay system (sistem antipembusuk). Batang siwak yang berdiameter kecil, memiliki kemampuan fleksibilitas yang tinggi untuk menekuk ke daerah mulut secara tepat dan dapat mengikis plak pada gigi. Siwak juga aman dan sehat bagi perkembangan gusi.

Kandungan Kimia Batang Kayu Siwak

Al-Lafi dan Ababneh (1995) melakukan penelitian terhadap kayu siwak dan melaporkan bahwa siwak mengandung mineral-mineral alami yang dapat membunuh dan menghambat pertumbuhan bakteri, mengikis plaque, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi. Siwak memiliki kandungan kimiawi yang bermanfaat, meliputi :

Antibacterial Acids, seperti astringents, abrasive dan detergent yang berfungsi untuk membunuh bakteri, mencegah infeksi, menghentikan pendarahan pada gusi. Penggunaan kayu siwak yang segar pertama kali, akan terasa agak pedas dan sedikit membakar, karena terdapat kandungan serupa mustard yang merupakan substansi antibacterial acid tersebut.

Kandungan kimiawi seperti Klorida, Pottasium, Sodium Bicarbonate, Fluorida, Silika, Sulfur, Vitamin C, Trimetilamin, Salvadorin, Tannin dan beberapa mineral lainnya yang berfungsi untuk membersihkan gigi, memutihkan dan menyehatkan gigi dan gusi. Bahan-bahan ini sering diekstrak sebagai bahan penyusun pasta gigi.

Minyak aroma alami yang memiliki rasa dan bau yang segar, yang dapat menyegarkan mulut dan menghilangkan bau tidak sedap.

Enzim yang mencegah pembentukan plak yang merupakan penyebab radang gusi dan penyebab utama tanggalnya gigi secara prematur.

Anti Decay Agent (Zat anti pembusukan) dan Antigermal System, yang bertindak seperti Penicilin menurunkan jumlah bakteri di mulut dan mencegah terjadinya proses pembusukan. Siwak juga turut merangsang produksi saliva, dimana saliva sendiri merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Menurut laporan Lewis (1982), penelitian kimiawi terhadap tanaman ini telah dilakukan semenjak abad ke-19, dan ditemukan sejumlah besar klorida, fluor, trimetilamin dan resin. Kemudian dari hasil penelitian Farooqi dan Srivastava (1990) ditemukan silika, sulfur dan vitamin C. Kandungan kimia tersebut sangat bermanfaat bagi kesehatan gigi dan mulut dimana trimetilamin dan vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi. Klorida bermanfaat untuk menghilangkan noda pada gigi, sedangkan silika dapat bereaksi sebagai penggosok. Kemudian keberadaan sulfur dikenal dengan rasa hangat dan baunya yang khas, adapun fluorida berguna bagi kesehatan gigi sebagai pencegah terjadinya karies dengan memperkuat lapisan email dan mengurangi larutnya terhadap asam yang dihasilkan oleh bakteri.

Siwak sebagai zat antibakterial

El-Mostehy dkk (1998) melaporkan bahwa tanaman siwak mengandung zat-zat antibakterial. Darout et al. (2000) Melaporkan bahwa antimikrobial dan efek pembersih pada miswak telah ditunjukkan oleh variasi kandungan kimiawi yang dapat terdeteksi pada ekstraknya. Efek ini dipercaya berhubungan dengan tingginya kandungan Sodium Klorida dan Pottasium Klorida seperti salvadourea dan salvadorine, saponin, tannin, vitamin C, silika dan resin, juga cyanogenic glycoside dan benzylsothio-cyanate. Hal ini dilaporkan bahwa komponen anionik alami terdapat pada spesies tanaman ini yang mengandung agen antimikrobial yang melawan beberapa bakteri. Nitrat (NO3-) dilaporkan mempengaruhi transportasi aktif porline pada Escherichia coli seperti juga pada aldosa dari E. coli dan Streptococcus faecalis. Nitrat juga mempengaruhi transport aktif oksidasi fosforilasi dan pengambilan oksigen oleh Pseudomonas aeruginosa dan Stapyhylococcus aureus sehingga terhambat.

