TOK WALI SYEIKH PAUH BOK @TOK PROBOK FATHONI..


TOK WALI SYEIKH PAUH BOK FATHONI..

Mashur nama beliau sebagai wali yang sangat banyak karomah..antara yang diceritakan ayahnda guru yang mulia di fathoni, syeikh pauh bok bergerak lipat bumi..semasa menuntut ilmu di mekah gurunya ingin makan buah kayu yang sedap di tanah jawi…tok pauh bok kata boleh dia bawakan…dalam beberapa saat sahaja tok pauh bok datang memberikan buah durian kepada gurunya..alangkah terkejutnya guru dengan keupayaan anak muridnya pulang ke kampung halaman mengambil buah kayu dengan cepat..

Siapakah Syeikh Pauh Bok?

Namanya syeikh wan abdul rahman bin syeikh wan abdul mubin bin syeikh wan jailani bin syeikh wan abdul jabbar bin syeikh wan mohd arifin syah.. Datuk neneknya berasal dari keluarga pedagang arab yaman yang datang berniaga di fathoni,lalu menyusur sungai kecil memasuki kawasan pedalaman sehingga sampai ke kampung pauh bok dan menurunkan zuriatnya disana.

Beliau hidup sezaman dengan syeikh abdul malik bin abdullah (tok ku pulau manis, terengganu pengarang kitab hikam jawi).salah seorang daripada adik beradiknya juga merupakan ulama’ yang mashur iaitu syeikh wan abdullah bin wan abdul mubin (pengarang kitab tanbihul ghafilin yang mashur tersebar kitab karangnya hingga sekarang)

Sejarah Pendidikkan Syeikh Pauh Bok….

Beliau mendapat pendidikkan awal daripada ayahnya sendiri iaitu syeikh wan abdul mubin, seorang ulama’ fathoni yang terbilang…selain ayahnya, beliau juga belajar dengan beberapa orang bapa saudaranya iaitu syeikh wan mohd soleh, syeikh wan abbas dan syeikh wan mohd yunus…

Setelah tamat belajar di fathoni beliau berangkat ke mekah dan madinah,menyambung pengajiannya disana.. Antara guru beliau ialah syeikh ibrahim al-karani, syeikh mustapha bin kamaluddin al-bakri dan ramai lagi..

Setelah pulang ke tanah jawi beliau menetap di pauh bok menjadi pengganti ayahnya selaku tok guru pondok..

Siapakah murid syeikh Pauh Bok?

Anak murid beliau sangat ramai. Antaranya syeikh daud al-fathoni (tokoh pengarang asal fathoni yang sangat terkenal)…
syeikh abdul somad al-falambani (pengarang kitab hidayatul salikin, sirul salikin)…syeikh abdul rahman bin abdul ma’ruf al-fathoni, syeikh abd rouf bin abd wahid al-fathoni dan ramai lagi…

Kitab Karangan Syeikh Pauh Bok..

Beliau meninggalkan beberapa buah karya tulis, tetapi semuanya dalam bentuk manuskrip. Antaranya kitab mir-atul haq, akidah ahli sunnah waljamaah dan wasiat syeikh abd rahman ibnu haji abd mubin kepada segala anak muridnya…

Wallahua’lam..

SIFAT ULAMA’ MODENIS MESRA RAKYAT, TAPI MEREKA BUKAN AUTORITI MAZHAB


SIFAT ULAMA’ MODENIS MESRA RAKYAT, TAPI MEREKA BUKAN AUTORITI MAZHAB

Kalau kita fikirkan, orang Melayu seantero Alam Melayu ini, secara umumnya lebih mengenali Buya HAMKA berbanding al-‘Allamah al-Mutafannin al-Musnid al-Dunya Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani. Kerana umumnya HAMKA dilihat sebagai “Kaum Muda” gitu, dan Shaykh Yasin adalah “Kaum Tua”.

Berbalik kepada polemik kaum muda vs kaum tua (satu kategori “superfluous” yang dicipta oleh orientalis William E. Roff), memang tabiat dan sifat kaum Muda (Salafi/Wahhabi) yang terbit daripada pengkagum Ibn Taimiyyah seperti Muhammad Abd Wahhab al-Najd dan Shaykh Muhammad Abduh bersifat “reformis” iaitu berkehendak mereka itu (guna bahasa kitab Jawi lama yang orang sekarang tak biasa kecuali mereka mengaji kitab kuning) akan memisahkan diri mereka daripada tradisi dan susur galur mata rantai ulama’ kerana kesaksian mereka yang menganggap contoh hal-hal seperti perbahasan ilmu kalam dan tasawwuf menyimpang daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Tiada dinafikan dalam sesuatu zaman memang ada golongan yang melampaui batas dalam manhaj ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah dan reformis-reformis “Kaum Muda” ini membalas reaksi dengan reaksi yang keras seperti mengharamkan ziarah kubur etc.

