Tahlil Arwah: Perkara Khilafiah Yang Diperdebatkan


TAHLIL : PERKARA KHILAFIYYAH YANG DIPERDEBATKAN


Dalam bahasa arab, Tahlil bermaksud menyebut kalimah “syahadah” iaitu “La ilaha illa Allah”. Definisi ini dinyatakan oleh Al-Lais dalam kitab “Lisan Al-Arab”. Dalam kitab yang sama, Az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah syahadah[1].

Adapun makna tahlil mengikut pandangan masyarakat melayu adalah “amalan menyebut kalimah syahadah. Ianya di lakukan sebelum dari berdoa, dan kebiasaannya diamalkan selepas dari kematian atau untuk kesyukuran”

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran ini sering didebatkan secara ilmiyyah. Perdebatan ini bukan sekadar berlaku dikalangan manusia biasa, bahkan ianya didebatkan dikalangan ilmuan-ilmuan Islam.

Walaubagaimanapun, tulisan ringkas ini bukanlah untuk membela atau menghentam amalan yang diamalkan dikalangan masyarakat melayu ini. Tetapi ianya sekadar ulasan yang menggambarkan perkara perdebatan yang ianya adalah amalan yang masih dibawah ketagori khilafiyyah dikalangan ulama.

NABI TAK BUAT !!

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran sering diperdebatkan oleh sebilangan golongan yang mendakwa salafi atau wahabi. Golongan ini mendakwa, amalan tahlil adalah amalan yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW, Sahabat-sahabat, tabiin, tabii tabiin dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan, amalan tahlil arwah dan kesyukuran tidak pernah diamalkan Rasulullah SAW dan golongan salaf soleh, tetapi ianya tidak lepas dari perkara khilafiyyah dikalangan ulama dalam beristidlal atas keharusan mengamalkannya.

Melihat dengan alasan bahawa sesuatu amalan itu tidak boleh dilakuakan bersebabkan amalan itu tidak diamalkan oleh Rasulullah, maka jawapannya adalah, tidak semua amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang tidak boleh dilakukan.

Ini kerana, alasan yang menyatakan tidak boleh diamalkan sesuatu amalan yang tidak di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah bersumberkan kepada hadis nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami, maka amalan itu tertolak[2]”

Menurut Muhammad Syams Al-Haq al-‘Azim Al-Abadi didalam kitabnya “Aun Al-Ma’bud”, maksud dengan “sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami” adalah sesuatu amalan yang tidak disandarkan kepada kitab (al-Quran) dan As-Sunnah, samada berbentuk ZAHIR atau BATIN[3].

Maka dengan demikianlah, difahami disana ada sesuatu yang jelas dinyatakan berbentuk perbuatan, perkataan dan taqrir nabi secara zahir, tetapi disana terdapat juga pengambilan hukum secara batin, atau dikenali sebagai istinbat hukum dari Nas.

Didalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu nas itu diistinbatkan hukum dengan beberapa cara, samada dengan Ibarat an-nas, isyarat an-nas, dilalat an-nas atau iqtida’ an-nas[4]. Maka dengan demikian, dengan beberapa kaedah pengistinbatan hukum inilah dinamakan sebagai sandaran kepada Al-Quran atau hadis secara BATIN.

Oleh itu, sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, maka tidak semestinya amalan itu dikira sebagai amalan yang ditolak, bahkan kadangkala sesuatu perkataan, perbuatan atau taqrir nabi itu tidak dilakukan secara zahir, tetapi dapat difahami secara istinbat atas keizinan melakukan amalan tersebut.

Perkara ini berlaku adalah kerana, Baginda SAW merupakan seorang Nabi yang bercakap dengan kalam yang mempunyai banyak tafsiran, walaupun kadangkala, ianya adalah sekadar 5 kalimah sahaja.

Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya pembukuan Al-Quran, membina madrasah, mengarang kitab dan sebagainya, walaupun perkara tersebut tidak pernah berlaku dalam perhatian Nabi SAW.

