SEJARAH RAJA RAJA KELANTAN PATANI CHAMPA 0.1 TUAN NIK DAH RAJA LEGEH PATANI TERAKHIR


#Sejarah Raja Raja Klate Patani#
Al kisah kuarga Tuan Nik Dah Raja Legeh terakhir, sblm serangan siam, kemudian tahta kerajaan Legeh diganti adindanya tengku bongsu lain bonda oleh siam..sejarah ini penulis hanya sebutkan setakat yang tersurat di buku buku sejarah dan penulisan dari penelitian, terutama ilmu nasab dan terkaitan kekeluargaan antara satu sama lain.
1. Tuan Nik Dah mewarisi tahta Kerajaan Legeh dari ayahandanya Tuan Long Nik Bin Tuan Long Deraman
2. Baginda adalah anakanda Tuan Long Nik Raja Legeh dengan isteri Che Ku Telor Anakanda Sultan Kelantan Tuan Long Yunus, dikatakan Tuan Nik Dih Raja Teluban Saiburi adalah saudara kandungnya.
3. Hubungan Tuan Long Nik dan Che Ku Telor adalah sepupu kemudian jadi suami isteri, bermakna Tuan Nik Dah adalah cucuanda Tuan Long Yunus belah bondanya dan cucu Tuan Long Deraman belah ayahanda.
4.Ayahandanya Tuan Long Nik pula adalah cucu kepada Tuan Long Sulaiman Raja Kelantan yang memerintah di istana kota Kubang Labu kerana bonda Tuan Long Nik adalah anakanda Tuan Long Sulaiman yang bernama Tuan Wan Kembang yang merupakan isteri kepada Raja Legeh Tuan Long Deraman juga anak sepupunya.
5.Tuan Long Sulaiman Raja Kelantan pula adalah cucu kepada Wan Daim Raja Datu Pangkalan, Patani, begitu juga Tuan Long Deraman Raja Legeh.
6. Wan Daim Pernah menjadi Raja Champa, sblm ke Jambu menjadi Datu kemudian Datu Pangkalan Tua..bermakna keturunan Tuan Nik Dah adalah keturunan Tuan Long Deraman belah jalur lelaki, dan Tuan Long Yunus belah putrinya dan Tuan Long Sulaiman belah putrinya juga…kedua dua jalur ini bertaut di Tuan Wan Daim…
7.Baginda Wan Daim mengadap Raja Kelantan Sultan Omar bin Long Betong @Raja Sakti bersama anakanda-anakandanya kemudian mendapat perkenan dari Sultan Kelantan dari Dinasti Jembal untuk jodohkan Tuan Long Bahar bin Wan Daim dengan Tuan Puteri Jembal Raja Pah binti Sultan Omar, kemudian lepas kemangkatan Sultan Omar , dan putera Sultan Raja Kecik masih di usia muda untuk layak memerintah, Tuan Long Bahar diangkat menjadi Raja Kelantan mengantikan ayahanda mertuanya dengan sokongan istrinya Raja Pah dari jalur inilah lahir Dinasti Diraja Kelantan Moden. Keturunan Raja Kecik pula adalah keluarga Diraja Jembal. Keturunan Wan Daim dan Sultan Omar Jembal bertaut pada Syarif Abu Muzaffar Wan Ahmad Waliyullah melalui dua anak lelakinya Datu Kelantan Nik Jamaludin dan Sultan Champa Nik Mustafa.
8. Manakala anakanda Wan Daim yang bernama Tuan Long Senik@Long Nik berkahwin dengan anak Tuan Penghulu Geting, yang mana dari bagindalah lahirnya Raja Raja Legeh , Reman dan Jala, Limbat, Jeram.
9. Nenek Moyang Wan Daim adalah Nik Mustafa yang menjadi Raja Champa dengnan gelaran Sultan Abdul Hamid Shah.
10. Nenek Moyang Raja Kelantan Sultan Omar Jembal pula ialah Nik Jamaluddin Datu Kelantan yang memerintah di Pangkalan Datu.
11. Nik Jamaluddin Datu Kelantan dan Nik Mustafa Raja Champa adalah anakanda Syarif Ahmad Waliyullah @ Abu Muzafar Waliyullah.
12. Syarif Ahmad Waliyullah adalah saudara kandung Syarif Hidayatullah Sunan Gunung Jati bin Syarif Wan Abdullah Umdatuddin Sultan Champa bin Sayyid Ali Nurul Alam.
13.Sebab itulah Dinasti Jembal , Patani Pusat, Kelantan Moden, Legeh , Jala, Reman, Raja Lundang, Kelantan Barat, Kelantan Selatan, Jeram di Semenanjung Tanah Melayu, Kesultanan Cerebon , Kesultanan Banten, Kesusuhunan Gunung Jati adalah saudara kerabat.
#nakFahamKesultananKerajaanDanKedatuanBegini
#LazimParaDatuDilantikdariBerdarahRajaKerabatSultanDariAspekKelantanPataniChampaBiasanyBerdarahSyarif
#konsepnyaSerupaDatuDanSyarifSuluMindanoaDanSabah
#BidangKerjaDatuLebihBesarDariPenghuluDanLebihKecilDariRaja
#JikaSultanAtauAtauRajaTiadaPewarisDipilihPengantiDiKalanganDatu
#RajaPulaAdalahKerabatSultanAtauDatuPunyaNegeriDiPerintah
#SultanPulaPemerintahPersekutuanKerajaanKerajaanNegeriPersekutuan
#InilahSistemPemerintahanPataniBesar
#tokohDiatasMewarisSedikitDariSakiBakiNegaraPataniBesar
#TokohYangPernahMemerintahPataniBesarIalahTuanLongBetongRajaSakti
#KemudianRatuRatuPataniYangWilayahnyaMeliputiDariSinggoraSampaiTeganu
#TokohLebihAwalIalahSayyidAliNurulAlamBentaraMajapahitBarat
#MintaBetulkanJikaSalah:TulisanOlehQAW4774

4 responses to “SEJARAH RAJA RAJA KELANTAN PATANI CHAMPA 0.1 TUAN NIK DAH RAJA LEGEH PATANI TERAKHIR

  1. Ping-balik: Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords: KJ UTuRN lagi | Malaysia Updates News Portal

  2. Ping-balik: Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords: Video | Malaysia Updates News Portal

  3. Ping-balik: Anwar Ibrahim Mengaku Tak Percaya dengan Mahathir | Malaysia Updates News Portal

  4. Alhamdulillah.. dapat juga memahami bagaimana keturunan keluarga kami yang berasal dari Kelantan sampai ke Kedah..

Tinggalkan komentar