Doa Kota Tauhid


Inilah dia doa Kota Tauhid, bagi yang hendak tau hikmat dan khasiatnya, sila jumpa guru yang Mursyid dan terimalah ijazah amalan doa ini, saya terima doa ini dengan armarhum guru saya yaitu Al-Alim Tuan Guru Baba Ahmad Tanjung Al-Fathoni di Pondok Al-Irfanul Islamiah Tumpat .
حوطت على نفسى ورفيقى و أبنائى و أهلى ومالى وما ملكت يدى بسبع ضرب من ضروب الله تعالى سقفها لا اله الا الله و درقها محمد رسول الله و قفلها قدرة الله لا يفتتح الا باذن الله العلى العظيم بسم الله بابنا تبارك حيطاننا يس سقفنا كهيعص كفايتنا حم عسق حمايتنا ق القرأن المجيد وقايتنا فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم يا الله يا هو يا هو يا هو و يا من هو دائم ويا من هو قائم و يا حى ويا قيوم اشفعنا بشفاعة نبينا محمد صلى الله عليه و سلم وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم.
Maka selesailah sudah salinan doa Kota Tauhid, sila merujuk kepada guru yang ahli, insyaalah nanti saya kan siarkan doa Kota Tauhid versi lain yang saya lihat dalam manuskrip ayahanda saya yang diambil dari bapa sedara beliau armahum Tuan Guru Hj Ismail Air Dingin yang diambil dari guru beliau yang mashur dengan gelaran Tok Selehor.wassalam.

122 responses to “Doa Kota Tauhid

  1. salam….
    awk ade versi yg lebih jelas x doa ni..sye pun ade menerimah ijazah doa ini..tp,doa yg sye terima tu pendek ckit dri yg awk tunjuk ni..klau boleh sye mau buat rjukan

    • cuba rujuk doa kota tauhid versi kedua dalam blog ini…versi kedua tu dipercayai diambil dari Tok Selehong oleh tok sedara saya, atau dari moyang saya….saya ada satu versi lagi yang di ambil dari guru saya dari Patani yang disusun oleh Tok Padang Rhu Patani…

  2. salam..
    boleh x klau mhon ijazah dari awk,smbungn doa ini yg dsusun oleh tok padang rhu patani..sye telah mnerima ijazah ayat ini.dari tarikat mufaridiyah..tp,doa yg sye ambil xde smbungn ayat ya Allah,ya HU,YA HU.YA HU WA MAN YAHU….yg ade dlm versi awk ni. boleh ker sye terima dri awk smbungan ayat ini. sbb x rmai guru yg murshidin yg ade ayat ni.

    • saya ijazahkan pada awak sebagaimana baba saya ijazahkan pada saya dengan ijazah umum…tapi kalu nak kepastian lagi dan awak berada di kelantan..sila jumpa seguru saya,beliau juga wakil tariqat mufarridiah tumpat…atau awak rujuk doa kota tauhid versi II, dan versi ketiga nanti saya akan masukkan..insyaalah…

  3. salam…
    terima ksih ats kesudian saudara mgijazahkan kepada sya.mudah2an Allah merahmati saudara. sya sebenarnya org kedah dam menerima tarikat mufaridiyah juga di kedah..adkah saudara juga pengamal tarikat mufaridiyah..

    • tarikat itu antara tarikat yg saya terima dari seorang mujahid patani….dan terbukti banyak manfaatnya pada saya….harap anda amalkan doa kota tauhid itu sampai datang suatu tanda dalam mimpi anda….

  4. sabaqal mufarridun…telah mendapat kemenangan (dengan syurga kerana istiqamah dalam taati allah dan rasul) oleh orang-orang terdahulu….perkataan ini ada dalam satu hadis nabi….

  5. Adalah makna Hadist”SABAQAL MUFARRIDUN” yang tersebut didalam KITAB TANWIRUL QULUB Karangan SYEIKH MUHAMMAD AMIN AL KURDI,cetakan Ke-lima Halaman 421 tahun 1343 H,adalah sebagai berikut:

    Didalam Hadist Nabi Muhammad SAW yang bersabda:”SABAQAL MUFARRIDUN”(H.R.Imam Muslim,hadist nomor 2676,Jilid IV,hlm.2062,dan lafadz hadis tersebut adalah lafadznya;Imam Ahmad,Jilid II,hlm.323) yakni TELAH(sampai) LEBIH TERDAHULU ATAU MENANG ORANG/KAUM MUFARIDUN. Ditanya para sahabat,siapa orang-orang MUFARRIDUN itu ya Rasullah?. Beliau bersabda: Orang-orang Mufarridun itu adalah merekalah(kaum) orang-orang yang telah menghapuskan oleh zikir mereka akan segala dosa-dosa mereka. Mereka datang pada hari hampir-hampirnya dekat KIAMAT. Tiada dapat dihinggakan banyaknya orang-orang Mufaridun itu.
    Dan ditambahkan dengan penjelasan dari SYEIKH MUHAMMAD AMIN AL KURDI yaitu:ILHAM yang didatangkan ALLAH kepadanya yang tidak tersebut dari penjelasan SYEIKH MUHAMMAD AL KURDI ini pada cetakan lain dari cetakan yang kelima ini. Karena tiada dimasukkan oleh penerbit lagi pada cetakan yang lain itu.
    Inilah tambahan dari SYEIKH MUHAMMAD AMIN AL KURDI itu:
    Mereka itu berjalan yaitu:mengembangkan ZIKIR dimuka bumi. Yang dimana-mana tempat dapat tantangan karena ada yang mendustakannya amalan ini(dikata orang tipu amalan ini). Tiada mengetahui oleh WALI QUTUB dan tiada sampai WALI QUTUB pada ketinggian amalan ini(yang dimaksud dengan MAQAM(KEDUDUKAN) akan ZIKIR INI).
    Dan SYEIKH MAQAM(ZIKIR) ini adalah SAYIDINA KHAIDIR AS. Dan mereka-mereka orang Mufaridun tiada berkurang dari bilangan mereka sebagaimana yang diketahui. Hingga disudahi dengan dipimpin oleh KHALIFATUL LAHUL MAHDI,maka I M A M M A H D I lah akhir Wali Allah(KHATAM AULIYAH/PENUTUP) pada ini Umat.