Menurut hasil penelitian Gazi et al. (1987) ekstrak kasar batang kayu siwak pada pasta gigi yang dijadikan cairan kumur, dikaji sifat-sifat antiplaknya dan efeknya terhadap komposisi bakteri yang menyusun plak dan menyebabkan penurunan bakteri gram negatif batang.

Penyusun (2005) di dalam skripsi yang berjudul “Pengaruh Ekstrak Serbuk Kayu Siwak (Salvadora persica) Terhadap Pertumbuhan Bakteri Streptococcus mutans Dan Staphylococcus aureus Dengan Metode Difusi Lempeng Agar” menemukan bahwa ekstrak serbuk kayu siwak bersifat antibakterial sedang terhadap bakteri S. mutans dan S. aureus.

Siwak sebagai “oral cleaner device” (alat pembersih mulut)

Siwak sangat efektif sebagai alat pembersih mulut. Almas (2002) meneliti perbandingan pengaruh antara ekstrak siwak dengan Chlorhexidine Gluconate (CHX) yang sering digunakan sebagai cairan kumur (mouthwash) dan zat anti plak pada dentin manusia dengan SEM (Scanning Electron Microscopy). Almas melaporkan bahwa 50% ekstrak siwak dan CHX 0,2% memiliki efek yang sama pada dentin manusia, namun ekstrak siwak lebih banyak menghilangkan lapisan noda-noda (Smear layer) pada dentin.

Sebuah penelitian tentang Periodontal Treatment (Perawatan gigi secara berkala) dengan mengambil sampel terhadap 480 orang dewasa berusia 35-65 tahun di kota Makkah dan Jeddah oleh para peneliti dari King Abdul Aziz University Jeddah, menunjukkan bahwa Periodontal Treatment untuk masyarakat Makkah dan Jeddah adalah lebih rendah daripada treatment yang harus diberikan kepada masyarakat di negara lain, hal ini mengindikasikan rendahnya kebutuhan masyarakat Makkah dan Jeddah terhadap Periodontal Treatment.

Penelitian lain dengan menjadikan serbuk (powder) siwak sebagai bahan tambahan pada pasta gigi dibandingkan dengan penggunaan pasta gigi tanpa campuran serbuk siwak menunjukkan bahwa prosentase hasil terbaik bagi kesehatan gigi secara sempurna adalah dengan menggunakan pasta gigi dengan butiran-butiran serbuk siwak, karena butiran-butiran serbuk siwak tersebut mampu menjangkau sela-sela gigi secara sempurna dan mengeluarkan sisa-sisa makanan yang masih bersarang pada sela-sela gigi. Hal ini yang mendorong perusahaan-perusahaan pasta gigi di dunia menyertakan serbuk siwak ke dalam produk pasta gigi mereka. WHO (World Health Organization) turut menjadikan siwak sebagai salah satu komoditas kesehatan yang perlu dipelihara dan dibudidayakan.

alkisah.web.id

DOA ANGIN AHMAR


DOA ANGIN AHMAR

بسم الله الرمن الرحيــــــم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .

Memahami amalan berbekam


Memahami amalan berbekam

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar HARUN OSMAN

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu’jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ‘kay’. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi: “Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!” (Shohihul Jami’: 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata: “Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan” Wahai “Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam.”

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia.” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.

Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada ‘penghulu manusia’ pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Bertitik-tolak daripada keyakinan inilah, Darul Irsyad mengendalikan Kursus Bekam di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Kursus sehari yang merangkumi aspek teori dan praktikal yang disampaikan oleh pengurusnya, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki ini bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.

“Kami mensasarkan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai iaitu antara 10 hingga 15 orang kerana mahu setiap peserta kursus dapat memberi tumpuan sama ada dalam kelas teori mahupun praktikal.