Tapi malang sekali Muhammad bin Abdul Wahhab dan Shaykh Muhammad Abduh ini kalau kita teliti dasar epistemologi mereka tidak konsisten dan tersasar dalam “over-generalizing” seolah-olah yang ghuluw’ (melampui batas) itu mewakili golongan Mutakallimin dan Sufi secara keseluruhan – macam kes mereka “generalize” semua Habaib itu seolah-olah Syi’ah berbaju Sunni (apa ke senget mantiq mereka ni?) kerana kononnya mereka “memuja” (beza puji dan puja pun tak tahu) ahl al-Bayt.

“Kaum Muda” seperti kata Prof. Al-Attas adalah Modenis. Modenis adalah golongan yang punya dua sisi seperti duit: Keras dan Longgar; Wahhabi dan Salafi. Persamaan mereka ialah menyanjung ‘Shaykh al-Islam’ (yang mereka sekali lagi senget mantiq menganggap ianya gelaran yang bersifat kulli walhal ianya juz’i dalam mazhab Hanbali) Ibn Taimiyyah dan amat-amat skeptik dengan Imam Al-Ghazali. Kedua-dua sisi ini menolak atau melonggarkan cara hendak bermazhab, mengajak orang awam bertalfiq (campur adukkan) mazhab-mazhab seolah-olah mereka dan orang awam mampu mentarjih (identify the best) dalil-dalil dalam al-Qur’an, al-Sunnah, IJMA’ dan QIYAS yang telah dilakukan para Imam dalam semua mazhab.

Ringkasnya menjadi Kaum Muda dalam Fiqh lebih “free”, lebih “longgar” berbanding Kaum Tua. (Saya tak suka guna dikotomi ini tapi untuk memudahkan, for the sake of convenience, saya gunakan juga)

Sebab itu Kaum Muda lebih mesra media, mesra rakyat dan responsive kepada perkembangan dunia, semasa seperti Buya HAMKA yang prolifik berbanding Shaykh Yasin. Kaum Muda juga sering didepan dalam menentang penjajah dan penguasa zalim. Tidak bermakna Kaum Tua atau ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah tidak. Imam Shamil di Caucus, Shaykh Umar Mukhtar di Libya itu bukan Salafi dan Kaum Muda.

Walaupun hakikatnya dari segi autoriti sebagai seorang Faqih yang faqih benar dalam Hadith dan Fiqh, Shaykh Yasin yang diberi jolokan “Musnid al-Dunya” (yang punya sanad yang tertinggi/paling hampir dengan sumber asal) jauh lebih berwibawa daripada Buya HAMKA – seperti yang diiktiraf sekian ramai ulama’ seantero dunia Islam khususnya di Al-Azhar Al-Sharif, kerana kemahiran beliau yang amat-amat hebat dan berkelayakan untuk berijtihad kerana penguasaan beliau dalam ilmu-ilmu asas yang melayakkan beliau berijtihad dan mengeluarkan hukum. Lihat saja sharh usul al-fiqh al-Luma’ beliau.

Tapi beliau tidak dikenali dan tidak sepopular Buya HAMKA walaupun boleh kata mereka sezaman.

Maka tidaklah sesuatu yang menghairankan kalau orang awam (saya pun orang awam) yang belajar Fiqh secara “piece meal”, bagi mereka dengar Dr MAZA, Dr Rozmie sudah cukup-cukup hebat dan nampak gah dan berautoriti dalam ilmu al-hadith.

Alim dalam hadith tak automatik alim dalam Fiqh. Alim dalam Fiqh paling koman kena alim dalam Hadith sebab nak keluar hukum kena faham benar ulum al-hadith!

Manalah orang awam zaman sekarang kenal Shaykh Nuruldin Al-Raniri, Shaykh Abd al-Samad al-Falembani dan ulama’ Fatani. Kitab mereka pun mereka tak jamah.