  6. sebenarnya sye penah d ijazahkan doa ini d dlm mimp.dlm mimp sye tu sye d ijazahkan d ats gunung jerai dan sye d ajr salah satu cara utk mngunakan hikmat doa ini dlm jurus.tp,msh bnyk yg sye blum taw.harap saudara blh kngsi pengalaman..

    • salam saudara, saya tak blh cerita banyak berkenaan hikmat kegunaan doa ini, harap saudara amalkan selalu…saudara jangan bimbang biasanya pengamal sesuatau amalan “akan tau” gunakan amalannya sampai suatu masa..dan itulah yang dikatakan ilmu ladunni, begitu juga dengan zikir mufariddiyah, seperti inilah pesan guru saya dan ianya terbukti dengan beberapa pengelaman saya mengubati beberapa pesakit pelik yang sudah kehabisan bomoh…saudara amalkanlah dengan ikhlas..saudara akan tahu dengan sendiri.

    • la ba’sa , biasa je…sikit sikit tak per..kalau dah sampai yang perlu belapik…guna email saja…sbb blog ni luas..sapa sapa pun bleh masuk…apa pun moga sukses mndapat redha Allah.

  7. 3)Tarekat Mufarridiyah
    (Guru : Syeikh Muhammad bin Makmun)* Mendakwa ada Malaikat Karakaz dan Karanaz dan boleh bertawassul denganya.* Mendakwa dapat menentukan kubur wali-wali Allah.* Mengaku sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.* Mendakwa Syeikh Makmun sebagai Jesus dan bapa segala manusia bagi orang yang tiada agama.Telah difatwakan sebagai kufur dan sesat serta bertentangan dengan ajaran Islam oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1979.

    mufaridiyyah yg antum semua bicarakan ini kah??

    • sesuatu tarikat itu umpama sebuah kenderaan yang bagus menuju ilahi…bahan apinya zikir yang warid, kecantikannya warak, tawadho’, zuhud, sabar, dan takwa, panduannya baiah dan pertunjuk guru yang bersalasilah, pemandunya ahli yang menerima baiah…kalau silap pemandunya, kenapakah keretanya yang disalahkan??, pernah tarikat naqsabandiah kelantan di masukan dalam senarai ajaran sesat akibat dari perbuatan ahmad laksamana, tarikat ahmadiah idrisiah juga diharamkan di seluruh negeri di malaysia kecuali kelantan dan negeri 9, lantaran beberapa cerita pengelaman rohani ahli…tarikat naqsabandiah imam bonjol juga diharamkan di malaysia lantaran ajaran pembawanya di sini sedangkan imam bonjol adalah bangsawan ,ulama, pejuang kemerdekaan indonesia di sumatera barat, adakah kerana pemandu kereta yang GILA,MABUK kita salahkan KERETA? adakah kerana ahli kita salahkan tarikat?…

    • terdapat berjuta2 malaikat yg allah ciptakan hanya 10 malaikat yg wajib kita percaya..apakah kamu tahu satu persatu nama malaikat selain yg 10 itu…untuk kamu menyokong org yang mngatakan tidak ada malaikat yg bernama karakaz dan karanaz….adakah pernah kamu atau orang yg berkata sekian sekian,,begini tentang sheikh makmun hidup sezaman dengan syeikh makmun?pernahkah kamu atau org yg demikian itu mndengar sheikh makmun mendakwa sbg jesus dan bapa segala manusia..

  8. btul tu…lagipun kdng2 sesuatu terjadi angkara fitnah2 manusia yg suka menokok nambah dlm sesuatu pekara dan suke membesar2kan sesuatu pekara yg mereka sendri tidak mengetahui dan memahaminya…
    kepada al-humairah,kalu anda mahukan kepastian. silalah melawati blog majlis dzikir al-mufaridun..di stu ade penjelasan mengenai tariqatul mufaridiyah.

  9. tp..ade kan tarekat yg terpesong kan?
    tp kadang2 org ni dia pasang niat tak betul bila masuk tarekat…nk dapatkan kelebihan2 duniawi..sedangkan maksud tarekat ialah untuk semakin mendekati allah…sesungguhnya mereka yg sedemikian nyatalah telah tertipu…
    kadang2 adde sesetengah org guna name tarekat2 yang masyhur2 ni…tp dr amalan2nya dah lain…
    imam bonjol mmg diakui seorang ulama…

    • :), cuba senaraikan tarikat yang terpesong, yang kebanyakkannya yang menyandarkan pada tarikat yang masyur atau jika tarikat betul pun mmbawa tarikat secara salah, saya tak nafikan niat sesetengah orang nak kelebihan dunia dngan amalan tarikat, biasanya terjadi bila sanad dan salasilahnya tidak sampai kepada rasulullah maka jizbahnya kearah kecelakaan…sbb tu cermat dalam mngambil sesuatu amalan suatu yang amat penting, untuk selamat bagi orang kebanyakan yang masuk jalan tarikat, bahwa ia pastikan 4 syarat tarikat lengkap dan gurunya adalah seorang mursyid dan ulama yang muktabar yang masyur kesolehan dan ketakwaannya, baiah, irsyad dan rabithah guru amat penting bagi ahli tarikat, bagi saya saya gunakan panduan Imam Ghazali Ra dalam hidayatul salikin…Ilmu dan amal selari, tanpa ilmu ahli tarikat dalam bahaya…

  10. rujukan sy sbg org awam tentulah daripada pihak berkuasa agama..
    boleh dirujuk drpd website mereka…tarekat2 yg sesat…
    ade satu tarekat di mesir…nk sembahyang kena letak gmbr syeikh die kt depan…

    yg tak betul tu ade lah tok gurunya la…
    sebab tu kena betul2 pilih guru ni…
    kebanyakkan tokof2 sufi di awal2 dulu pn seperti imam al ghazali rahimahullah, junaid al baghdadi rahimahullah menceburkan diri dalam ilmu2 fekah, dll…dah ade lengkap br masuk dlm tarekat…

    sy pn pengamal tarekat…kawan2 sy pn bertarekat…tarekat ini terbit dr ilmu tasauf kan? tasauf..ihsan…buat ibadah seolah2 nampak allah…kalu tak nampak yakinlah allah melihat kamu… huhuhu…hasil dr tarekat ini adalah keperibadian akhlak islam yg tinggi…bukannya karamah…