Kemungkinan sebilangan manusia menganggap, amalan itu adalah amalan sahabat-sahabat Baginda SAW yang amalan mereka di iktiraf oleh Nabi SAW dalam satu hadis;

وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة قالوا وما هم يا رسول الله قال من كان على ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya;
“lagi akan berpecah ini umat kepada 73 puak, semuanya dalam neraka melainkan satu. Sahabat berkata; siapakah mereka Wahai Rasulullah SAW? bersabda Nabi SAW ; mereka yang atas jalanku dan sahabat-sahabatku[5]”

Dari hadis ini, mereka akan mendakwa bahawa amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, tetapi di amalkan juga oleh sahabat dikira sebagai amalan yang dibenarkan, disebabkan sandaran kepada hadis ini.

Diperhatikan balik, sahabat-sahabat adalah dikira sebagai mujtahid mustaqil, atau dinamakan juga dengan gelaran “Tabqah Al-Mujtahidin fi As-Syara’”. Maksud dengan mujtahid mustaqil adalah;

وهوالذي استقل بوضع قواعده لنفسه، يبني عليها الفقه

Maksudnya;
“ia adalah orang yang bersendiri dengan meletakan kaedah-kaedahnya bagi dirinya dan terbina fiqh daripadanya[6]”

Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Fatawa Maasirah”, serta menamakan sebilangan mujtahid-mujtahid dikalangan sahabat, seperti Abu Bakar As-Siddiq, Omar Al-Khattab, Ibnu Omar dan sebagainya[7].

Maka dengan demikian, amalan yang dilakukan oleh sahabat merupakan satu isyarat yang perlu dipelajari, bahawa di sana terdapat kaedah-kaedah istinbat yang dilakukan oleh sahabat. Maka dengan sebab itulah, maksud hadis ini adalah, hendaklah kita mengikut kaedah-kaedah istinbat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW serta kaedah-kaedah pengistinbatan hukum yang dilakukan sahabat-sahabat Rasulullah SAW

Maka dari ini, difahami bahawa, tidak semua amalan yang tidak dilakukan oleh rasulullah SAW sebagai di tolak, tetapi yang dimaksudkan dengan amalan yang ditolak adalah amalan yang yang bercanggah dengan sandaran penghujahan Nas, samada secara zahir atau secara batin.

DOA TIDAK SAMPAI KEPADA SI MATI

Sebilangan penganalisa fiqh menyatakan, doa kepada si mati tidak sampai dengan beberapa alasan. Antara alasannya adalah, bersandarkan kepada hadis Nabi SAW;

إذا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلا من ثَلَاثَةٍ إلا من صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أو وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له

Maksudnya;
“apabila seorang insan, maka terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya[8]”

Maka dari hadis ini, Baginda SAW menyatakan bahawa, doa yang sampai kepada si mati adalah doa yang dilakukan oleh anak si mati sahaja, tidak orang lain, disebabkan hadis ini dengan jelas menyatakan demikian.

Persoalannya adalah, adakah doa orang yang tidak terlibat hubungan dengan si mati, apabila mereka berdoa, doa mereka tidak diterima oleh Allah?

Jika diperhatikan kepada hadis-hadis yang lain, didapati Baginda SAW pernah mengajar doa-doa yang perlu dibaca untuk si mati.

Antara doa-doanya adalah;

عن عوف بن مالك أنه قال صلى النبي (ص) على جنازة فسمعته يقول اللهم اغفر له وارحمه واعف عنه

Maksudnya;
“Daripada Auf bin Malik, sesungguhnya dia berkata; Nabi SAW telah menunaikan solat atas satu jenazah, aku mendengar Baginda SAW berkata; Ya Allah!! ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkan dia ………..[9]”

Dari hadis ini dapat di istinbatkan bahawa, doa kepada si mati ini sabit dari hadis baginda SAW. maka dengan demikian, dakwaan yang mengatakan doa kepada si mati tidak sampai, maka itu merupakan tindakan melihat kepada zahir nas, tanpa dilihat dari sudut batin nas.

MENGAPA TIDAK TERUS BERDOA SAHAJA?

Ada juga sebilangan manusia yang mendakwa, jika demikian, mengapa perlu mengucapkan tahlil dahulu, kenapa tidak terus berdoa sahaja.