“Selain itu, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai ini, ia mudah dikendalikan, di samping mahukan ilmu yang disampaikan tersebut mudah untuk difahami serta mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang lancar antara penceramah dengan peserta,” katanya.

Menurut Mohd. Gadafi, kursus ini dikira semakin relevan dengan kehidupan masyarakat sekarang yang sentiasa dihambat dengan pelbagai penyakit serta kos perubatan yang semakin meningkat. Ia juga satu cara kita agar tidak terlalu bergantung kepada perubatan lain.

“Ini kerana selain kita melaksanakan sunnah Nabi, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan mereka sendiri.

“Saya berkeyakinan dengan adanya keazaman serta peluang sebegini, kita bukan sahaja melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing, tetapi pada masa sama melahirkan umat Islam yang sihat dan cergas,” ujar Mohd. Gadafi.

Beliau turut menyediakan perkhidmatan terapi bekam yang beroperasi di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.

Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam apa yang terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.

Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah.

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.

“Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

“Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,” jelasnya.

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

Kini, kata Mohd. Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.

Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan/basah, bekam angin/kering, bekam tarik dan bekam lintah.

“Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau tetapi kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset yang jauh lebih selamat dan bersih,” katanya.

Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.

Yang pastinya, dalam perlaksanaa bekam itu kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal itu mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit terutamanya berkaitan status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.

Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa’, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.

Seru Mohd. Gadafi lagi, agar lebih ramai umat Islam beramal dengan berbekam, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi beliau di talian 013-359 5036 atau layari laman web http://darulirsyadblog.blogspot.com

Peranan Ulama Menentang Penjajah Dengan Ilmu Silat


Oleh: Mohammad Omar, S.Th.I
Tajuk:Peranan Ulama Menentang Penjajah Dengan Ilmu Silat

mat kilau

Mat Kilau Pahlawan Pahang

Mat Kilau (seperti gambar di atas) merupakan murid Ulama Kelantan yang masyhur Tok Botok (Al-Allamah Hj.Usman Bin Senik), mantan pawang diraja Kelantan dan Mufti Pahang pertama di zaman Sultan Wan Ahmad, Tok Botok membuka pondok di Pulau Tawar Pahang, Mat Kilau bersama sahabat seperjuangannya dan Sultan Wan Ahmad sendiri antara santri beliau, di samping mengajarkan kitab dan ilmu agama beliau mengajarkan ilmu hikmat, persilatan, juga ilmu perubatan Islam kepada Mat Kilau dan teman seperjuangan, tokoh yang berasal dari Kg.Gaung Pendik yang dikatakan berketurunan Bugis ini adalah anak murid kepada Tok Bendang Daya I, Panglima Perang Patani yang masyhur itu, beberapa sumber lisan dari cicit Tok Botok mantan Pawang Diraja Kelantan yang masih hidup sekarang ini mendakwa Tok Botok ada hubungan persaudaraan yang rapat dengan Tok Merah dan Tok Cik Mad Diah Kampong Berangan (moyang penulis), penulis kurang jelas antara mereka ini berpangkat apa, tapi penulis pernah mendapat maklumat dari seorang yang sangat tua dan buta di kampong Berangan Tumpat, beliau mengatakan Tok Botok berpangkat bapa saudara kepada Tok Cik Mad Diah dan Tok Merah, cuma yang kurang jelas dari sebelah ibu atau ayah, yang pastinya antara keluarga kami ada pertalian darah, malah penulis punya wajah yang mirip dengan seorang ciut Tok Botok ini yang bernama Kamarul Azman bekas pelajar Pusat Pengajian Pondok Yik, Bachok Kelantan, mungkin dengan sedikit informasi tentang Tok Botok ini penulis dapat menduga aliran ilmu persilatan yang bawa beliau dan di ajarkan di Pahang kerana ada satu aliran yang mashur di kalangan keluarga kami turun temurun, begitu juga dengan ilmu perubatan beliau.