Kenapa? Kerana Kaum Muda, yakni ulama’ Salafi/Wahhabi “skip” mata rantai ulama’ Alam Melayu terus ajak teliti kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim etc.

Contoh dalam Tafsir, pada hari ini kerana penguasaan Kaum Muda aka Salafi/Wahhabi dalam wacana awam, tafsir yang sering diangkat sebatas Tafsir bi’l-Ma’thur (based on Prophetic commentaries alone) itu pun Ibn Kathir. Jauh sekali Tafsir bi’l-Ra’yi (including heavy reasoning involving logic, philosophy of proper kind) apatah lagi Tafsir bi’l-Ishari (allegorical, intensive deep meaning high and metaphysical Sufism).

Walhal sebelum muncul fenomena Salafi/Wahhabi (yang lambat circa abad ke-19), seluruh dunia Islam di madrasah-madrasah, tafsir yang sering diajar baik di Ottoman, Mughal, Baghdad, Alam Melayu yang paling basic ialah Tafsir al-Baydawi “Anwār at-tanzīl wa-asrār at-taʾwīl”!! Ini telah dikaji secara tuntas oleh Dr Shaykh Gibril Fouad Haddad dan banyak pengkaji sistem silibus madrasah ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah yang asal (bukan pseudo-Salafi yang ahl al-Sunnah tapi tak Jama’ah). Lihat saja terjemahan tafsir Qur’an dalam Bahasa Melayu yang terawal oleh Shaykh Abd Rauf Singkel iaitu Tarjuman al-Mustafid adalah saduran Tafsir al-Baydawi!! (boleh dibeli di Klasika Media, Pelita Dhihin). Diajar penuh di serata pondok, pesantren, madrasah kitab tafsir ini.

Tapi kini ianya tidak diajar kerana “berat, banyak guna akal” – kerana tak secocok dengan manhaj “Salaf” (kononnya).

Kepada orang awam, tiada masalah nak dengar Dr MAZA, Dr Rozaimi, Mufti Menk, Shaykh Hussain Yee, Dr Fathul Bari and co., untuk ambil tazkirah, inzar, (ramai yang mengaku menangis dengar tazkirah Dr MAZA maka mereka buat kesimpulan bahawa Dr MAZA adalah autoriti Sunni) tapi sebelum anda kagum dengan mereka, apa salahnya anda kaji dan kenal ulama’ yang jauh mendahului mereka, orang kita Melayu yang bukan saja berjasa di sini tapi diseantero dunia (rujuk kajian jaringan ulama’ Nusantara sampai ke Dunia Islam lain oleh Prof Azyumadi Azra). Mereka ulama’-ulama’ yang orang awam kita tak kenal ini sudah selesaikan setiap satu masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Dr MAZA, Dr Rozaimi, Dr Fathul Bari and co.

Jadi buat apa kita nak serabut pening kepala bergaduh setiap kali tiba Mawlid, dah berbid’ah sana-sini.

Dalam soal ekstremisme, perbahasannya tidak se”direct” ini. Ianya bukan hal khilafiyyah (benar seperti yang dipertahankan penyokong Dr MAZA) sebaliknya aqidah.

AKAN TETAPI, MANIFESTASI ekstremisme agama itu yang berpunca daripada kefahaman Aqidah yang SHADID (keras) (seperti al-Wala’ wa’l-Bara’ yang tiada dalam silibus aqidah Sunni yang ma’thur) muncul dalam mereka mempolemikkan isu khilafiyyah iaitu dengan cara MEMBID’AHKAN.

Daripada BID’AH ini akan membawa kepada tuduhan contoh TASHAYYU’ (Menjadi Syiah), kemudian bawa kepada TAKFIR (kapir-mengapir) sebab kononnya Syiah itu bukan Islam!!!

Masuklah perangkap CIA yang buat di Syria. Habis. Habis.

Masuklah perangkap kapir UMNO sebab “tolok Isle” dalam sejarah moden politik Malaysia dulu.

Ianya bermula pada Aqidah yang melahirkan Tasawwur yang jelas letak duduk sesuatu perkara dalam Fiqh, Ibadah khas-umum-sunat-wajib-makhru etc., Tasawwuf dan sebagainya.