Dalam kitab “At-Tawassul” karangan As-Syaikh Albani menyatakan, bertawassul yang diizinkan dalam syarak adalah tawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah, tawassul dengan amalan soleh dan tawassul dengan doa orang yang soleh (yang masih hidup)[10].

Daripada tawassul-tawassul yang dinyatakan ini, antara tawassul yang disyariatkan berdasarkan kepada pendapat Albani adalah tawassul dengan amalan soleh.

Amalan tawassul dengan amalan soleh ini adalah disandarkan kepada hadis yang panjang, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lainnya, daripada Abdullah bin Omar berkata, bahawa Aku dengar Rasulullah SAW bersabda;

انطلق ثلاثة رهط ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه ، فانحدرت صخرة من الجبل ، فسدت عليهم الغار ………………… فانفرجت الصخرة فخرجوا من الغار يمشون

Maksudnya;
“tiga orang sebelum dari kamu telah masuk dalam satu gua dan bermalam dalamnya, lalu telah jatuhlah sebiji batu besar daripada bukit, maka tertutuplah pintu gua tersebut ……………….. … lalu memacar keluarlah batu itu, lalu mereka berjalan keluar daripada gua tersebut[11]

Jika dilihat kandungan hadis ini adalah, berkenaan dengan tiga orang lelaki yang telah terperangkap didalam gua. Lalu, untuk membuka pintu gua yang tertutup dengan batu besar itu, maka mereka berdoa dengan Allah SAW disamping bertawassul dengan amalan soleh yang mereka telah lakukan. Apabila selesai tiga orang itu menceritakan amalan baik mereka sebagai tawassul dengan amalan soleh mereka yang disertai doa, maka pintu gua yang tertutup itu telah terbuka dengan berkat doa mereka yang disertai tawassul amalan soleh mereka itu.

Sesungguhnya antara amalan soleh yang dii’tiraf oleh Islam adalah mengucapkan kalimah syahadah, atau dinamakan sebagai tahlil.

Didalam hadis, Nabi SAW pernah menyatakan;

يخرج من النار من قال لا اله الا الله

Maksudnya;
“orang yang menyebut “la ilaha illa Allah” akan dikeluarkan daripada neraka[12]”

Hadis ini menyatakan tentang keselamatan mereka menyebut kalimah syahadah dengan diselamatkan mereka dari api neraka. Dengan jaminan ini menandakan bahawa, menyebut kalimah syahadah ini merupakan amalan soleh yang dii’tiraf oleh Allah SWT.

Maka dengan demikian, apabila seseorang yang mengadakan tahlil arwah, mereka berzikir dengan mengalunkan kalimah syahadah terlebih dahulu, kemudian mereka berdoa, maka amalan itu tidak bercanggah dengan syarak, disebabkan bertahlil itu sebagai cara bertawassul kepada Allah untuk memustajabkan doa yang hendak ditujukan kepada si Mati.

PENUTUP

Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk mempertahankan amalan tahlil arwah, tetapi ianya lebih kepada menyatakan bahawa, amalan ini masih lagi dalam perkara khilafiyyah dikalangan ulama.

Segala ulasan ini bukanlah bermakna ianya adalah sesuatu yang qatii, tetapi ianya adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak lepas dari berlaku khilafiyyah.

Mungkin ada pertanyaan, sekiranya tulisan ini untuk menyatakan perkara khilafiyyah dalam amalan tahlil arwah, mengapa ianya tidak disertakan juga hujjah-hujjah mereka yang mengatakan larangan bertahlil arwah. Jawapannya adalah, disebabkan di dunia alam maya ini, sudah ramai yang berhujjah atas larangan, maka kali ini, tulisan ini sekadar menyatakan pandangan golongan yang menyatakan ianya adalah amalan yang dibenarkan oleh syarak.

Pun begitu, pada pandangan penulis, lebih baik tidak dilakukan amalan tahlil arwah ini. Ianya adalah kerana, amalan ini tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan golongan dulu. Walaupun begitu, penulis tetap mengambil sikap, untuk menghormati pandangan ulama yang menyatakan kebenaran melakukan amalan ini.

Dalam menghadapi perkara khilafiyyah ini, tidak perlu kita “berkepala batu”, seperti yang dilakukan oleh sebilangan puak dan golongan. apa guna kita “berkepala batu” perkara khilafiyyah, tetapi dalam masa yang sama, serangan musuh-musuh Islam kepada kita tidak berkesudahan. Agama Islam menjadi agama yang dihina oleh musuh-musuh Islam.

Perkara yang paling perlu “dikepala batukan” adalah dalam perkara yang bersangkut dengan perkara yang disepakati oleh ulama, seperti perlaksaan undang-undang islam didalam sesebuah Negara, isu murtad, syirik dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah dan sebagainya.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah dan tidak putus-putus untuk mengharapkan kemenangan islam sehinggakan Islam menjadi agama yang memerintah bukan diperintah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Lisan Al-‘Arab : 11/701.
[2] Sahih Muslim : 3/1343 : hadis no : 1718.
[3] Aun Al-Ma’bud : 12/233. dan Faid Al-Qadir : 6/36.
[4] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/349-355.
[5] Kanz Al-‘Ummal : 2/177 : hadis no : 4382.
[6] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 1/45.
[7] Fatawa Muasirah : 2/112.
[8] Sahih Muslim : 3/1255 : hadis no : 1631.
[9] Nihayah Az-Zain : 1/158.
[10] At-Tawassul : 1/29-38
[11] Sahih Al-Bukhari : 2/793. hadis no : 2152.
[12] Sahih Ibni Hibban : 16/528 : hadis no : 7484.

30 responses to “Tahlil Arwah: Perkara Khilafiah Yang Diperdebatkan

  1. Perkaro hilafiah x soh dok pertilai lah manoo-mugo amalan yang baik hok ore rama boleh buat ke molek tuu buak ngapoo dok tolok-

  2. salam…
    boleh ustaz baba tolong ulas pulak pasal TALKIN…
    di kg isteri ambo (rahsia) demo ni buat tahlil..tapi talkin tidak…kerana kata TOK AYH situ, takdok hadis yg sahih yg mengatakan nabi pernah buat talkin..
    yg ada adalah nabi suruh talkin royat ke ore tg nazak tu ucaplah LA ILAHA ILLALLAH…
    TOK AYAH kate, mmg ade satu hadis tu kate nabi talkin, tapi hadis tu daif..
    betul ker ustaz?

    • cuba rujuk dalam kitab bulughul muram-karya ibnu hajar, bab jenazah ada hadis soheh riwayat muslim yangbermaksud”talqinkanlah orang yang mati dikalangan kamu dengan la ilaha illallah”, saya nak fokuskan disini lafaz al-mauta dalam hadis, cuba rujuk kamus/mu’jam apa makna al-mauta?, tntu kita jumpa hanya makna “orang mati”, lalu kenapa Rasul memerintahkan demikian?, talqinkan orang yang mati?, panjang huraiannya..sila rujuk pada tulisan saya sebelumnya.wallahu ‘alam

  3. Dari Abu Said dan Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tuntunlah orang yang hampir mati di antara kamu dengan Laa ilaaha illallah.” Riwayat Muslim dan Imam Empat.Telah berkata Imam Nawawi (Imam mazhab kita), “MAUTAKUM” ertinya ketika nazak, iaitu disebut La ilaha illallah supaya ia menjadi kalimah terakhir untuk si mati. Sabda Rasulullah s.a.w “sesiapa diakhir katanya ( la ilaha illallah)maka syurga baginya”.riwayat Ahmad n abu Daud.Tapi dah menjadi adat kita talqin selepas tanam si mati.Imam Syafi’iyah memberi maksud talqin adalah ajarkan kepada si mati sebelum dia meninggalkan dunia ini dgn kalimah agung “la ilaha illallah”. kita semua bersaudara, hargailah persaudaraan ini kerana ianya dii’tiraf didalam al Quran. Allah A’lam

  4. Salam… Tahniah ustaz, kerana gigih memperjuangkan sunnah dan kebenaran. Cuma… kenapa blog ni nampak makin kelabu samar2…. 🙂