Dipercayai anak-cucu beliau masih ramai di Pahang yang sudah lama terputus hubungan dengan keluarga di Pahang, yang penulis pernah jumpa seorang tua yang merupakan ciut beliau yang tinggal di pekan Golok Pattani, datuk ini punya ramai anak-cucu di Kampong Berangan Stesen Tumpat, Kelantan, termasuk beberapa orang yang menjadi teman penulis semasa di Sekolah dan Pondok. Kepada pembaca yang merasakan punya hubungan dengan tokoh ini terutama yang di Pahang sila hubungi penulis ke : putralegeh78@gmail.com atau telefon bimbit : 0199783381

P/S :kepada pembaca yang punya info tentang tokoh ini sila kemukan untuk dikongsi bersama.

Terapi Wuduk


Tajuk: Terapi Wuduk
oleh: Mat Zain Mat Isa

ImageSebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.

Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif. Image

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

“Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,”jelasnya.

Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit

Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

�Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik,� akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, “ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda”.

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan “kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur”, dan “hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur”.

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._

Terapi Air???,Kelebihan Air bukti kebenaran Mukjizat Ilahi


Rabu, 2010 Januari 13
Kelebihan Air bukti kebenaran Mukjizat Ilahi
Dalam syariat Islam bahkan syariat-syariah agama Samawi yang lain, penggunaan air sebagai alat penyucian sebelum masuk sesuatu amalan ibadat adalah menjadi suatu kefardhuan, malah bersuci menjadi suatu syarat sah sesuatu amalan pengabdian kepada Allah, penyucian yang perlu dilakukan sebelum seseorang masuk beribadat kepada Allah itu dikenali sebagai istilah Thoharah yakni bersuci, ia terbahagi kepada beberapa bab dan pasal yang seseorang muslim tidak dilepas kewajipan dari mengetahuinya sebelum melakukan ibadat.

Air merupakan salah satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai, malah seluruh kehidupan yang ada di dunia ini bermula dari kejadian Air, firman Allah Swt “dan bumi sesudah itu dihamparkannya, ia memancarkan darinya mata air dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya.”(QS An -Naziat,79:30-31), dalam tafsir Ibnu Katsir dipaparkan pengertian “…dihamparkan bumi”, Ibnu Abbas berkata, “darinya dikeluarkan air, tumbuh-tumbuhan dan belahan lembah-lembah, didirikan gunung-gunung, pasir, aliran-aliran air, bukit-bukit yang menumbuhkan pepohon serta meneguhkan gunung-gunung untuk diam bersama seluruh penduduk. Firman Allah lagi: “Dan apakah orang-orang kapir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu dahulu keduanya bersatu-padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan dari air kami jadikan sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”(QS Al-Anbiya’, 21:30)

Makhluk Hidup Khasnya Manusia Bermula dari Air
Penciptaan Air telah mendahului makhluk hidup khasnya manusia, sejak manusia diciptakan air selalu mengiringinya dan ini sampai manusia kembali kepada Allah air juga mengiringinya, anggota tubuh manusia sendiri mengandungi air sekitar 70 % dari berat badannya, 80% dalam darahnya, 85% dalam otaknya, 20%dalam tulangnya, dan 80%dalam ototnya.

Hikmat Ilahi disebalik itu amatlah jelas, dalam kitaran hidup manusia, mereka sangat bergantung pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk bertahan hidup, sedangkan haiwan juga sangat bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk mendapat makanan. Tumbuh-tumbuhan juga sememangnya meberi sumbangan yang amat penting dalam memberi supply lapisan gas bumi dengan oksigen. Dan oksigen selalu diperlukan untuk kelangsungan hidup manusia , haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan setiap makhluk hidup yang lain.

Tumbuhan hijau pula seolah-olah kilang bagi pembuatan komponen-komponen yang di perlukan makhluk hidup,baik manusia , haiwan, maupun tumbuhan itu sendiri. Proses ini terjadi melalui transformasi gizi yang didapati dari tanah, karbondioksida yang diambil dari lapisan udara bumi, dan tenaga yang bersumberkan matahari. penting diketahui, bahwa proses pencahayaan pada tumbuhan hujau tidak akan berlaku tanpa peranan air, setiap molekul airnya mengandungi hidrogen dan oksigen; (H2O).