    • baguslah…tapi biasanya yang sesat “tarikat bawaan seseorang itu yang sesat” bukan diri tarikat itu…kalau pun tarikat itu benar..mgkin pmbawanya pula yang bawa tarikat kearah kesesatan, berpunca mgamalkan tarikat tanpa ilmu pengetahuan agama, suka saya selitkan kata-kata Imam Malik Ra: man tafaqaha bi la tasayupin faqad tafasaqa, man tasayufa bila tafaquhin faqad tazandaqa, man jam a bainahuna faqad tahaqaqa, sesiapa yang berfikah tanpa bertasuf sesungguhnya rosaklah(amalan) ia, sesiapa yang bertasauf tanpa berfikah ia, sesungguhnya zindiq(tak bersyariat) ia, dan sesiapa yang mnghimpunkan antara keduanya(fikah dan tasauf) maka itulah yang sebenarnya.

  11. mengikut ulama…sumber ilmu tasawuf adalah al-quran, al hadis, ilham org soleh dan futuh orang arifin…

    imam al ghazali r.h.m mengatakan mempelajari ilmu tasawuf hukumnya wajib

    • assalamualaikum semua, pertamanya saya minta maaf terdapat beberapa perkara yang saya terpaksa buang kerana tak berapa enak diperkata,saya dapati terdapat berselisihan pendapat yang tak berkesudahan dalam komen anda semua, saya ingin jelaskan bahwa kita tak boleh mghukum sesuatu yang kita tak tau bagaimana sebenarnya ia, untuk mmbuat pernilaian terhadap sesuatu amalan, terlebih dahulu ia perlu dikaji dengan teliti apakah amalan itu sendiri berlawanan dengan nas agama, jika berlawanan buanglah ia walaupun ia berasal dari seorang sheikh yang kasyaf tujuh petala langit dan bumi sekali pun, buat pengetahuan semua pada masa saya merupakan murid ahmadiah idrisiah, saya juga murid pada naqsanbandi, saya juga murid syaziliah, saya juga murid syatariah, saya juga murid alawiah, dan semua sanab yang saya terima dari guru saya akan berkekalan hingga ke hari kiamat bahkan sampai akhirat insyaalah, dalam perkara yang kamu semua perselisihkan tak ada siapa antara kita-kita semua ini yang dengar dari mulut sheikh m makmun sendiri, ada yang jelas seperti mana yang saya dengan dari seorang alim lagi warak di patani ia merupakan fitnah semata-mata, mgkin berasal dari satu kumpulan yang punya kepentingan dunia kemudian mgambil amalan zikir tersebut dan mengeluarkan ajaran yang pelik-pelik, yang ganjil yang jelas bertentangan dengan ajaran ahlu sunnah wal jamaah bahkan ajaran islam itu sendiri, saya pernah merujuk pada beberapa orang alim guru pondok berkenaan zikir amalan mufaridi dan ianya jelas tak bertentangan dengan islam bahkan banyak pula anjurannya dalam al-qur’an dan al hadis…amalan nya tidak lain hanya merupakan gabungan rangkaian ayat qur’an tentang banyak berzikir, zikir tunggal (mufrad) kalimah Allah, ayat al-Quran, selawat, dan doa. saya harap jangan berdebat dengan alasan yang tidak jelas terhadap perkara yang kita pun tak saksikan sendiri, dalam dunia sufi, ramai orang dikufurkan dikalangan manusia tapi yang pastinya ia mukmin di sisi Allah (sila rujuk matan jauhari tauhid, mukmin indallah wa inda nas, mukmin inda nas wa kufrun indallah, kafir inda nas wa lakin indallah mukminun )antaranya sang waliyullah al-halaj, hatta sheikhul akbar Ibnu Arabi sendiri, yang sesunguhnya sila amalkan amalan yang anda punya salsilahnya tanpa menjatuhkan yang berlainan dengan kita…sebagai salik anda jangan terleka dengan perdebatan, keramat, kasyaf dan sebagainya , kerana itu semua hanya merupakan hijab anda dari maju menuju Allah…selamat maju jaya dan semoga sukses dalam perjalanan anda ke akhirat, akhir kata salam maaf dari saya hamba yang amat hina, faqir lagi haqir disisi Allah, mg di selamatkan kita kita semua. amin amin…..

  12. tarekat ahmadiyah…masih br menceburi..
    tp sudah lama mengintai dr luar kamar tarekat…br kini berpeluang untuk melangkah masuk…

  13. adapun yang diperkatakan oleh baba syarif itu benar,ramai org menghukum dgn mendengar sebelah pihak sahaja..saya dan darwish jelaini juga dari guru yang sama,alhamdulillah dpertemukan dengan generasi yang kedua murid dibawah guru ustaz ibrahim..

    adapun kalu dilihat dlm web-web yang mengatakan mufarridiah itu sesat adalah fitnah..di katakan zikir menyebut nama Allah itu adalah bukan zikir sebenar,tetapi jika dibaca dalam kitab karangan Imam Ghazali yg bertajuk PENYELAMAT DARI KESESATAN, imam ghazali menyebut sebutlah Alllah,Allah…hingga dirasakan lidah menjadi kelu dan teruskan menyebut dengan hati walaupun seperti tidak terdengar keluar dari mulut..

    jadi kadang-kadang terfikir juga mengapa semudah itu orang mengfatwakan sesuatu tarekat itu sesat tanpa mereka sendiri masuk ke dalam nya.ramainya hanya mendengar cakap-cakap org..Imam ghazali kata betul,sapa lah kita ini yang ilmunya begitu sedikit nak mengatakan perkara itu salah..renung-renungkan lah..

  14. boleh x kalau saudara baba syarif buat doa kota tauhid ni dlm edisi tulisan rumi plk..sbb sebenarnya saya x pndai nk letakan baris pada ayat. takut tersalah baca plk.

    • wasalam saudara…ada pernah belajar tu cara ubah jawi kerumi..tapi masa di imndo dulu saya antara yang
      mmbantah kerana huruf rumi tak ada yang sama dengan huruf qur’an….bahkan ianya bidaah yang amat buruk
      juka berkaitan dengan mgubah ayat al-qur’an ke tulisan rumi…malah mghilangkan bunyi yang asal.

      • erm…mcm tu yek…xpela kalu mcmtu..sye cube tnye kepada org2 yg arif dlm bahasa jawi tgok..terima kasih..salam… 🙂

      • ataupun kalau saudara x keberatan..saudara boleh tolong letakan baris pade ayat tersebut tak.. saye cume keliru pde bahagian ayat bawah tu jer..yg YA ALLAH,YA HU,YA MAN HU dan smbungnnyer..takut tersalah bace dan lari mkne yg asal plk.. harap maaf.

  15. menyebut allah saje takper..bnyk tarekat2 yg sebut allah jer..
    tp jbtn agama islam brunei kata mufarridiyah sesat atas sebab2 di bawah ini:

    3)Tarekat Mufarridiyah
    (Guru : Syeikh Muhammad bin Makmun)* Mendakwa ada Malaikat Karakaz dan Karanaz dan boleh bertawassul denganya.* Mendakwa dapat menentukan kubur wali-wali Allah.* Mengaku sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.* Mendakwa Syeikh Makmun sebagai Jesus dan bapa segala manusia bagi orang yang tiada agama.Telah difatwakan sebagai kufur dan sesat serta bertentangan dengan ajaran Islam oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1979.

    tak tahulah..mungkin mufarridiyah sane yg palsu…yg tulen betul..entahlah..wallhua’lam…

    • orng2 tua kta,, jngan menduga dlmnya suatu sungai klu blum msk k dlm sungai itu,, sye hrp al humairah jngn terlalu percya akn kata pihak yg tak bertnggung jwb,, para jama’ah mufariddiah tak pernah mendakwa klu syekh muhamad makmun adlh jesus atau yg lainnya,,

  16. kepada al humaira,bg pandangan peribadi saya.adalah lebih baik saudara mngamalkan tarikat yang anda yakin sekarang tanpa mencari kesalahan pada tarikat2 lain. mngenai dakwaan itu.adakah saudara mendengar sendiri dari maulana syekh muhammad ma’mun.dan adakah saudara benar2 pasti dakwaan itu benar. ingtlah saudara,d akhir zaman ini terlalu bnyak fitnah2 dan tomahan d lemparkan terutamanya kepada ahli2 sufi. berkata imam al-qhazali..melihat itu lebih baik dari mndengar.. supaya kite x termasuk org2 yg berpesangka buruk. kerana berpesangka buruk itu adalah sebahagian sifat2 syaitan .mohon maaf..

  17. sy bukan mencari kesalahan…cuma mencari kebenaran…bukankah kita umat islam ni mesti selalu berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran… 🙂
    sy tak kate sy pasti dengan dakwaan itu..
    cuma sy melampirkan ape yg sy petik dari website jbtn agama islam brunei itu, tanpa sy tokok tambah ape2…
    kalaulah dakwaan itu salah…para ikhwan tarekat mufarridiyah wajar menjelaskannya kepada jbtn agama islam…
    sy tak tahulah pulak pendirian jbtn islam malaysia…
    mmg banyak yg dikatakan sesat, tapi apabila bermuzakarah dngn jbtn agama, disahkan benar pula…contoh: pertubuhan seni silat abjad
    oleh itu..berhubunglah dengan mereka supaya fitnah ini tidak terus tersebar…
    orang2 awam ni, pastilah mereka akan merujuk kepada pihak berkuasa agama untuk mengetahui sesuatu hukum…ok?

    salam persaudaraan dr sy…

    • salam… baik anda mngkaji apakah amalan tarikatnya orang mufaridiah. soal tuduhan dan fitnah akan tetap jadi fitnah kalau mereka blum di adili untuk mmbela diri…mereka tak pernah dipanggil sebagai orang yang di tuduh ke mahkamah syariah malah terus dihukum…patutkah??, dan saya harap jangan berdebat lagi…selama saya belajar tak pernah dengar pun dakwaan dakwaan sebegitu..disamping amalkan amalan malah kami di suruh belajar sifat 20, fardhu ain dan tasauf.

    • Assalamu’alaikum
      Saya jemmah Mufarridiyah daripada Brunei. Seperti al-humairah, saya juga pernah mengamal Tariqat Ahmadiyyah. Daripada Tariqat Ahmadiyyah saya memahami apa itu Tariqat. Saya sangat bersyukur pada ALLAH S.W.T. kerana itu.
      Tidak ada pertentangan amalan Tariqat Al-Mufarridiyyah ini dengan syariat Islam. Kerana fitnah (sudah dijanjikan ALLAH S.W.T. seperti mana yang dijelaskan didalam kitab Tanrawil Qulub, kalau tidak disalah-salahkan bukan Mufarridiyyah namanya) itulah jadinya. Kamipun faham tanggongjawap kerajaan, menjaga aqidah rakyatnya sebab itu apabila mendengar ajaran ini salah mereka terus bertindak mengharamkannya.
      Saya pernah baca ‘buku kuning’ yang ‘listing down’ ajaran-ajaran sesat yang ada. Yang jelas mereka sendiri menyatakan didalam buku tersebut “jika dilihat daripada amalan tersebut diatas, tidaklah ada yang salah tetapi apabila dirujuk daripada Malaysia….”
      (not exact word but kira-kira macam tu lah fahamnya). Apabila dibaca rujukan daripada Malaysia itu semua diambil daripada kata-kata orang. Siapa orang itu tidak dijelaskan siapa? daripada mana? boleh dipercayakah orangnay? macam mana faham agamnya? Kalau mahkamah sivil pasti dipanggil Hakim siapa yang kata itu untuk memberi keterangan yang lebih lanjut…
      Tidak ada satu pun apa yang ada dijelaskan didalam ‘buku kuning’ yang salah-salah kami amalkan. Kamipun tau asas agama. Di Brunei kami diwajibkan daripada umur 5 tahun untuk bersekolah agama. Rakyat Brunei wajib berterima kaseh kepada Rajanya kalau bole sujud syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana lahir di Brunei. Itu adalah berkat kepimpinan daripada Almahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin dan di teruskan lagi dengan sempurna oleh anakndanya Sultan yang masa ini. Alhamdulillah Menteri Malaysia pun pernah merujuk ke Brunei macam mana Brunei melaksanakan sekolah agama dengan teratur tetapi sayang menteri tersebut salah rujuk menteri, menteri yang bertanggongjawap disini adalah Menteri Hal Ehwal Agama sendiri.
      Oleh itu atas pendidikan asas inilah kami tahu buku itu adalah fitnah. Tarikat ini lahir bukan mahu menambah-nambah atau mengubah-ubah amalan. Ia lahir untuk membantu umat Islam ini supaya mudah menunaikan SOLAT, takut meninggalkan solat, mau hatinya untuk beribadah. Itulah salah satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh penerus Al Hafiz Al ‘Arif Billah Al ‘Alamah Maulana Sheikh Hj Muhammad Makmun iaitu Tuan Sheikh Hj ‘Ash’ari Al Hakim kepada saya. InsyALLAH kalau panjang umur jumpa lagi.

