Kenali 7 Tokoh Ulama Wahabi Malaysia???


Jais tolak 7 penceramah Wahabi?

Tujuh ilmuan Islam yang tidak diberikan tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) beberapa bulan lalu dipercayai kerana mereka disyaki membawa aliran Wahabi dan dekat dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Penolakan terhadap permohonan ketujuh-tujuh mereka, selepas diwawancara sebelum bulan Ramadhan lalu, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.

Malaysiakini difahamkan soalan-soalan tiga pegawai Jais yang menemuduga mereka menjurus kepada usaha menyelidik sikap mereka terhadap beberapa isu fekah dan akidah yang boleh dikaitkan dengan aliran Wahabi.

Soalan-soalan itu, antaranya, isu lafaz niat sembahyang, marhaban dibolehkan atau tidak, aliran teologi Ash-Shaari dan perdebatan isu 13 sifat-sifat Allah yang menjadi pengetahuan umum penganut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Ketujuh-tujuh diwawancara pada hari yang sama setelah permohonan mereka untuk mendapatkan tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) disokong ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Menurutnya, pada 19 Ogos lalu, Jais mengeluarkan surat menolak permohonan tauliah mengajar atau berceramah kepada tujuh pemohon ini.

Dalam persidangan DUN Selangor semalam, wakil rakyat PAS itu mendedahkan nama tujuh penceramah agama tersebut, yang dipercayai daripada aliran pemikiran agama yang sama, seperti berikut:

Fathul Bari Mat Jahya – kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Mohd Khairi Anwar Abdul Latif – BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Abdul Razak Mutalib – BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Muzairi Mustafa – BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana

Fathlan Mohd Osman – BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA

Dr Azwira Abd Aziz – BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madianah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM

Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi – BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA)

Saari, mantan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), mencadangkan anggota majlis fatwa dan ahli akademik ini dikecualikan daripada tauliah seperti diperuntukkan dalam bahagian kesembilan Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Dalam ucapan sama, beliau mendedahkan Fathul Bari pernah ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah, tiga tahun lalu.

Jais nafi tolak Wahabi

Fathul Bari, anak bekas mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin, dan Dr Azwira, ahli Majlis Fatwa Perlis yang pernah dicalonkan untuk memegang jawatan mufti di negeri itu, dikenali rapat dengan Dr Mohd Asri.

Bekas mufti Perlis yang kontroversi itu sering dikaitkan dengan aliran Wahabi walaupun beliau berkali-kali menafikannya.

Penangkapannya awal bulan ini, dan pendakwaannya di mahkamah minggu depan, atas kesalahan mengajar tanpa tauliah turut membangkitkan semula isu Wahabi.

Dr Azwira juga terlibat dalam Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM), kumpulan untuk membela Dr Mohd Asri yang turut disertai bekas menteri besar Perlis dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim.

KIMM mengemukakan lapan tuntutan, antaranya:

– Meminta layanan yang adil kepada semua pendakwah tanpa prasangka seperti menolak permohonan tauliah dan ceramah tanpa sebab.

– Meminta supaya dibuang senjata tuduhan Wahabi kepada golongan agama atau tokoh agama hanya kerana berbeza pendapat.

Kelompok ini juga mendesak stigma negatif terhadap aliran Wahabi, yang dipelopori Muhammad Abdul Wahab, dan ulama Arab Saudi dihentikan.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, ketua penolong pengarah Bahagian Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arshad menafikan ketujuh-tujuh ilmuan Islam ditolak tauliah mereka kerana disyaki beraliran Wahabi.

Jelasnya, permohonan itu ditolak kerana ia dibuat tanpa mengikut “prosedur mengisi borang” yang tepat, antaranya, ia seharusnya disokong oleh ketua jabatan jika kakitangan awam, penghulu atau ketua pegawai eksekutif jika bekerja swasta.

Permohonan melalui ADUN tidak mengikut peraturan, tambahnya. – Malaysiakini

14 responses to “Kenali 7 Tokoh Ulama Wahabi Malaysia???

  1. mace mana ore melayu buleh jadi wahabi…apa prinsip wahabidan apa prinsip AHLUSSUNNAH WALJAMAAH…Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah :
    1. Mengenal/ma’rifatul_Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
    2. Alam ini adalah bersifat baru.
    3. Iman ialah pembenaran /tasdiq, dan amalan solih adalah penyempurna iman.
    4. Menetapkan /tidak menafikan sifat-sifat ma’ani Allah.
    5. Al-Quran adalah Qadim /bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk. Allahu huwa Awwalu Akhiru wa Zahiru wa Bathinu
    الله هو الأول والأخير والطهير والبطين
    6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
    7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala mengampuni Insan yang dikehendakinya atau menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala di Akhirat.
    8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan terhadap makhluqnya. ***
    9. Qadha’ dan Qadar pada perbuatan-perbuatan (kasbi…hamba yang berbentuk ikhtiar. Kasbi dirujuk kamus bermakna USAHA. maknanya usaha jua adalah dalam Qada’ dan Qadar yang Allah telah Taqdirkan
    10. Allah yang menciptakan perbuatan (kasbi hamba yang berbentuk ikhtiar.
    11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi dan Rasulullah.
    12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
    13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
    14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar. Allah bersifat mohor Pengampun
    15. Syurga dan neraka adalah wujud. Keduanya kekal.
    16. imam agung bukanlah dari rukun Agama Islam .ini adalah hujjah dgn puak syiah
    Utama aqidah ahlus sunnah wal jamaah
    kalangan ahlus sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut abul hasan al-asya’ari dan al-maturidiyah, ya’ni para pengikut abu mansur al-maturidi. golongan ini muncul sewaktu khalifah al-mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari puak Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar.
    Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy’ari di Iraq dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri dekat sungai Furat.
    buleh baca tambahan dalam laman saya tazkirahinsani

  2. kenapa korg smue melabelkan dorg smue wahabi??sedangkan dorg sendiri xmengaku wahabi..dorg berpegang teguh pada ajaran sunnah wal jamaah..