Tumbuh-tumbuhan akan menyerap air dari perahan gizi yang diperolehi akar-akarnya dari tanah dan bebatu. manakala tenaganya pula didapat melalui sinar matahari melalui zat pewarna hijau yang disebut klorofil. Allah Swt menganugerah pada zat ini untuk memecah air menjadi dua bahagia yaitu ion hidrogen yang bermuatan elektromagnetik positif dan ion hidrogen yang bermuatan elektronmagnetik nagatif.

Persatuan kedua ion inilah yang akan membentuk dua bahagian air dan molekul oksigen yang kemudian tersebar ke lapisan gas udara untuk mengantikan oksigen yang diserap makhluk hidup ketika mereka bernafas . Ion-ion dalam hidrogen kemudiannya bersatu akibat meleburnya air bersama-sama bahagian karbondioksida yang diperolehi tumbuh-tumbuhan dari persekitaran udara.

Pembangunan molekul-molekul yang diperlukan dalam menghidupkan sel dimulai dari yang paling sederhana yakni dari gula glukosa hingga akhirnya dikerjakan dengan asid amino dan asid atom yang selalu digunakan oleh alat reproduksi pada srtiap makhluk hidup.

Apa yang disebut diatas adalah merupakan sebahagian kecil sekian perkara yang dianugerahkan Allah kepada air, baik melalui bentuk maupun kandungan zat-zatnya yang unik. Hal ini jelas pada potensinya yang bagus dalam meleburkan berbagai macam zat padat, cair, maupun gas. demikian juga dengan struktur kandungannya yang saling berlawanan dan saling bercampur, potensi untuk larut dan mencair serta tingkat suhunya ketika mendidih dan membeku, tingkat kelekatan, ketegangan rendah, kepadatan rendah ketika membeku, potensinya tinggi dalam mengoksidasi dan mereduksi, serta berinteraksi dengan berbagai macam formula kimia, kemudian dalam melubangi tanah, serta membelahnya dalam proses menanam.

Dengan kelebihan-kelebihan itulah, maka Allah Swt memberinya peranan utama yang sangat penting dalam tubuh makhluk hidup. Semua ini adalah sebahagia dari mukjizat terbesar Sang Pencipta, dimana semenjak 1400 tahun yang lalu Allah telah berfirman : ” Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu bersatu-padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan dari air kami jadikan sesuatu yang hidup. maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”.

Berbagai fakta yang disebut diatas tidak pernah disentuh oleh pengetahuan manusia sebelum pertengahan abad ke 20. Penghuraiannya didalam Al-Qur’an begitu teliti dan terperinci, ringkas dan padat. Ini ditunjuk dengan salah satu ayat petunjuk dari Allah yang diperuntukan bagi setiap yang berakal dan berfikir,” Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”.

Salam sejahtera berterusan mengalir bagimu wahai Rasulullah Saw yang siddik, yang telah mengtablighkan amanah Allah dengan begitu fathonah, salam sejahtera juga buat Ahli Baitmu yang suci serta para Sahabatmu yang mulia. Dan segala puja, puji dan syukur hanyalah kepada Allah Swt, Tuhan semesta alam.

Bacaan Ruqyah atasi panas baran


Bacaan Ruqyah atasi panas baran
albakriah | Februari 16, 2010 at 10:20 am | Categories: Amalan & Doa, Kemusykilan Anda | URL: http://wp.me/pHPmM-7U

Soalan:

SAYA mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun. (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156):

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”. Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:

1. Doa (kurniaan),

2. Rahmat dan

3. Hidayah daripada-Nya di dalam ayat seterusnya (2:157):

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya.

Bagi mengatasi masalah baran suami puan, cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (21:69)). Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami puan, bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Puan juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama-Nya yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.

Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

صفحة سابقة

صفحة تالية

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya). (3:200)).

Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،

(Maksudnya: Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu’ 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin