SOLAT QOBLIYAH JUMA’AT TIDAK SUNAT?


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ustaz Raof, ana berharap al-Fadhil ustaz dapat menulis berkenaan dengan SOLAT QABLIYYAH Jumaat. Apa yang ana perhatikan sekarang …. selain daripada serangan puak Wahabi yang mengatakan itu adalah bid’ah .. terdapat juga ustaz-ustaz yang lebih mengelirukan lagi yakni …. suruh digantinya sbg sunat antara dua azan atau sunat muthlaq. Celaru! celaru! Yang menjadi mangsanya adalah masyarakat yang jahil akan agama dan terlebih lagi bagi yang tiada mahu belajar. Ataupun pun belajar dari mereka yang tidak benar susur galur ilmunya.Kalau dapat ustaz tulis satu artikel yang tuntas tentang perkara tersebut terlebih baik. Mereka jahil tentang b’mana para ulama’ mu’tabar mengambil dalil. Wslm.
Abdullahtahir

Jawapan.
Waalaikumussalam.

Mengenai sembahyang sunat qobliyah atau sembahyang sunat sebelum jumaat, adalah ditegaskan bahawa ia adalah sunat dikerjakan . Menurut fatwa Mazhab Syafie adalah sunat hukumnya sembahyang qobliyah juma,at. Bukannya harus atau perlu diniatkan sunat mutlak atau sebagainya untuk mengelakkan kalau nanti berniat qobliyah juma,at nanti jadi bid’ah , berdosa sebab tidak ada hadis nya. Bermacam-macam fatwa mazhab yang tidak dikenali yang timbul sejak akhir-akhir ini yang memeningkan kepala pendengar . Yang tidak sedap didengar lagi ,sampai ada yang bersikap tak acuh, apabila disebut saja kalimat Mazhab , terus menjawab ooh, itu mazhab kata… seolah-olahnya mazhab hanya tempat rujukan orang tidak berapa cerdik, sementara yang cerdik-cerdik pula jangan disebut-sebut mazhab, nanti dianggap golongan tidak berpendidikan, tidak tahu dalil dan hujjah , tidak mahu menggunakan akal fikiran , hanya mengikut saja fikiran orang tanpa usul periksa.

Berikut adalah jawapan yang lengkap:

Menurut kitab fikah dalam Mazhab Imam Syafie , Al Allamah Al Baajuri menyebut :

والجمعة كالظهر فيما يسن لها فيسن قبلها أربع وبعدها أربع. ….حاشية الباجورى على فتح القريب
“Dan sembahyang Jum’at adalah (diqiyaskan) seperti sembahyang Zuhur pada perkara yang di sunatkan padanya, maka disunatkan sebelumnya empat rakaat dan selepasnya empat rakaat”.

Jika difahamkan ibarat kitab fekah Baajuuri ini, sembahyang Juma’at adalah diqiyaskan kepada sembahyang Zohor. Sembahyang Zohor disunatkan qobliyah maka sembahyang juma’at juga disunatkan atas dasar qiyas kepada Zohor yang mempunyai hadis. Maka qobliyah juma’at disunatkan berdalilkan qiyas sebab tidak mempunyai hadis .Disebabkan zahir kebanyakan ibarat kitab-kitab fekah mazhab menyebut sebagaimana ibarat Al-Baajuri diatas mungkin menyebabkan ada sebahagian orang yang merasakan berdalilkan qiyas tidak kuat terus diklimkan qobliyah tidak sunat. Mungkin juga setelah dicari dalil-dalil yang lebih kuat, mungkin didalam al quran atau dalam hadis, dicari-cari tidak berjumpa. Lalu dianggaplah qobliyah tidak sunat sebab tidak ada dalam hadis?.

Padahal para ulamak Mazhab telah menukilkan dalam kitab-kitab fikah Mazhab dalil-dalil qobliyah daripada hadis-hadis, tidaklah semata-mata qiyas sahaja. Cuba lihat beberapa nukilan hadis dibawah ini.

بين كل أذانين صلاة …3 مرة…. لمن شأ. …… متفق علبه
“Diantara setiap dua azan terdapat satu sembahyang. Tiga kali diulang Nabi s.a.w. kemudian nabi menyambung.. bagi sesiapa yang mahu”… riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
ما من صلاة مفروضة الا وبين يديها ركعتان. …ابن ماجه
“Tiada dari satu sembahyang yang difardhukan melainkan sebelumnya terdapat dua rakaat sembahyang”…. Riwayat Ibnu Majah.