  18. betul tu….wahai org2 yg beriman..berpegang teguhlah kamu kepada tali ALLAH..dan janganlah kamu berpecah belah… Salamun’khaulanmirrabbirahim..

    • salam semua…apa pun kita dapat dan terima, pastikan ianya dirujuk pada yang arif, jangan rujuk pada satu sumber saja..saya selalu ingat pesan almarhum guru saya, al-alim baba mad tanjung di chbg 4 tumpat…jangan kita terus telan sesuatu yang didapati walaupun dari guru yang pada mata punya keramah, jangan dibuang walaupun guru kita dikatakan gila, isim, dan sebagainya timbangkan ia dengan neraca qur’an dan hadis, jika blum jumpa cari penjelasan yang arif melalui karangan dan ta’lim.wallahu ‘alam

  19. 🙂
    baiklah…sebagai menghormati tuan rumah ini, en baba syarif…sy menutup polemik ini…maafkan sy kerana menyusahkan en baba..

    tapi, tangan ni rase gatal2 nk menaip..huhu…x dapek den nak nolong..

    • silakan nak luahkan apa pun, tapi harap berdasarkan ilmu yang blh dkongsi bersama, kalau bleh jangan cetus rasa tak puas ati dari sedara kita yang lain.

  20. sy terasa terpanggil utk berkongsi bersama2 gan teman2.sy setuju dgn pendapat baba syarif.blh saudara nyatakan alamat saudara n no hp…sy pun asal keltan gak

  21. Assalamu’laikum;

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Baba Syarif kerana sudi berkongsi pengalaman dan kefahaman didalam ber’amal. Saya juga mohon maaf sebanyaknya kerana ingin bertanya beberapa soalan. Saya cuma mahu sedikit penjelasan…sepertinya ada perbezaan diantara Tarikat Mufarridiyah yang saya amalkan/terima dengan yang saudara amal/terima. Sudilah sekiranya saudara menjawap soalan-soalan ini;

    1 ) Apa sejarah perjalanan Tarikatul Mufarridiyah ini yang boleh saudara kongsikan?
    2 ) Siapa pengasas Tarikat Mufarridiyah yang saudara amalkan ini?
    3 ) Apa yang saudara tahu tentang pengasas Tarikat ini?
    4 ) Apa-apa amalannya atau susunan amalannya?
    5 ) Darimana Guru saudara dapat Ijazah Tarikat ini?

    Sebelum itu saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian saudara nanti didalam menjelaskan soalan tersebut.

    Moga persaudaraan ini akan terus berkekalan. Amiin Sabaqal Mufarriduun.

    • Wa’alaikumussalaam…
      Saudara boleh rujuk jawapan saya pada Al Humairah 31hb Mei.

      Boleh…InsyALLAH kita akan terus berkenalan selepas saya dapat jawapan daripada saudara Baba Syarief.

      Alhamdulillah dan terima kasih diatas kesudian saudara untuk berkenalan.

      Jumpa lagi

  22. alhamdulillah…
    bersyukur kepada Allah kerana d temukan dgn saudara2 mufaridun d blog ini..mudah2am bertambah ukhuwah sesama kita… 🙂

  23. salam saudara baba syarif..
    maaf mohon tnya…xde lg ker doa kota tauhid versi yg ade baris..x sabor nk mngamalkanyerr..huhu 🙂

    • salam saudara..hamba minta maaf…komputer hamba ada sikit masalah nga arabic..harap bersabar sampai hamba balik ke kelantan untuk mmbaikannya…moga dengan izin Allah tersiar doa kota tauhid versi berbaris..

  24. assalamualaikum ,
    Tuan maghfirah,
    benar dengan usulan tuan itu .
    Tn Jelaini dan Baba Syarif mengamalkan doa yang belom pernah kita dengar dalam mufarridiyah. Mohon di terangkan kepada Tuan Jelaini yg mana amalan Mufarridiyah tidak boleh di tambah dan di kurangi.Fitnah yang ada di Brunei dan Malaysia yg di quote oleh al Humairah adalah fitnah dari mulut orang yg tidak bertanggong jawab.
    Amalan Mufarridiyah adalah amalan yg suci dan tinggi di sisi Tuhan berdasarkan AlQuran dan Hadith.ber i’tikat ahli sunnah wal jemaah.
    Berapa banyak jemaah Mufarridiyah di Kedah Malaysia?

    • salam tuan Abdullah…jangan tuan hamba mmfitnah hamba dengan memasukan doa yang tak patut dimasukkan pada mufarridiyah telah hamba masukkan mmjadi amalan mufarridiyah…minta tua hamba selidik nga teliti, berhati-hati bila bicara, ada pun doa kota tauhid dalam posting ini, tak ada kaitan langsung dengan amalan mufarridiayah…doa kota tauhid adalah satu dari perbagai doa yang hamba terima dari guru-guru hamba baik di indonesia, maupun di malaysia dan patani…hamba tak pernah campur-aduk, atau mengolah dengan sendiri keatas amalan mufarridiah…kenapa tuan hamba seenaknya menuduh hamba hampa periksa??…beginikah seorang yang beramal tarikat diatas ahlu sunnah wal jamaah??…jangan menuduh hamba secara melulu berdasar kata-kata saudara jailani….