Ketelitian, kehalusan, kesistematikkan, kedalaman, ke-integral-an ilmu khusus melibatkan Fiqh dan Aqidah dan Tasawwuf (Islam-Iman-Ihsan dan kini Habib Abu Bakar al-Adni mengingatkan kita yang KEEMPAT iaitu ahsrat al-sa’ah [tanda-tanda kiamat]) semua ini jarang dimiliki oleh ulama’ atau lebih tepat du’at (missionaries) Salafi/Wahhabi.

Kekacauan ini yang menyuburkan kekeliruan dan kefahaman separuh masak, mengajak orang awam yang jahil untuk berijtihad merumuskan sendiri apa yang kepala otak mereka baca Qur’an dan hadith – tanpa guna ijma’ dan qiyas (yang kita tahu orang awam langsung tak layak buat dan kenal ijma’ dan qiyas) untuk keluarkan hukum sendiri. Maka lahirlah ulama’ palsu suruh berjihad letup bom, jadi Daesh, sembelih orang, halalkan darah Syiah dan sewaktu dengannya.

Nak fahamkan orang awam bagaimana metode, manhaj Dr MAZA dan teman-teman penceramah Salafi boleh bawa kepada Daesh, aduh! sukar sih! Banyak proses dan tahapnya! The flow is complex and tedious. Tapi ianya bermula dengan asas epistemologi menolak autoriti dalam bermazhab atau apa al-Shahid al-Buti jelaskan sebagai “al-La Mazhabiyyah” kerana al-La Mazhabiyyah (kalau tak suka sangat isitlah Wahhabi) melemahkan kedudukan ilmu kalam yang mengajar otak kita berfikir dengan betul (agar tak silap mantiq kata Habaib = Syiah) dan tasawwuf (yang boleh melenturkan “straight jacket” literalis dalam beragama seara rupa zahir dan mengesampingkan batin).

Daripada situ juga timbul satu aliran pemikiran Salafi yang “modenis”, “longgar” dan “canggih-manggih” iaitu golongan “Maqasidiyyun”, nak terus lompat bab Maqasid, tak main la baca hal-hal furu’ dalam Al-Majmu’ Sharh Al-Muhadhdhab karangan Imam al-Nawawi, Nihayah al-Muhtaj Imam al-Ramli.

Semua ini kacau. Kacau sekacau-kacaunya. Kekacauan ini memang tertanam dalam silibus Pendidikan Islam di sekolah. Bila masuk Universiti lagi kacau sebab macam-macam aliran pemikiran keluar menunggu nak sambar mangsa.

Balik semula kepada beza Buya HAMKA dan Shaykh Yasin al-Fadani. It’s a battle of ideas. The best man win. But at present the best man might win due to tactics and strategies not necessarily because they are having the real truth. HAMKA is more accessible, writes in simple Malay while Shaykh Yasin writes in Arabic and his work is more difficult to be read, only viable via talaqqi. HAMKA’s works can be read by any one. But who is a more accomplished Faqih in Mazhab Shafi’i? And who possessed chain of authorities and acknowledged by the experts on those fields of Islamic sciences? Of course Shaykh Yasin. No doubt HAMKA is da’i par excellence. He too is a scholar of his own right – like Dr Zakir Naik and the rest. Both contributed to Islam massively but they are not equal in authority of knowledge.

Silakan baca Buya HAMKA. Semua karyanya bagus dan amat berjasa kepada ummah tapi bila timbul bab yang memerlukan ijtihad ulama’ dalam soal-soal aqidah, dan fiqh, jangan lupa rujuk yang benar-benar ahli dalam mazhab Shafi’i seperti Shaykh Yasin al-Fadani dan ulama’ lain yang sewaktu dengannya.

Wallahua’lam

Oleh: Wan Ahmad Fayhsal

SY. UMAR BIN KHATTHAB RA “BERBAJU GAMIS” SEBAGAI TANDA KUAT IMANNYA


SY. UMAR BIN KHATTHAB RA “BERBAJU GAMIS” SEBAGAI TANDA KUAT IMANNYA

Luthfi Bashori

Sy. Abu Sa’id RA mengabarkan, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Saat aku tidur, diperlihatkan kepadaku orang-orang yang memakai gamis. Ada yang gamisnya menutupi dada dan ada pula yang kurang dari itu. Kemudian diperlihatkan juga kepadaku Umar bin Khaththab memakai gamis panjang sehingga ia menyeret gamisnya.”

Para shahabat bertanya, “Apakah takwilnya, wahai Rasulullah?”