Dua hadis tersebut adalah Sahih dan memahamkan terdapat satu sembahyang diantara azan dan iqomah termasuklah sembahyang juma’at . Sembahyang tersebut dinamakan Sunat Qobliyah atau sembahyang sunat sebelum atau selepas setiap sembahyang fardhu.
Jika dikatakan hadis tersebut tidak menyebut Qobliyah Juma’at ?. Jawabnya , sudah memadai dengan hadis tersebut sebagai dalil Qobliyah Juma’at kalau mahu. Tapi kalau mahu yang lebih jelas lihatlah pula hadis :

جأ سليك ن الغطفانى و رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب فقال له النبى صلى الله عليه وسلم أصليت ركعتين قبل أن تجئ ؟. قال لا , فصل ركعتين و تجوز فيه

Sulaik al-Ghotafani sampai ke Masjid padahal Nabi s.a.w sedang berkhutbah (juma’at) . Maka bersabda Nabi s.a.w kepada Sulaik : Adakah sudah engkau sembahyang dua rak’at sebelum engkau datang hai Sulaik ?. Menjawab Sulaik: Tidak lagi. Sabda Nabi : sembahyang lah dua rak’at dan ringkaskan.. .. hadis riwayat Ibnu Majah.
Mulla Ali al-Qoori mengulas:
وقوله قبل أن تجئ يدل على أن هاتين الركعتين سنة للجمعة قبلها وليستا تحية للمسجد

Sabdanya Nabi s.a.w ( Sebelum Engkau datang) menunjukkan atas bahwa dua rakaat sembahyang tersebut adalah sembahyang “sunat Qobliyah jumaat” , bukannya “Tahiyyat masjid” .

Mengenai sanad hadis ini:

Sheikh Abdul Qoder Al-Mandeli menyebut dalam kitab “Pertunjuk bagi umat pada menerangkan dalil-dalil bagi sembahyang sunat Qobliyah bagi Juma’at” , Imam Ibnu Mulaqqin mengulas mengenai isnad hadis ini :


Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah didalam kitab Sunan beliau daripada Daud bin Rashid daripada Hafas bin Ghiyas daripada Al-A’masy daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah dan Abi Syufian (Talhah bin Nafi’) daripada Saidina Jabir r.a . Semua perawi –perawi hadis ini adalah para perawi yang disebut nama mereka dalam isnad Imam Al-Bukhari . Maksudnya perawi hadis ini adalah perawi hadis Al-Bukhari kecuali Talhah bin Nafi’ , beliau adalah hanya perawi hadis Muslim.

1.Mengenai Daud bin Rashid , Ulamak hadis beliau sebagai Adil lagi Hafiz. Imam Ad Daaruquthni berkata mengenai beliau sebagai Thiqoh lagi Naabil ( Yang Amanah lagi Pintar).
2.Mengenai Hafas bin ghiyas , beliau merupakan seorang Kadi negeri Kufah . Imam An- Nasaie mengatakan beliau sebagai Thiqoh (Amanah). Ibnu Mu’in dan ulamak-ulamak lain menerimanya.
3.Mengenai Al-A’masy, maka tidak perlu dipersoal lagi berkenaan beliau sebab telah maklum pada sisi ulamak hadis nama ini sama juga dengan Abi Soleh telah maklum .
4.Mengenai Abi Syufian (Talhah bin Nafi’) Imam Muslim telah mengiktiraf dan menjadikannya sebagai “Hujjah” dalam Sahih Muslim.Imam Ahmad berkata “ tiada mudarat dengan beliau”.

Kesimpulannya periwayat-periwayat hadis ini adalah Thiqoh .

Kalau tak mau pakai juga ulasan Mulla Ali al-Qori tersebut , tanpa memanjangkan perbahasan demi utuk memuaskan hati lagi lihat pula satu hadis yang jelas menyatakan Qobliyah jum’at pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w:


صحيح ابن حبان بترتيب ابن بلبان

ذكر البيان بأن المصطفى صلى الله عليه وسلم كان يصلى الركعات التى وصفناها فى بيت لا المسجد

أخبرنا أبو خليفة , قال : أخبرنا مسدد بن مُسَرْهَد , قال حدثنا اسماعيل قال أيوب , عن نافع قال

كان ابن عمر يطيل الصلاة قبل الجمعة ويصلى بعدها ركعتين فى بيته , ويحدِّثُ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفعل ذالك.

Adalah Ibnu Umar r.a memanjangkan sembahyang Qobliyah Juma,at. Beliau sembahyang selepasnya 2 raka’at.

Beliau bercerita bahawa adalah Rasulullah s.a.w melakukan sedemikian.