  25. salam Tuan Baba syarif.
    Terimah kasih tuk izinkan saya di blog Tuan.
    Maaf kalau ada rasa tersinggong dengan comment dari saya ,saya hanya ingin jelaskan kepada saudara saudara yg buat comment tentang Tarikat Mufarridiyyah.Saya setujuh
    pembahasan yg Tuan beri di atas tentang Fitnah Yg di kutip dari Hal ehwal Agama Malaysia dan Brunei.
    Bagaimana kita semua tahu semua amalan tarikat mesti ada guru nya dan fitnah yg timbul di mana mana kerana mereka bertanya kepada orang yg bukan ahli nya.{FAS ALU AHLI ZIKIR ,ING KUNTOM LA TAK LAMUUN} Kami masing 2 ada free will boleh pilih amalan yg berkenan dengan kita ,kerana itu adalah rezeki kita masing masing. Banyak sekali tarikat2 di atas muka bumi ini yang masing masing ada guru murshid nya. Tuan terimah Ijazah dari guru tuan dan saya pon terimah ijazah dari guru saya . Ahli Zikir tarikat Mufarridiyah semua sama amalannya di seluruh dunia. tidak boleh di tambah dan di kurangi .dan tidak boleh di campuri. Saya kira tuan Baba Syarief pon ada satu amalan yg Tuan amalkan yg khas mengikut adab adab yg sudah di tentukan oleh guru tuan. Alhamdulillah semua itu kami saling hormat menghormati. SAMA JALAN FREEWAY, TETAPI KERETA ,MINYAK PON LAIN LAIN .Silahkan lah beramal dengan doa yg Tuan ada .alhamdulillah .
    Tetapi Mufarridiyah tidak ada doa seperti itu.
    Mohon maaf kalau terkasar ter silap.
    wal afuminkum wa salamalaikum.

  26. wasalam…sbb tu saya cakap hati-hati bila bicara….selama berbelas tahun saya memondok…saya tau adab adab tarikat…biar pun saya punya sanab beberapa tarikat saya tak penah campurkan antara tarikat tarikat tersebut…saya tak penah mengtakan dalam tarikat mufarridiyah punya doa kota tauhid..mmg tak ada pun dari apa yang saya terima…dan saya tak pernah mmcampurkan doa ini dalam amalan mufarridiah..jangan salah sangka….apa lagi buruk sangka pada orang lain yang anda tak pernah kenali….jangan lupa ilmu tarikat adalam ilmu tasauf dan ilmu tasauf adalah ilmu adab…dan adab itu diatas ilmu…al-adabu fauqa ilmi….jangan kerana saya menerima ilmu..doa hizib dari beberapa jalur sanab anda seenak saja menuduh saya mncampur adukkan semuanya…DOA KOTA TAUHID yang anda nampak di posting ini tak pernah berkaitan langsung dengan amalan Mufaridiah…doa ini saya dapat dari seorang guru saya bangsa melayu Patani…kalau saudara mufarridiah di Kedah mengatakan dia terima Mufarridiah punya doa ini..saya tak berkaitan langsung dengan apa yang dia terima….HENDAKLAH FAHAMI dengan teliti…

  27. as’salam..
    tuan abdullah… betul kata saudara baba syarif. amalan yg saya terima di kedah mmg tidak sama dgn amalan yg d amalkan oleh baba syarif. doa kota tauhid yg di posting ini,sye cume jdikan slh satu rujukan saya.sbb sya mmg sudah menerima amalan doa kota tauhid ini di kedah.cume versi doa yg baba syarif postingkan ini lebih lengkap.jemaah mufaridun d kedah hanya satu.dri salur arwah al ustaz ibrahim.

  28. assalamualaikum wrb.

    saya berminat untuk mengambil ijazah mengamalkan wirid tarikat Mufarridiah boleh tolong nyatakan siapa khalifah dan wakilnya di Malaysia serta alamatnya. Terima kasih.

    • alaikum salam wrb.
      Tuan Bujang yth.

      Alhamdulillah kami akan berikan information itu semua kepada tuan ,
      mohon di kirimkan email nya .
      Terimah Kasih
      wassalam

  29. salam tuan…bagaimana dengan saluran mufardiah di melur adakah ianya satu cawangan dengan tuan ataupun tidak

  30. sabaqal mufarridun..utk makluman tarikat mufardiah tidak mencampur aduk amalan….amalan mufardiah adalah amalan yang tunggal..iaitu zikir Allah,Allah..ahli-ahli tarikat mufardiah yang sah adalah yang masih berhubung dengan keluarga maulana sheikh makmum di tanjong pura langkat medan..orang yang mngatakan menerima ijazah zikir dari pengganti maulana sheikh adalah palsu,kerana maulana sheikh tidak ada pengganti yang ada hanyalah pewaris..

  31. as’salam..
    saudara bujang..saudara org mna.jikalau saudara org utara.di kedah masih ada org yg boleh ijazahkan amalan mufaridiyah ini. tetapi terpulangla kepada saudara utk menerima d mna sekali pun.kerana hakikat mufaridiyah tetap hanyalah satu walau d manapun berada..

    wasalam…

  32. nmpknya msih rmai yg blum memahami apa itu hakikat mufaridiyah..mudah2an Allah memberi petunjuk kepada mereka2 itu.. 🙂