    • .bukan kita menuduh org sesuka hati..tp buktinya sudah jelas..bahawa kebanyakkan mereka ini berpahaman wahabi…sebagai contoh mcm mana pula si asri itu boleh berkata yg Allah itu duduk sedangkan tiada hadis yang sahih yang menyokongnya…oleh itu renungkan lah….berpeganglah teguh pada Ahli Sunnah Wal Jamaah…

    • Mereka tak mengaku sebab mereka tak mengetahui mereka sedang dalam fahaman yg salah.Kerana amal ibadat nampak lebih kurang sahaja.Kena ada ilmu yg mendalam dalam banyak bidang agama untuk ketahui ini wahabi.Kena ada pertolongan Allah dalam faham,bukan setakat boleh baca kitab, buku dan boleh ceramah sahaja.Kena cekap sejarah puak2 dalam Islam ni dan sejarah lahir mereka.Sejarah ulama2 dan identiti mereka dalam masyarakat islam sedunia,setakat mana ilmu mereka dan bagaimana peringkat antarabnagsa menerima ulama2 ini dulu dan sekarang.Kena luas pembacaan,pemikiran juga.Tak boleh sempit untuk ketahuyi wahabi,Syiah.Muktazilah,ajaran2 sesat dsbgnya.wallahuaklam.

  3. lepas temuduga baru cakap tak ikut prosedur????.
    biasanya kalo x ikut prosedur awal2 lagi dah reject tak sempat interview.
    org jabatan agama pon dah pandai keluar kenyataan berbelit2

  4. Org2 wahabi tak berapa berkenan dan hurmati imam besar mazhab.Mereka rasa mereka lebih pandai Hadis di atas itu memang kena atas kepala org Wahabi.Tetapi mereka ini mengaku mereka ahli sunnah atau salafi,sebenarnya mereka ini wahabi.Chamkan mereka suka mebidahkan amalan2 semasa atau setempat,tak suka mazhab,tak suka tasauf tak berapa berkenan para wali allah,inilah wahabi.Mereka ini percaya tafsiran yg tersurat dan tak mengerti langsung yg tersirat.Pendek akal,ego,menyangka mereka benar,tak berapa faham ilmu2 yg mendalam dan tersirat.Mereka suka ibnu Qyyim dan Ibnu taimiyah dan Muhammad Abdul wahab.(Nabi pernah panggilnya Syaitan)Rujuk hadis sahih.Kerana pengaruh Syaitan inilah mereka jadi ego dan tak hurmat alim ulama sbelumnya atau kurang hurmat.walaupun nampak di luar mcm alim atau warak.Di dalam dada mereka tidak.Walau pun banyak fahaman Abdul wahab telah di sederhanakan namun pengaruh angin syaitan itulah yang membuat org2 wahabi ego dan tak sopan kepada alim ulama dahulu kala.Mereka ada ciri fahaman sesat fekah tau tauhid,tetapi tidak seterok Syiah.Hadis di atas memang kena atas kepala mereka.Jauhi ajaran Wahabi dan org Wahabi,jauhi dari fikiran2 liar yg sesat yg datang dari bukan ualam besar tetapi semut2 kecil yg di sangka ulama.Itu pun kalau anda mau dengar dan mau faham.

    • Ada hadith nabi saya pernah terbaca, Nabi SAW panggil mereka (Khawarij/Wahabi/Isis) ‘the dogs of hell”/Anjing2 Neraka. Sila semak.

    • Kedua- dua individu tu bukan lahir pada zaman Rasulullah SAW. Macamana baginda panggil mereka dengan gelaran sebegitu? Mohon pencerahan

  5. Asalamualaikum. Heran bin aneh, wahabi tak mengaku mereka tu wahabi. Agaknya mereka tidak sedar diri mereka wahabi. Tetapi kita jelas melihat dia tu wahabi. sebab mereka memakai Ideologi wahabi. Inilah kebodohannya. Kalau lembu menyangka diri dia kerbau takpe sebab dia lembu. Tapi wahabi bukan lembu, tapi akal macam lembu.
    mereke lebih selesa dengan gelaran salafi, sebab zaman salaf zaman terbaik. Tak dapat di ingkari. Kalau pakai Mohd bin Abdul Wahab jadi kontroversi. Al wahabi bukan imam besar. Alangkan imam besar hujjatul islam Al Ghazali, wahabi kata tak betul. Inikan pula anak Abdul Wahab. Orang wahabi tak pakai ulamak, tapi hanya Al Quran dan hadis, tapi dia pakai Ibnu Taimiyah. Lebih kurang macam syiah berbelit belit, yalah nak melepaskan diri.

Tinggalkan komentar