Mengenai sanad dan martabat hadis ini:

Sheikh Shuib Arna’ut juga mengulas dalam tahkik beliau pada

kitab Sahih Ibnu Hibban

قال شيخ شعيب الأرنؤوط
اسناده صحيح على شرط البخارى , اسماعيل : هو ابراهيم بن علية . وأخرجه أبو داود (1128) فى الصلاة: باب الصلاة الجمعة , و من طريقه البيهقى 3\240 عن مسدد بن مسرهد , بهذا الاسناد . وصححه ابن خزيمة(1836) وأخرجه عبد الرزاق (5526) , أحمد 2\35 عن معمر , والنسائ 3\113 فى الجمعة : باب اطالة الركعتين بعد الجمعة , من طريق شعبة , كلاهما عن أيوب , به نحوه . و أخرجه أحمد 2\75 و 77 من طريق عبيد الله , عن نافع , به مختصرا . وانظر تخريج الحديث ( 2353) .

Syekh Shuib Arna’ut mengulas:

1.Isnad hadis adalah Sahih atas syarat Al-Bukhari. Ismail adalah Ibrahim bin Alliyah.
2.Abu Daud telah mentakhrijkannya (1128) dalam kitab al-Solah : Bab sembahyang jum’at.

Dari jalannya Imam Baihaqi meriwayatkan dari Musadad bin Masrahad dengan melalui sanad ini juga (3/240)3.Ibnu Khuzaimah telah mensahihkannya (1836).4.Abd. Razak telah mengeluarkannya (5526).5.Imam Ahmad (5526) dari Ma’mar.6.Imam Nasaie (113/3) dalam “Al-Jum’at” : bab memanjangkan dua raka’at selepas juma’at.7.Kedua Imam (Ahmad dan Nasaie) meriwayatkan dari Thoriq Ayub. 8.Imam Ahmad juga ada meriwayatkan hadis ini dari thoriq Ubaidillah dari Naafi’ secara ikhtisar (ringkasan). Lihatlah takhrij al-hadis (2353).Kesimpulannya hadis riwayat Ibnu Hibban tersebut adalah Sahih

http://pondoktampin.blogspot.com/

Bidaahkah Qunut Subuh?


Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab’ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu’ syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

“Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi’in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud.”

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

“Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai”

Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

“Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya”

Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.

ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

“Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya.” Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu’jil.3,hlm.505 maksudnya:

“Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya ‘sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia’
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya.”

Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

“Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat.”

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

“Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka.”

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja’i, maksudnya:

“Dari Abu Malik Al-Asja’i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:”Wahai anakku, itu adalah bid’ah.” Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa’i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid’ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

“Almuthbitu muqaddimun a’la annafi”

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu’ jil.3,hlm.505, maksudnya:

“Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka”

Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul ‘Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:”Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu.”

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

“Sudah terang qunut itu bukan bid’ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid’ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula”

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I’tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu’d yg mengatakan, maksudnya: “Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun.”

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu’ adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I’tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu’in dan Imam Nasa’i.

Imam Bukhari mengatakan: “Ingatannya tidak kuat!”

Imam Abu Hatim mengatakan:”Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang.”(Mizanul I’tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

“Al-muthbitu muqaddamun a’la annafi” maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

“Qunut pada solat subuh itu bid’ah”

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
“Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh.”

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

“Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh.”

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya’la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I’tidal: Muhammad bin Ya’la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I’tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I’tidal 2/422)

http://pondoktampin.blogspot.com

Solat Di Masjid Yang Ada Kubur Nabi-nabi, Ulama Dan Orang Soleh


Kubur Nabi-nabi dlm Masjid? Bagaimana Sembahyang didalamnya?

1.Adakah hadis-hadis yang Sahih atau Hasan yang menyatakan terdapatnya Kubur Nabi-nabi berada dalam masjid-masjid?.

2. Adakah sah bersembahyang dimasjid yang didalamnya terdapat kubur?.

JAWAB:
Soalan 1:

قبور الأنبيأ –عليهم الصلاة- التى بمسجد الخيف

أخرج البزار فى مسنده( كشف الأستار 1177) والطبرانى فى أكبر معاجمعه
( 12\316, 13525) وهو فى مشيخه ابن طهمان جميعهم من حديث ابراهيم بن طهمان عن منصور عن مجاهد عن ابن عمر رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

فى مسجد الخيف قبر سبعين نبيا

Didalam Masjid Khaif (Mina) terdapat 70 Kuburan Para Nabi- alaihimussholatuwassalam.

قال البزار : لا نعلمه عن ابن عمر بأحسن من هذا, تفرد به ابراهيم و عمرعن منصور

قال الحافظ ابن حجر فى (( مختصر زوائد )) رقم 713 (( وهو اسناد صحيح ))

Berkata : AlHafiz Ibnu Hajar dalam Mukhtasar Zawaid no 713 ” Iaitu Isnadnya Sohih”.

و قال الحافظ الهيثمى فى – المجمع- (3\297) رواه البزار: ورجاله ثقات

Berkata al hafiz Al Haisthami dalam “Majma” (2\297) “Telah meriwayatkannya al Bazzar, Dan Rijalnya adalah Thiqaat (kepercayaan) “.

فهذا الاسناد رجاله ثقات , وهو غاية فى الصحة , بل هو صحيح على شرط الشيخين , فلله دَرّ هذين الحافظين الجليلين

Soalan 2.

Jikalau kubur tersebut adalah sebahagian dari Masjid, maka tidak harus.
Tetapi kalau Kubur berada didalam/pinggiran masjid, maka tidak jadi masalah besembahyang disitu. Sah sembahyang . Melainkan jika kubur berada diarah kiblat depan masjid , maka makruh sembahyang dimasjid begitu disisi ulamak mazhab Hanafi. wallahu a’lam.
Terlebih jelas keharusannya , jika kubur hanya berada diruangan yang dikhaskan dengan berdinding yg hanya berada disisi masjid seperti MASJID NABAWI, MASJID DISISI MAKAM IMAM SHAFIE, MASJID DISISI MAKAM KEPALA SAYYDINA HUSIN R.A. DAN SEBAGAINYA. Maka tak ada masalah langsung dan tidak ada kena mengena langsung dengan hadis-hadis yg larang jadikan kuburan tempat sembahan. Wallahu a’lam.

http://pondoktampin.blogspot.com/search/label/FEQAH

Ziarah ke Makam Rasulallah, Sunnahkah?


Saat melaksanakan haji merupakan kesempatan emas bagi umat Islam untuk melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya. Beribadah di Haramain (Makkah dan Madinah) mempunyai keutaman yang lebih dari tempat-tempat lainnya. Maka para jamaah haji menyempatkan diri berziarah ke makah Rasulullah SAW.

Berziarah ke makam Rasulullah SAW adalah sunnah hukumnya. Rasulullah SAW sendiri bersabda:

مَنْ جَائَنِي زَائِرًا لَمْ تَدْعُهُ حَاجَةٌ اِلاَّ زِيَارَتِي كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ تَعَالَى أنْ أكُوْنَ شَفِيْعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Siapa saja yang datang kepadaku untuk berziarah, dan keperluannya hanya utnuk beziarah kepadaku maka Allh SWT memberikan jaminan agar aku menjadi orang yang memberi syafa’at (pertolongan) kepadanya di hari kiamat nanti. (HR Darul Quthni)

ِApalagi ziarah itu dilakukan pada saat melakukan ibadah haji. Dalam hadits lain disebutkan:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَجَّ فَزَارَ قَبْرِي بَعْدَ مَوْتِي كَانَ كَمَنْ زَارَنِيْ فِي حَيَاتِهِ

Dari Ibn ‘Umar RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang melaksanakan ibadah haji, lalu berziarah ke makamku setelah aku meninggal dunia, maka ia seperti orang yang berziarah kepadaku ketika aku masih hidup.” (HR Darul Quthni)

Atas dasar ini, pengarang kitab I’anatut Thalibin menyatakan:

“Berziarah ke makam Nabi Muhammad merupakan salah satu qurbah (ibadah) yang paling mulia, karena itu, sudah selayaknya untuk diperhatikan oleh seluruh umat Islam. Dan hendaklah waspada, jangan sampai tidak berziarah padahal dia telah diberi kemampuan oleh Allah SWT, lebih-Iebih bagi mereka yang telah melaksanakan ibadah haji. Karena hak Nabi Muhammad SAW yang harus diberikan oleh umatnya sangat besar. Bahkan jika salah seorang di antara mereka datang dengan kepala dijadikan kaki dari ujung bumi yang terjauh hanya untuk berziarah ke Rasullullah SAW maka itu tidak akan cukup untuk memenuhi hak yang harus diterima oleh Nabi SAW dari umatnya. Mudah-mudahan Allah SWT membalas kebaikan Rasullullah SAW kepada kaum muslimin dengan sebaik-baik balasan.” (I’anatut Thalibin, juz II, hal 313)

Lalu, bagaimana dengan kekhawatiran Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjadikan makam beliau sebagai tempat berpesta, atau sebagai berhala yang disembah.. Yakni dalam hadits Rasulullah SAW:

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَتَتَّخِذُوْا قَبْرِي عِيْدًا وَلا تَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ قُبُوْرًا وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَصَلُّوْا عَلَيَّ فَاِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي

Dari Abu Hurairah RA. Ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kamu jadikan rumahmu sebagai kuburan. Maka bacalah shalawat kepadaku. Karena shalawat yang kamu baca akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada.” (Musnad Ahmad bin Hanbal: 8449)