  33. Assalamualaikum saudara “hamba” yangdimuat tanggal 26 juli,
    maaf tapi mungkin saudara hamba tak mengerti ataupun hanya sekedar mendenger kata orang, dengan jelas tidak ada pengganti yang muliau mualana shiekh m ma’mun, siapa mau menjadi pengganti? mungkin “hamba mendapat penafsiran atau pendapatan informasi yg salah,tetapi maulana shiekh ma’mun penunjukkan untuk penerus kerja kerja mufarridiyyah untuk kawasa seluruh dunia, jadi tidak ada yang mau MENGGANTI, tidak ada yg bs mengganti tetapi semua ahli zikir boleh mengembangkan zikir ini, termasuk anak anak,orang tua,pejabat,presiden dll. mohon “hamba” jgn membakar bakar orang di forum ini, sebab dgn jemaah yg ada dlm forum ini alhamdulillah menjelaskan hakikat mufarridiyyah dan apa yg dimaksudkan org2 mufarridun. sepatutnya “hamba” inspeksi dirisendiri dan memasukkan pikiran positif dengan pikiran dingan untuk membantu jln suci ini. guru saya tn asy’ari al hakiem, dan beliau dpt mengembangkan zikir ini seluruh dunia, untuk itu kita sebagai pengamal zikir cukup bersyukur, bukan memfitnahkan dan perang hati menurut keyakinan masing masing. maaf kpd baba syarief klo hal ini sy tumpahkan di forum ini.

    wassalam

  34. Salam, tumpang tanya

    Al-Alim Tuan Guru Baba Ahmad Tanjung Al-Fathoni di Pondok Al-Irfanul Islamiah Tumpat masih ada ke?

    kalu masih ada,saya cadang nak ziarah beliau raya nanti..senang tak nak jupe Pondok Al-Irfanul Islamiah Tumpat ni?

  35. as’salam..
    kepada Tn muhammad..sye setuju dgn pandangn Tn. beginilah sikap org benar2 memahami apa itu hakikat mufaridiyah..kite mencari persamaan dan bukanya perbezaan yng hanya akn memperpecah belahkan sesama kita.org2 mufaridiyah itu ada d mna2,dan setiap org2 itu mstlah berbagai cara perjalanan dan ilmunya..sepatutnya kite mngambil kesempatan forum yg baik seperti ini utk bertukar pandangan dan ilmu. bukan utk pertikaikan ataupun mencari kesalahan org lain.mohon maaf kepada kepada semua..salam sabaqol mufaridun..

  36. as’salam…
    kepada Tn.baba syarif.. jikalau Tn. x keberatan,boleh sye mnta emel Tn. sye ade beberapa soalan yg ingin d tnya kepada Tn. mngenai Al-Alim Tuan Guru Baba Ahmad Tanjung Al-Fathoni. terima kasih… 🙂

  37. as’salam Tn Al-Faqir,

    iya, ilmu yang ada didalam mufarridiyyah bukan hanya sekedar zikir allah,allah,allah dan berzanji dll, ttp banyak sekali yg bs di kaji dan memperdalam dgn zikrullah tarieqatul mufarridiyyah.Dan jg tergantung kapasitas pengertian kt dgn imlu Allah yg ade dlm tariqat ini. klo kt kaji pun,bukanya sedikit ayatnya dn hadithsnya..masya allah…

    Sabaqal mufarridun

  38. as’salam Tn. Muhammad..
    boleh saya mohon emel saudara. sekadar untuk menambah kenalan dan bertukar pandangan dgn saudara.terima kasih..

  39. Assalamualaikum semua…Minal ‘Aidin Wal Faizin. Taqabballahu Minna Wa Minkum, Wa Kullu Amin Wa Antum Bi Khairin. Mohon Maaf lahir & batin

    Saya terkejut dan sedih dgn kenyataan ‘hamba’ (dated 26 july 2010)yang menyatakan ‘ahli-ahli tarikat mufarridiyah yang sah adalah yang masih berhubung dengan keluarga maulana sheikh makmum di tanjong pura langkat medan..orang yang mngatakan menerima ijazah zikir dari pengganti maulana sheikh adalah palsu,kerana maulana sheikh tidak ada pengganti yang ada hanyalah pewaris..’

    Ini adalah penyataan yang amat besar silapnya dan berbau ‘amarah’ lagi peribadi. Ini penyataan yg tidak bersifat Mufarridiyah dan bukan penyataan Yang Mulia Maulana Syeikh Makmun.

    Tarikat apa di dunia ini yg ‘mesti’ di warisi oleh ahli waris? Sejak bila pula ‘Iman’ boleh di warisi? Bila pula Maulana Syiekh Makmun kata ahli-ahli tarikat mufarridiyah yang sah mesti berhubung dengan keluarga maulana sheikh makmum? Siapa pula yg kata Maulana Shiekh Makmun ada penganti?

    Kata Maulana Shiekh Makmun “3 hal/perkara yang menyebabkan seseorng itu ijazah zikirnya tidak diterima iaitu 1/ Dia melawan pemerintah yang sah, 2/ Dulu dia kominis tapi dia tidak bertaubat, 3/ Atiqa nya bukan Ahli Sunnah Wal Jemaah.”

    Dan utk saudara Muhammad (dated 2 september 2010) mohon maaf sebelumnya, hati-hati menjelaskan tentang Mufarridiyah di dalam internet ini, belum tentu apa yg kita cuba fahamkan, akan sama difahami oleh pembaca yg lain…apalagi jika mau bincangkan tentang ‘bukan hanya sekedar zikir allah,allah,allah dan berzanji dll’ (seperti saudara nyatakan…)

    Bersabarlah di dalam menerangkan ‘zikir’ ini. Cukuplah mereka mengamalkan ‘zikir’ ini hingga merasa nikmat di dalam beribadah dan mahu Taqarub Illah. ‘Zikir’ ini lahir adalah untuk itu dan utk mudah/mahu/cinta kita pada mengerjakan Solat 5 waktu. Kita berharap dgn mengamal zikir ini, kita akan cinta apa yang dicintai oleh Maulana Syeikh makmun iaitu ALLAH dan Rasul Nya S.A.W., cinta pada Al-Quran dan solat Tahajud dan sunat rawatib… Hal-hal lain insyaALLAH rezeki masing-masing. Semoga kita semua terpelihara drpd salah-salah di dalam menerangkan ‘zikir’ ini dan moga ALLAH memberikan MaghfirahNya kepada kita..Amiin Sabaqal Mufarridun.

    firman ALLAH S.W.T di dalam surah yunus ayat 99-100 “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki tentulah beriman semua orang yang dimuka bumi ini seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”
    “Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin ALLAH dan ALLAH menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya”