“Kualitas agama (kuat keimanannya),” papar Nabi Muhammad SAW. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadits shahih ini, Rasulullah SAW telah memberitahukan bahwa baju gamis itu adalah sebagai baju milik muslim yang kuat imannya. Maka hanya umat Islam yang imannya kuat sajalah yang mencintai bagu gamis, dan yang lemah imannya, apalagi kalangan kaum munafiq dan kafir, pasti akan membenci baju model gamis.

Sy. Umar bin Khatthab RA, di samping terkenal sebagai orang yang memiliki keimanan ganda, beliau juga termasuk orang yang alim dan bijaksana, sehingga beberapa kali pendapat beliau yang disepakati oleh Allah hingga diturunkan ayat-ayat Alquran yang senada dengan pendapat tersebut.

Sy. Abdullah bin Umar RA mengatakan, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sewaktu aku sedang tidur, aku bermimpi diberi segelas susu. Aku pun meminumnya hingga puas, hingga kelihatan tanda kepuasan itu pada kukuku. Lalu sisanya aku berikan kepada Umar bin Khaththab.”

“Apakah takwilnya, wahai Rasulullah?” tanya para shahabat.

“Ilmu”, tegas Rasulullah SAW. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Sy. Umar bin Khatthab juga telah dijamin masuk sorga, sebagaimana dalam hadits Nabi berikut:

Sy. Abu Hurairah RA memberitakan, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ketika sedang tidur, aku bermimpi masuk ke dalam surga. Lalu ada seorang wanita yang sedang berwudu di samping istana. Aku bertanya, “Istana sipakah ini?” Wanita itu menerangkan, “Istana milik Umar bin Khaththab.” Mengingat pada kecemburuannya, maka aku pun segera kembali.”

Mendengar cerita Rasulullah SAW tersebut, Sy. Umar RA menangis dan berkata, “Apakah mungkin aku cemburu kepadamu, wahai Rasulullah?” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Kedekatan Sy. Umar bin Khatthab RA dengan Rasulullah SAW telah dicatat dalam sejarah, dan keharuman namanya akan lestari sepanjang masa.

Sy. Abbas RA menegaskan, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sungguh aku mempunyai dua penasihat dari ahli (penghuni) langit dan dua orang penasihat dari ahli bumi. Penasihat dari langit ialah malikat Jibril dan Mikail, sedangkan yang dari ahli bumi ialah Abu Bakar dan Umar. Merekalah pedengar dan penglihatanku.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Asakir, dan Abu Nua’im).

Karena kekuatan iman dan ketegasan serta keberanian Sy. Umar bin Khatthab, maka setan pun takut kepada beliau RA.

Sy. Sa’da bin Abi Waqqash RA menuturkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bahagialah, wahai Ibnul Khaththab. Demi Allah, setiap akan berpapasan denganmu pada satu jalan, setan pasti menghindar memilih jalan selain yang engkau lalui.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Sy. Aisyah RA menyatakan, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Setan lari menjauh dari Umar.” (HR. Ibnu Asakir).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=379894745780301&id=100012793361980

SANAD PERGURUAN DARUL TAALIMI DENI, PUSAT PENGAJIAN PONDOK YAYASAN ISLAM KELANTAN , KANDIS BACHOK, KELANTAN.


SANAD PERGURUAN DARUL TAALIMI DENI, KANDIS BACHOK

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الإسلام سيدنا محمد وآله وأصحابه اجمعين

سند الفقه الشافعي متصلا بالإمام الشافعي ثم الي رسول الله صلى الله عليه

وسلم

يقول محمد بن عمر الكلنتاني

إني أخذت الفقه عن عدد من المشايخ الأجلاء

فممن اخذت عنهم

عن

 

يخنا ومعلمنا وأستاذنا في دار التعليم الديني (1) و عن

العلامة شيخ الدارالتعليم الديني حاج وزير بن جيء أوانغ و مشائخ

 

عن (2) الشيخ المشايخ عبد القادر بن عبد المطلب المندلى

 

وهو عن (3) الشيخ محمد علي ابن حسين المالكى

والشيخ عمر بن حمدان المحرسى

والشيخ محمد أحيد البوقرى

والمحقيق وان إسمعيل بن عبد القادر الفطانى الشهير بفأدا

والأولان عن (4) السيد البكرى بن محمد شطا المكى عن (5) السيد أحمد بن زينى دحلان بإسناده السابق

والثالث عن (4) الشيخ محمد مختار بن عطارد الجاوى عن (5) السيد البكرى المتقدم بإسناده السابق