    • wassalam ustazah, insyaallah selagi lagit dijunjung selagi bumi dipijak…..dah kelabu sbb rasa makin menarik dari hitam yang lama tu..hehe….nanti ada tema yang lain lebih menarik..ambo kan tukar…

  5. Laksanakan yg jelas dari Rasulullah. Yang samar2tinggalkanlah. Yang jelas Rasulullah dan sahabat x pernah melakukannya. tafsiran tersohor “ajarkanlah (talqinkan) org2 y mati ” ialah maksudnya org yg sedang hadapi kematian (nazak). Nak tafsir secara literal juga x d masalah.Dlm soal ibadah, Rasulullh telah mengajarkannya dengan lengkap, sempurna dan terperinci. jgnlah ada yg menokok nambah, dikuatiri batil dan tertolak. Nak bertahlil..biarkanlah, tetapi alangkah baiknya ikut saja cara Rasulullah dan sahabat. Jgn sampai berbalah yg diharamkan.

  6. Aswt,
    Buat aponya! Nabi saw tak buat & sahabat pun tak buat. Buat apa nak buatnya! Adakah kita lebih alim & takwa drp sahabat.

  7. bab akhir zamanmakanan beredar dalam majlis TAHLIL…UN
    Seorang bocah perempuan membawa lari singa, maka tidak membahayakannya. Serigala di tengah-tengah kambing adalah dia itu bagai anjing yang menjaganya -yakni: bersahabat-. Bumi dipenuhi kedamaian, sebagaimana bejana dipenuhi oleh air. Hanya ada satu ungkapan: Tidak boleh disembah kecuali kepada Allah dan perang berhenti/selesai. Orang Quraisy kerajaannya dirampas. Dan bumi adalah bagaikan piring besar dari perak, yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya di masa Adam, sehingga suatu kaum berkumpul/merubung setandan anggur, maka dapat mengenyangkan mereka. Dan suatu kaum merubung buah delima, maka buah itu dapat mengenyangkan mereka. Lembu hanya seharga harta begini, begitu.

    Dan kuda hanya beberapa dirham”. Mereka “para sahabat” bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan harga Kuda murah .”. Beliau menjawab: “Karena dia tidak dipakai/dinaiki untuk berperang selama-lamanya”. Ditanyakan kepada beliau saw.: “Lalu apa yang menyebabkan lembu harganya mahal.”.

    Beliau menjawab: “Dia dipakai’ untuk membajak tanah semuanya. Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal selama 3 (tiga) tahun kekeringan yaitu: Manusia mengalami musibah kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan langit, pada tahun yang pertama, agar ia menahan 1/3 (sepertiga) hujannya, dan memerintahkan bumi agar. menahan 1/3 (sepertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian memerintahkan langit, pada tahun kedua, agar ia menahan 2/3 (dua pertiga) hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan 2/3 (dua pertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit, pada tahun ketiga, maka ia menahan hujannya semuanya, lalu tidak meneteskan sama sekali.

    Dan memerintahkan bumi, maka ia menahan tumbuh-tumbuhannya semuanya, lalu ia tidak menumbuhkan tetumbuhan yang hijau sama sekali, lalu tidak ada tersisa binatang-binatang yang mempunyai kuku berbelah kecuali musnah, melainkan -pa yang dikehendaki oleh Allah”. Ditanyakan kepada beliau: “Lalu apa yang menyebabkan hidupnya manusia pada zaman tersebut.”. Beliau menjawab: “Yaitu bacaan: Tahlil, takbir, tasbih, tahmid, dan yang demikian itu berjalan pada mereka seperti jalannya makanan”. Abu ‘Abdullah berkata: Saya mendengar Abul-Hasan Ath-Thanafisiy mengatakan:

    Saya mendengar ‘Abdur-Rahman Al-Muharibiy mengatakan: Seyogyanya hadis ini diserahkan kepada seorang pendidik, sehingga dia mengajarkannya kepada anak-anak dalam pengajaran.
    BANTU MUSLIM DAN MANUSIA…

  8. Sekiranya sedekah yaasin untuk si mati tak sampai , kenapa kita baca al faatihah dan sedekah pada Rasuluklah saw? m apa kah salah kalau umat islam dudk bersama melafaz kalimah laa ila haillallah? Sedangkan duduk beramai ramai tengok bola atau mentelaah buku tidak dijadikan issu?