Menjawab kekhawatiran Nabi SAW ini, Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Maliki al-Hasani menukil dari beberapa ulama, lalu berkomentar:

“Sebagian ulama ada yang memahami bahwa yang dimaksud (oleh hadits itu adalah) larangan untuk berbuat tidak sopan ketika berziarah ke makam Rasulullah SAW. Yakni dengan memainkan alat musik atau permainan lainnya, sebagaimana yang biasa dilakukan ketika ada perayaan. (Yang seharusnya dilakukan adalah) umat Islam berziarah ke makam Rasul hanya untuk menyampaikan salam kepada Rasul, berdo’a di sisinya, mengharap berkah melihat makam Rasul, mendoakan serta menjawab salam Rasulullah SAW. (Itu semua dilakukan) dengan tetap menjaga sopan santun yang sesuai dengan maqam kenabiannya yang mulia.” (Manhajus Salaf fi Fahmin Nushush bainan Nazhariyyah wat-Tathbiq, 103)

Maka, berziarah ke makam Rasulullah SAW tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan sangat dianjurkan karena akan mengingatkan kita akan jasa dan perjuangan Nabi Muhammad SAW, sekaligus menjadi salah satu bukti mengguratnya kecintaan kita kepada beliau.

KH Muhyiddin Abdusshomad
Pengasuh Pondok Pesantren Nuris, Ketua PCNU Jember

http://www.nu.or.id/page.php?lang=id&menu=news_view&news_id=10830

Mengapa Kita Perlu Bertawassul?


Wasilah (=perantara) artinya sesuatu yang menjadikan kita dekat kepada Allah SWT. Adapun tawassul sendiri berarti mendekatkan diri kepada Allah atau berdo`a kepada Allah dengan mempergunakan wasilah, atau mendekatkan diri dengan bantuan perantara. Pernyataan demikan dapat dilihat dalam surat Al-Maidah ayat 35, Allah berfirman :

يَااَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوااللهَ وَابْتَغُوْا إِلَيْهِ اْلوَسِيْلَةَ

“Wahai orang-orang yang beriman takutlah kamu kepada Allah, dan carilah jalan (wasilah/perantara).”

Ada beberapa macam wasilah. Orang-orang yang dekat dengan Allah bisa menjadi wasilah agar manusia juga semakin dekat kepada Allah SWT. Ibadah dan amal kebajikan juga dapat dijadikan wasilah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amar ma’ruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) juga termasuk wasilah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mengenai tawassul dengan sesama manusia, tidak ada larangan dalam ayat Al-Qur’an dan Hadits mengenai tawassul dengan orang-orang yang dekat kepada Allah para Nabi, para Rasul, sahabat-sahabat Rasulullah SAW, para tabi`in, para shuhada dan para ulama shalihin.

Karena itu, berdo`a dengan memakai wasilah orang-orang yang dekat dengan Allah di atas tidak disalahkan, artinya telah disepakati kebolehannya. Bertawassul dengan orang-orang yang dekat kepada Allah, senyatanya tetap memohon kepada Allah SWT karena Allah-lah tempat meminta dan harus diyakini bahwa sesungguhnya:

لاَمَانَعَ لمِاَ اَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِى لمِاَ مَنَعْتَ

Tidak ada yang bisa mencegah terhadap apa yang Engkau (Allah) berikan, dan tidak ada yang bisa memberi sesuatu apabila Engkau (Allah) mencegahnya.

Secara psikologis tawassul sangat membantu manusia dalam berdoa. Katakanlah bertawassul sama dengan meminta orang-orang yang dekat kepada Allah SWT itu agar mereka ikut memohon kepada Allah SWT atas apa yang kita minta.

Tidak ada unsur-unsur syirik dalam bertawassul, karena pada saat bertawassul dengan orang-orang yang dekat kepada Allah SWT seperti para Nabi, para Rasul dan para shalihin, pada hakekatnya kita tidak bertawassul dengan dzat mereka, tetapi bertawassul dengan amal perbuatan mereka yang shaleh.

Karenanya, tidak mungkin kita bertawassul dengan orang-orang yang ahli ma’siat, pendosa yang menjauhkan diri dari Allah, dan juga tidak bertawassul dengan pohon, batu, gunung dan lain-lain.

KH A Nuril Huda
Ketua PP Lembaga Dakwah Nahdlatul Ulama (LDNU)

http://bahrusshofa.blogspot.com/

Amalan Baca Qur’an Di Kubur, Bidaahkah?


Rumah seperti kubur

Soalan: Saya terbaca hadis yang bermaksud: Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. (Hadis riwayat Muslim, Tarmizi, Ahmad). Apakah maksud sebenar hadis tersebut?

– Osman Jailani, Sungai Nibong,

Pulau Pinang.

Jawapan: Meskipun hadis tersebut sahih dan boleh diterima, tetapi ianya kurang tepat untuk dijadikan hujah atau dalil menunjukkan amalan membaca al-Quran di tanah perkuburan itu bidaah dan sesat sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kerana dalam hadis lain riwayat Ahmad melarang hanya perkataan palsu sebagai mana sabdanya bermaksud: pergilah ziarah kubur dan jangan ucapkan kata yang hajra (tidak disukai agama).

Ini kerana tidak ada di dalamnya sebarang larangan membaca al-Quran di mana-mana, sedangkan hadis yang menyatakan fadilat membaca al-Quran itu sangat banyak.

Kita percaya bahawa bacaan al-Quran adalah sebesar-besar amalan untuk mendapat syafaatnya. Apa yang dapat difahami bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mahu kita hidup menjadi seperti orang yang sudah mati dan berada di perkuburan kerana kita masih boleh membaca al-Quran tetapi mereka di perkuburan tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Oleh yang demikian janganlah kita yang masih hidup menjadi seperti mereka yang sudah meninggal di perkuburan, sunyi sepi sahaja sesuai dengan sabdanya bermaksud: cahayakan (sinari) rumah kamu dengan al- Quran. Adapun mereka yang masih hidup bebas, untuk membaca al-Quran di mana-mana terutama dalam rumahnya supaya al-Quran dapat menyinari hidupnya.

Begitu juga matinya, bila al-Quran dibacakan atas perkuburannya dan dihadiahkan pahala kepadanya. Sedangkan amalan lain seperti sedekah haji istighfar jelas sampai pahalanya, inikan pula bacaan kalam-Nya Yang Maha Tinggi tentu akan dapat membantu dan memberi syafaat kepadanya. Allah selalu umpamakan orang yang mati hati dengan mereka yang sudah mati dalam kubur, juga dengan mereka yang berada di bawah panas terik matahari atau orang buta dan sebagainya.

Begitu juga dalam masalah ini kerana bila kita tidak menghiaskan rumah dengan al-Quran maka Nabi samakan kita dengan orang yang berada di tanah perkuburan sunyi dan sepi sahaja. Oleh itu jangan kamu jadikan rumah kamu (sunyi sepi) seperti tanah perkuburan, bukan ertinya kita dilarang membaca al-Quran di tanah perkuburan. Yang ada dalam hadis tersebut arahan membaca al- Quran. Kita bimbang bagaimana perkara yang digalakkan agama boleh dilarang.

Ada juga yang akan berdalil dengan ayat 28-29 dari surah an-Najmi. Kita katakan bahawa ayat tersebut menyatakan tentang dosa kesalahan seseorang tidak akan dipikul oleh orang lain sesuai dengan firman-Nya seseorang pemikul (bebanan ) itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, sekiranya orang yang berat tanggungannya meminta orang lain untuk membantunya, tidak dapat dipikulnya sedikitpun sekalipun kaum keluarganya, Fatir ayat 18.

Tetapi dalam soal pahala dan rahmat Allah tidak boleh disamakan dengan kemurkaan dan azab-Nya. Firman-Nya bermaksud: siapa yang membawa amalan kebaikan maka diganda 10 kebajikan lagi dan siapa yang mendatangkan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan sama dengan kejahatan tersebut (sahaja). (al-Ana‘am 160) dan rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku.

Lantaran itulah Imam Bukhari pernah menceritakan bagaimana seorang yang telah membunuh 100 orang mendapat keampunan dari Allah s.w.t. kerana tindakannya untuk bertaubat. Demikian juga wanita jahat yang diampuni-Nya kerana masih tersemat di lubuk hatinya perasaan kasihan belas, sekalipun kepada anjing yang haus di padang pasir lalu diberinya minum air dengan menggunakan kasutnya.

Dan bagaimana pula dengan seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana menahan kucing mati kelaparan tanpa perasaan belas kasihan dan tidak memberinya sebarang makanan? Allah mengampuni mereka yang dikehendak-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya. Wallahualam.

– ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Tahlil Arwah: Perkara Khilafiah Yang Diperdebatkan


TAHLIL : PERKARA KHILAFIYYAH YANG DIPERDEBATKAN


Dalam bahasa arab, Tahlil bermaksud menyebut kalimah “syahadah” iaitu “La ilaha illa Allah”. Definisi ini dinyatakan oleh Al-Lais dalam kitab “Lisan Al-Arab”. Dalam kitab yang sama, Az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah syahadah[1].

Adapun makna tahlil mengikut pandangan masyarakat melayu adalah “amalan menyebut kalimah syahadah. Ianya di lakukan sebelum dari berdoa, dan kebiasaannya diamalkan selepas dari kematian atau untuk kesyukuran”

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran ini sering didebatkan secara ilmiyyah. Perdebatan ini bukan sekadar berlaku dikalangan manusia biasa, bahkan ianya didebatkan dikalangan ilmuan-ilmuan Islam.

Walaubagaimanapun, tulisan ringkas ini bukanlah untuk membela atau menghentam amalan yang diamalkan dikalangan masyarakat melayu ini. Tetapi ianya sekadar ulasan yang menggambarkan perkara perdebatan yang ianya adalah amalan yang masih dibawah ketagori khilafiyyah dikalangan ulama.

NABI TAK BUAT !!

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran sering diperdebatkan oleh sebilangan golongan yang mendakwa salafi atau wahabi. Golongan ini mendakwa, amalan tahlil adalah amalan yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW, Sahabat-sahabat, tabiin, tabii tabiin dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan, amalan tahlil arwah dan kesyukuran tidak pernah diamalkan Rasulullah SAW dan golongan salaf soleh, tetapi ianya tidak lepas dari perkara khilafiyyah dikalangan ulama dalam beristidlal atas keharusan mengamalkannya.

Melihat dengan alasan bahawa sesuatu amalan itu tidak boleh dilakuakan bersebabkan amalan itu tidak diamalkan oleh Rasulullah, maka jawapannya adalah, tidak semua amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang tidak boleh dilakukan.

Ini kerana, alasan yang menyatakan tidak boleh diamalkan sesuatu amalan yang tidak di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah bersumberkan kepada hadis nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami, maka amalan itu tertolak[2]”

Menurut Muhammad Syams Al-Haq al-‘Azim Al-Abadi didalam kitabnya “Aun Al-Ma’bud”, maksud dengan “sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami” adalah sesuatu amalan yang tidak disandarkan kepada kitab (al-Quran) dan As-Sunnah, samada berbentuk ZAHIR atau BATIN[3].

Maka dengan demikianlah, difahami disana ada sesuatu yang jelas dinyatakan berbentuk perbuatan, perkataan dan taqrir nabi secara zahir, tetapi disana terdapat juga pengambilan hukum secara batin, atau dikenali sebagai istinbat hukum dari Nas.

Didalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu nas itu diistinbatkan hukum dengan beberapa cara, samada dengan Ibarat an-nas, isyarat an-nas, dilalat an-nas atau iqtida’ an-nas[4]. Maka dengan demikian, dengan beberapa kaedah pengistinbatan hukum inilah dinamakan sebagai sandaran kepada Al-Quran atau hadis secara BATIN.

Oleh itu, sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, maka tidak semestinya amalan itu dikira sebagai amalan yang ditolak, bahkan kadangkala sesuatu perkataan, perbuatan atau taqrir nabi itu tidak dilakukan secara zahir, tetapi dapat difahami secara istinbat atas keizinan melakukan amalan tersebut.

Perkara ini berlaku adalah kerana, Baginda SAW merupakan seorang Nabi yang bercakap dengan kalam yang mempunyai banyak tafsiran, walaupun kadangkala, ianya adalah sekadar 5 kalimah sahaja.

Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya pembukuan Al-Quran, membina madrasah, mengarang kitab dan sebagainya, walaupun perkara tersebut tidak pernah berlaku dalam perhatian Nabi SAW.

Kemungkinan sebilangan manusia menganggap, amalan itu adalah amalan sahabat-sahabat Baginda SAW yang amalan mereka di iktiraf oleh Nabi SAW dalam satu hadis;

وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة قالوا وما هم يا رسول الله قال من كان على ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya;
“lagi akan berpecah ini umat kepada 73 puak, semuanya dalam neraka melainkan satu. Sahabat berkata; siapakah mereka Wahai Rasulullah SAW? bersabda Nabi SAW ; mereka yang atas jalanku dan sahabat-sahabatku[5]”

Dari hadis ini, mereka akan mendakwa bahawa amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, tetapi di amalkan juga oleh sahabat dikira sebagai amalan yang dibenarkan, disebabkan sandaran kepada hadis ini.

Diperhatikan balik, sahabat-sahabat adalah dikira sebagai mujtahid mustaqil, atau dinamakan juga dengan gelaran “Tabqah Al-Mujtahidin fi As-Syara’”. Maksud dengan mujtahid mustaqil adalah;

وهوالذي استقل بوضع قواعده لنفسه، يبني عليها الفقه

Maksudnya;
“ia adalah orang yang bersendiri dengan meletakan kaedah-kaedahnya bagi dirinya dan terbina fiqh daripadanya[6]”

Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Fatawa Maasirah”, serta menamakan sebilangan mujtahid-mujtahid dikalangan sahabat, seperti Abu Bakar As-Siddiq, Omar Al-Khattab, Ibnu Omar dan sebagainya[7].