والرابع عن (4) المدقق فأجيك وان داود الفطانى عن (5) السيد البكرى المتقدم

(5) السيد البكرى بن محمد شطا المكى 

وهو عن شيخه العلامة (6) السيد أحمد زينى دحلان 

وهو عن شيخه العلامة (7) عثمان بن حسن الدمياطى

وهو عن شيخه العلامة (8) عبد الله بن حجازى الشرقاوى

وهو عن شيخه العلامة (9) الأستاذ محمد بن سالم الحفنى

وهو عن شيخه العلامة (10) الشهاب أحمد الخليفى

وهو عن شيخه العلامة (11) أحمد بن عبد اللطيف البشبيشى

وهو عن شيخه العلامة (12) الشمش محمد بن العلاء البابلى

وهو عن شيخه العلامة (13) نور الدين علي الزيادى

وهو عن الإمام الفقيه (14) شمس الدين محمد بن أحمد الرملى الصغير

وشهاب الدين البلقينى

والشهاب أحمد الرملى الكبير

وكلهم عن شيخ الإسلام (15) زكريا الأنصارى

وهو عن شيخه (16) جلال الدين محمد بن أحمد المحلى

والحافظ أحمد بن حجر العسقلاني

وعبد الرحمن بن عمرو بن سلار البلقينى

وكلهم عن الإمام الحافظ الشيخ (17) عبد الرحيم بن الحسين العراقى

وهو عن شيخه العلامة (18) علاء الدين بن العطار

وهو عن شيخه العلامة (19) محرر المذهب يحيى بن شرف النووى

وأخذ النووى عن جماعات وهم (20) أبو إبراهم إسحاق بن أحمد المغربى

وأبو محمد عبد الرحيم بن نوح القدسى

وأبو حفص عمر بن أسعد الأربلى

وسلار بن الأربلى الدمشقى

وأخذ الثلاثة الأولون عن العلامة (21) عثمان بن عبد الرحمن ابن الصلاح

وهو عن والده العلامة (22) عبد الرحمن الملقب بالصلاح

وهو عن شيخه العلامة (23) أبى القاسم بن البزرى الجزرى

وهو عن شيخه العلامة (24) أبى الحسن علي بن محمد الكيا الهراسى

وهو عن شيخه العلامة (25) عبد الملك بن عبد الله المعروف بإمام الحرمين

وهو عن شيخه العلامة (26) أبى محمد عبد الله الجوينى

وهو عن شيخه العلامة (27) أبى بكر عبد الله بن أحمد القفال المروزى

وهو عن شيخه العلامة (28) أبى زيد محمد بن أحمد المروزى

وهو عن شيخه العلامة (29) أبى إسحاق إبراهيم بن أحمد المروزى

وهو عن شيخه العلامة (30) أبى العباس أحمد ب بن عمربن سريج

وهو عن شيخه العلامة (31) أبى القاسم عثمان بنبشار الأنماطى

وهو عن شيخه العلامة (32) أبى إبراهيم إسماعيل بن يحيى المزنى

وهو عن صاحب المذهب أبى عبد الله محمد بن إدريس الشافعى

وتفقه الإمام الشافعى على جماعات منهم (33) أبو عبد الله مالك بن أنس

وهوعن (34) نافع

وهوعن(35) ابن عمر

وروي مالك ايضا عن (34) ربيعة

وهو عن (35) أنس

وابن عمر وأنس روا عن (36) النبي صلى الله عليه وسلم

 

 

Slideshow ini membutuhkan JavaScript.

SANAD FEQAH SYAFIE


IMG_3851

(Jalur Sheikh Noruddin Al-Banjari Al-Makki)

Mengambil alfaqir yang amat mengharapkan keampunan Tuhan ini daripada Sheikh Muhammad Noruddin Al-Banjari al-Makki di Hayyu Asyir, Madinatul Nasr, Mesir pada tanggal 3/2/2004 Masihi di Majlis Tafaqquh Fi Dien Sheikh. Berkata Sheikh bahwa beliau mengambil ijazah feqah Syafie ini dari ramai Ulama dan Sheikh Sheikh yang besar dan ini adalah sanad beliau dari setengah daripada mereka secara bersambung kepada Imam Syafie RA, kemudian seterusnya bersambung kepada Rasulullah SAW, dan termasuk dalam sanad ini ialah sanad bagi kitab Tuhfatul Muhtaj bagi orang yang amat Faqeh Ibnu Hajar Al-Haitami dan sekalian karyanya dan demikian juga karya-karya Sheikh Zakaria Al-Ansari, dan sekalian karya Imam Nawawi RA anhum.(ijazah termasuk karya-karya Sheikh-Sheikh yang tersebut dalam salasilah sanad)