    Saya setuju Rasulullah saw tidak buat tahlil, tapi dari berkumpul makan kosong, berbicara kosong dan penuh dusta, salahkan kita berkumpul dengan niat untuk mendoakan orang yang kita kasihi dengan majlis zikir? membaca yaasin itu sudah pahala, apatah lagi melafazkan kalimah nafi isbat…laa ila haillallah.

    Sekarang kita timbul pula puasa Rejab itu tak boleh, kerana tak dibuat..segala yang baik menjadi haram, sedangkan yang haram makin lebih berleluasa, tengok prono atau melalukan hubungan songsang tidak dibahas seperti mengharamkan tahlil pulak, sekarang juga timbul isu tudung tidak ada dalil didalam Al Quran, sibuk kerana berkeras untuk tidak melakukan perkara yang tidak dialkukan oleh nabi saw dan sahabat.

    mereka juga tak naik kereta, mengerjakan haji lebih seklai, atau umrah berpuluh kali…tapi ummat kita buat haji lebigph dari seali, pergi umrah macm holiday…tak pula dibahas kata NABI TAK BUAT

  9. Nabi adalah insan yg maksum. Setiap amalan yg dtg darinya adalah benar dan dijamin selamat. Khilaf ulamak yg mengatakan tahlil arwah adalah bidaah adalah sesuatu yg belum pasti. Boleh jadi mereka betul dan boleh jadi mereka salah. Begitu juga bagi ulamak yg mengatakan tahlil arwah ini harus atau sunat juga begitu. Jadi ada 2 kaedah yg boleh kita ambil dlm beramal dgn sesuatu yg khilaf ni iaitu contoh Nabi, Sahabat dan golongan salafussoleh.

    1) Nabi buat dan kita ikut buat/ nabi tak buat tapi kita ikut khilaf yg mengatakan boleh. Maka tahap keselamatan kita adalah belum pasti. Mungkin boleh dan mungkin tidak.

    2)Nabi buat dan kita ikut buat/ nabi tak buat dan kita pun ikut tak buat. Maka rasanya kita berada ditahap 100% selamat.

    Tidak dinafikan ada khilaf yg benar2 asli dimana ianya bersandarkan dalil khusus dimana hadith yg mempunyai tafsiran berbeza. Tetapi dlm bab tahlil ni tiada dalil khusus dimana saya pendapat khilaf berkenaannya agak kurang ‘genuine’.

    Itu pandangan peribadi sy yg tersangat cetek ilmu didada dan sentiasa berazam utk menjadi umat nabi yg sentiasa mengikut sunah. Lagipun saya melihat hujah bagi golongan yg mengatakan tahlil arwah ni dibolehkan agak kurang kuat kerana bnyk bersandarkan Qias ataupun dalil umum. Ada juga yg hanya mengandaikan perkara ini tergolong dlm perkara baik dan terpuji dan bergantung kpd niat yg baik sedangkan pengandaian sedemikian tidak boleh digunakan sebagai hujah dlm penetapan sesuatu hukum didalam bab Fiqh Ibadat Khusus. Lagipun niat yg baik perlu dgn cara yg baik juga. Dan istilah baik itu bukanlah mengikut pada fikiran dan pendapat kita tapi baik menurut Allah dan Rasul. Maka sekiranya perkara ini baik sudah tentu nabi dan sahabat akan mendahului kita mengamalkannya.