  40. Salam tuan-puan semua. Saya ni tengah cari tareqat yang paling sesuai saya nak ikut. Ada pelbagai tareqat tapi tak tahu nak pilih yang mana satu.Setiap tareqat ada kelebihan masing-masing malah syeikh utama mereka masih hidup walaupun dah tua. Contoh Maulana Syeikh Nazim Adil yang dikatakan sultanul awliya zaman ini tu. Ada pelbagai cerita aneh bagi setiap pengasas setiap tareqat.Bagi orang awam kadang-kadang rasa takut tertipu mendengar keanehan cerita tersebut yang seolah-olah tidak berpijak di dunia nyata dan hanya difahami oleh orang yang mengalaminya sendiri atau dipaksa-paksakan menerima cerita tersebut dan menjadilah dia pengikut yang taksub. Sebagai contoh syeikh Abd Kadir Jailani dikatakan semasa di alam ruh dulu dia pernah menjadikan bahunya tempat pijak nabi untuk menunggang buraq dalam kes israq dan mikraj tersebut sedangkan waktu tu dia belum lahir ke dunia lagi. Begitu juga para wali yang telah mabuk cinta masuk ke lautan samudera cinta kasih ilahi mengeluarkan perkataan/ ayat yang agak bertentangan dengan sunah dan hadis nabi saw.Rabiatul Adawiyah berkata jika aku ni beramal untuk aku nak dapatkan syurgaMu ya Allah humbankan sahaja aku ke nerakaMu ya Allah.Tapi nabi saw seketika sebelum wafat bertanya kepada malaikat izrael atau jibril ketika itu apa yang Allah dah sediakan untuk baginda. Malaikat jawab pintu syurga dah terbuka, malaikat berbaris sambut ruh baginda, bidadari syurga pun dah sedia menanti kedatangan baginda tapi para wali nampaknya seolah-olah bertahap lebih tinggi dari nabi saw. Kadang-kadang para mata rantai(syeikh besar) tareqat mengatakan yang dialah bakal imam Mahdi akan datang. Peliknya tak lama kemudian dia mati dan kata-katanya tadi seolah hanya janji kosong. Pengikut rasa ditipu tapi kerana dah terlanjur ikut tareqat tersebut maka ia diteruskan juga. Banyak lagilah cerita yang tak dapat dinyatakan di sini yang saya pastinya tuan-tuan lebih arif lagi mengenainya. Ada tak senarai tareqat yang tidak difatwakan sesat oleh Majlis Islam se dunia kalau tak pun Majlis Islam kat Malaysia ni. Yang saya mahu bagaimana nak tajamkan rasa kehambaan kepada Allah nak nak jadi umat nabi yang berkualiti. Harap tuan-tuan bagi pendapat? Tq

  41. Assalamualaikum Tn Abu Mansur,

    Berdoa lah tuan dengan bersungguh sungguh minta di kabulkan , bertanya lah dan mintalah pertunjuk kepada Allah , Tarikat apa kah yang di izinkan Allah untuk tuan .
    Mudah mudahan tuan ber rezki. Kerana kita semua ada masing masing rezki yg sudah di tetapkan oleh Allah . Tidak ada paksaan dalam kita berugama. Alhamdulillah dengan tuan berminat untuk cari guru tarikat itu adalah satu pertunjuk yang amat jelas tuan berfaham ahli sunnah wal jemmah.Jalan yg di reda oleh Allah dan Rasul nya. amin.

  42. AS’SALAM KPD SAUDARA ABU MANSUR. bgus niat saudara utk mncari jln tarikat yakni jln kmbali kpd Allah. betul kata saudara pada zmn sekarang terlalu bnyk tarikat yg terpesong dri jln d bawa oleh rasulullah bahkan ada yg di tambah2. akn tetapi,perlu di ingt, d zman ini jga sebenarnya msih ada tarikat2 yg benar.bg pandangn saya,jikalau sudara benar2 ingin mncari jln utk kembali kpd Allah adalah lbh baik saudara bermunajat sndri dgn Allah,memohon supaya d temukan dgn tarikat yg benar2 di redhoi Allah jga yg lbh sesuai dgn diri saudara.krn manusia mgkin boleh memperdayakn sesama manusia,tp Allah sesekali tdk akn menipu hamba2Nya.. sebenarnya setiap tarikat itu ada tempoh msanya tertentu dan sesuai pda zaman2 tertentu walaupun tarikat itu msih berlangsung hinga sekarang. contohnya antaranya tarikat al-qhazaliah d ilhamkan kpd pengasas ketika itu bersesuaian dgn tempat dan suasana masyararakat ketika itu mngamalkanya. begitu jga tarikat2 lain. sbb setiap kaum dan tempat itu berbeza2 dan setiap masalah yg dihadapi setiap zaman dan keadaan itu jga berbeza2..walupun setiap tarikat itu semuanya tujuanya sama.tp,hasil dri peramalan tarikat itu membuahkan hasil yg tidak sama di anatara satu sama lain. jadi adlah lbh baik mencari tarikat yg sememangnya d khususkan utk kita pda zaman ini dan lbih sesuai di amalkan ketika ini…mudah2an kita tergolong dlm dlm golongn mendapat pentunjuk dariNya..amin sabaqol mufaridun..

  43. Assalamualaikum.
    Saya pernah di ijazahkan oleh TG HJ Wan Ahmad Wan Ni di Kg Ja Besar.
    Boleh tak Sdr Baba Syarif dpt maklumat ,adakah TG Hj Wan Ahmad Hj Wan Ni masih hidup?
    Terima Kasih.

  44. Izin Guru dan Ridha ALLAH,saya telah dikhatam dan menerima beberapa Izajah(Ijab Kabul),guru saya telah berpindah alam karena ALLAH namanya Ali Usman ketika hidupnya selalu menanamkan kesabaran,tawakal dan syukur atas nikmat ALLAH,pesannya di malaysia dahulu ada diutus tuan Syeikh Maulana Ma’mun bernama Syeikh Ismail,banyak yang ingin saya kabari kepada seluruh saudaraku Ahli Dzikir diseluruh dunia,tidak terkecuali di Malaysia.saya mencari kitab yang diamanahkan guru bernama” Sahibatul Qulub”.
    Pazkurni azkurkum………….(ALLAH….ALLAH…ALLAH……)

Tinggalkan Balasan ke al-humairah Batalkan balasan