Hamba telah mengambil ijazah sanad ini dari;

1)       Al-Allamah Sheikh Muhammad Noruddin Al-Banjari al-Makki beliau mengambil dari

2)       Al-Allamah Sheikh Ismail Utsman Zein Al-Yamani Al-Makki dari

3)       Al-Allamah Sayyid Muhammad Bin Yahya Dom Al-Ahdal dari

4)       Al-Allamah Sayyid Muhammad Bin Abdil Rahman Al-Ahdal dari

5)       Al-Allamah Mufti Syafie As-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki dari

6)       Al-Allamah Sheikh Abdullah Bin Hijazi As-Syarqawi dari

7)       Al-Allamah Al-Ustaz Muhammad Bin Salim Al-Hanafi dari

8)       Al-Allamah As-Syihab Ahmad Al-Khalifi dari

9)        Al-Allamah As-Syihab Ahmad Bin Abdul Latif Al-Basybisyi dari

10)   Al-Allamah Ali Bin Isa Al-Halabi dari

11)    Al-Allamah Ali Az-Zabadi dari

12)   Al-Allamah Al-Muhaqqiq Ahmad Bin Hajar Al-Haitami (Tuan punya kitab Tuhfah) dan Shaikh Syamsudin Muhammad Bin Ahmad Al-Ramli dan Sheikh Al-Khatib Muhammad Al-Syarbini, dan ke tiga-tiga ini mengambil dari

13)   Al-Allamah Sheikh Zakaria Al-Ansori As-Sunaiki Al-Qahiri dari

14)    Al-Allamah Al-Hafiz Ahmad Bin Hajar Al-Asqalani dari

15)    Al-Allamah Ahmad Bin Abdul Rahim Iraqi dari ayahnya

16)   Al-Allamah  Al-Hafiz Abdul Rahim Al-Masyhur Bil Iraqi- dari

17)   Al-Allamah As-Siraj Umar Bin Ruslan A-Bulqini dari

18)   Al-Allamah Alauddin Bin Al-Athor dari

19)   Al-Allamah Muharrir Al-Mazhab  Abi Zakaria Yahya bin Syarif An- Nawawi  dari

20)   Al-Allamah Imam Abu hafshin Umar Bin As ‘ad Al-Arbili dari

21) Al-Allamah Ustman Bin Abdul Rahman Al-Ma’ruf bil Ibni Sholah dari

22)   Al-Allamah Abdul Rahman Bin Ustman  yang dikenali dengan gelar Sholah dari

23)   Al-Allamah Abdullah Bin Muhammad  As-Syahir bi Ibni Abi ‘Ashrun dari

24)   Al-Allamah Abi Ali Al-Faruqi dari

25)   Al-Allamah Abi Ishak As-Syairozi iaitu tuan punya kitab At-Tanbih dari

26)   Al-Allamah Abi Thoyyib Thohir Bin Abdullah At-Thobari dari

27)   Al-Allamah Abi Al-Hasan Muhammad Bin Ali Al-Masarjisi dari

28)   Al-Allamah Abi Ishak Ibrahim Al-Marwazi dari

29)   Al-Allamah Abi Al-‘Abbas Ahmad Bin Umar Bin Sarij dari

30)   Al-Allamah Abi Al-Qasim Ustman Bin Basyar Al-Anmati dari

31)   Al-Allamah Abi Ibrahim Ismail Bin Yahya Al-Muzani, dan beliau mengambil dari

Sohibul Mazhab Abi Abdillah Muhammad Bin Idris As-Syafie RA (Imam Syafie)  dan beliau mengambil dari Imam Malik RA, dan Beliau Mengambil dari Imam Nafi’ RA, dan beliau pula mengambil dari Ibnu Umar , manakala Ibnu Umar pula mengambil secara lansung dari Rasulullah SAW Pembendaharaan sekalian Ilmu.

Sekian dari Al-Faqir yang Dhoif ini

Mohammad Bin Omar Al-Kelantani S.Th.I,

Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.

14/06/2012 Masihi.