    Pernah terbaca artikel tentang tahlil arwah dimana dikatakan Wali Songo adalah org yg bertanggungjawab memperkenalkan ritual ni. Dikatakan dalam usaha dakwah beliau memperkenalkan islam di tanah jawa beliau menghadapi kesulitan utk membuang ritual meratapi kematian masyarakat yg beragama Hindu pd masa itu.Jadi beliau telah mengambil beberapa ayat Quran dan zikir2 lalu disusun menjadi satu kaifiyat bagi menggantikan bacaan ritual agama hindu tersebut. Saya juga pernah mendengar ceramah dari seorang bekas pengamal agama hindu di Indonesia yg mengatakan amalan tahlil arwah adalah mirip dgn ajaran kitab Weda hindu dimana penetapan hari 1,3,7,40 sehingga 1000 dimana ritual kenduri diadakan. Cerita sebegini mungkin ada benarnya memandangkan jika diamati tahlil arwah ni cuma ada diwilayah nusantara shj(M’sia,Indon,Singapore dan Brunei) manakala negara2 islam yg lain tidak ada. Dan jika benar dakwaan tersebut maka sudah tiba masanya utk kita meninggalkan perkara tersebut kerana ianya adalah perkara rekaan manusia yg tidak diberikan hak dan bukan dari ajaran nabi. Jika amalan yang kita kerjakan itu bukanlah ajaran yang diajarkan oleh nabi, sesungguhnya kita sedang merosakkan islam.

    Mohon maaf jika ada yg tidak senang dgn coretan saya ini. Sesungguhnya tiada niat saya utk memperkecilkan atau mempertikaikan pendapat mana2 pihak. Hanya sekadar suka untuk berkongsi pandangan sambil mengajak saudara2 se agama berfikir dan mencari jalan yg paling selamat demi kehidupan di akhirat kelak. WallahuTaala A’alam

  10. Alhamdulillah, terima kasih, dengan taufiq dan hidayah Allah swt ana sudah paham, alangkah indahnya kalau semua orang yang bertahlil paham akan pekara ini

  11. Adakah Bid’ah Hasanah?

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَ كُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

    Artinya: “Jauhilah perkara-perkara yang baru, karena sesungguhnya setiap yang baru adalah perbuatan BID’AH dan setiap BID’AH adalah KESESATAN dan setiap KESESATAN di dalam NERAKA”[1].

    Jadi, tidak ada di dalam Islam bid’ah hasanah dan bid’ah buruk, karena lafadz: كُلُّ di dalam hadits di atas menunjukkan keumuman dan keluasan, oleh karena itu setiap bid’ah di dalam agama sesat tanpa ada pengecualian dari sisi-sisinya, hadits ini senada dengan firman Allah Ta’ala:

    {كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ} [آل عمران: 185]

    Artinya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati”[2].

    Apakah mungkin ada yang akan mengatakan: “Bahwa sebagian manusia ada yang tidak akan mati?!”, lebih lagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memulai pernyataan beliau dengan peringatan: “Jauhilah perkara-perkara yang baru”, apakah mungkin bersamaan dengan semua ini bahwa beliau menginginkan hanya sebagian bid’ah?

    NAH SEKARANG PILIH, NAK IKUT SIAPA.
    TAHLILAN KEMATIAN TIDAK PERNAH DIBUAT OLEH NABI DAN SALAFUSSOLEH.
    QIAS TAK BOLEH DIGUNA PAKAI UNTUK MENGHALALKAN TAHLILAN KEMATIAN KERNA ZAMAN NABI DAN SALFUSSOLEH SUDAH ADA CONTOH MENGURUSI SITUASI KEMATIAN.

    NAK BUAT JUGAK ?……..SENDIRI PIKIRLAH !!!.

  12. sebaik-baik akhlak adalah akhlak nabi, sebaik2 muamalat adalah muamalat nabi, sebaik2 gaya hidup adalah gaya hidup nabi, begitu juga dalam soal pengibadatan, nabi muhammad lah yang paling baik, paling lengkap pengibadatannya, apakah perlu lagi ditokok tambah, bukankah mudah dengan mengikuti apa yang telah dilakukan oleh baginda, mengapa perlu melakukan sesuatu yang nabi tidak buat, buatlah amalan sunnah yang jelas, jangan sampai melakukan sesuatu yang membelakangkan sunnah (konteks umum), mudah2an kita semua diberikan taufiq dan hidayah

  13. Ikut Sunnah Nabi SAW – ada jaminan, tapi kalau ikut hak Nabi SAW tidak buat, tiada jaminan amalan diterima (bahkan ada hukum yang melakukan bid’ah adalah sesat). Manusia yang cerdik akan memilih melakukan perkara yang ada jaminan diterima daripada melakukan perkara yang tidak pasti.

Tinggalkan Balasan ke khalifaf Batalkan balasan