Maka dengan demikian, amalan yang dilakukan oleh sahabat merupakan satu isyarat yang perlu dipelajari, bahawa di sana terdapat kaedah-kaedah istinbat yang dilakukan oleh sahabat. Maka dengan sebab itulah, maksud hadis ini adalah, hendaklah kita mengikut kaedah-kaedah istinbat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW serta kaedah-kaedah pengistinbatan hukum yang dilakukan sahabat-sahabat Rasulullah SAW

Maka dari ini, difahami bahawa, tidak semua amalan yang tidak dilakukan oleh rasulullah SAW sebagai di tolak, tetapi yang dimaksudkan dengan amalan yang ditolak adalah amalan yang yang bercanggah dengan sandaran penghujahan Nas, samada secara zahir atau secara batin.

DOA TIDAK SAMPAI KEPADA SI MATI

Sebilangan penganalisa fiqh menyatakan, doa kepada si mati tidak sampai dengan beberapa alasan. Antara alasannya adalah, bersandarkan kepada hadis Nabi SAW;

إذا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلا من ثَلَاثَةٍ إلا من صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أو وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له

Maksudnya;
“apabila seorang insan, maka terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya[8]”

Maka dari hadis ini, Baginda SAW menyatakan bahawa, doa yang sampai kepada si mati adalah doa yang dilakukan oleh anak si mati sahaja, tidak orang lain, disebabkan hadis ini dengan jelas menyatakan demikian.

Persoalannya adalah, adakah doa orang yang tidak terlibat hubungan dengan si mati, apabila mereka berdoa, doa mereka tidak diterima oleh Allah?

Jika diperhatikan kepada hadis-hadis yang lain, didapati Baginda SAW pernah mengajar doa-doa yang perlu dibaca untuk si mati.

Antara doa-doanya adalah;

عن عوف بن مالك أنه قال صلى النبي (ص) على جنازة فسمعته يقول اللهم اغفر له وارحمه واعف عنه

Maksudnya;
“Daripada Auf bin Malik, sesungguhnya dia berkata; Nabi SAW telah menunaikan solat atas satu jenazah, aku mendengar Baginda SAW berkata; Ya Allah!! ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkan dia ………..[9]”

Dari hadis ini dapat di istinbatkan bahawa, doa kepada si mati ini sabit dari hadis baginda SAW. maka dengan demikian, dakwaan yang mengatakan doa kepada si mati tidak sampai, maka itu merupakan tindakan melihat kepada zahir nas, tanpa dilihat dari sudut batin nas.

MENGAPA TIDAK TERUS BERDOA SAHAJA?

Ada juga sebilangan manusia yang mendakwa, jika demikian, mengapa perlu mengucapkan tahlil dahulu, kenapa tidak terus berdoa sahaja.

Dalam kitab “At-Tawassul” karangan As-Syaikh Albani menyatakan, bertawassul yang diizinkan dalam syarak adalah tawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah, tawassul dengan amalan soleh dan tawassul dengan doa orang yang soleh (yang masih hidup)[10].

Daripada tawassul-tawassul yang dinyatakan ini, antara tawassul yang disyariatkan berdasarkan kepada pendapat Albani adalah tawassul dengan amalan soleh.

Amalan tawassul dengan amalan soleh ini adalah disandarkan kepada hadis yang panjang, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lainnya, daripada Abdullah bin Omar berkata, bahawa Aku dengar Rasulullah SAW bersabda;

انطلق ثلاثة رهط ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه ، فانحدرت صخرة من الجبل ، فسدت عليهم الغار ………………… فانفرجت الصخرة فخرجوا من الغار يمشون

Maksudnya;
“tiga orang sebelum dari kamu telah masuk dalam satu gua dan bermalam dalamnya, lalu telah jatuhlah sebiji batu besar daripada bukit, maka tertutuplah pintu gua tersebut ……………….. … lalu memacar keluarlah batu itu, lalu mereka berjalan keluar daripada gua tersebut[11]

Jika dilihat kandungan hadis ini adalah, berkenaan dengan tiga orang lelaki yang telah terperangkap didalam gua. Lalu, untuk membuka pintu gua yang tertutup dengan batu besar itu, maka mereka berdoa dengan Allah SAW disamping bertawassul dengan amalan soleh yang mereka telah lakukan. Apabila selesai tiga orang itu menceritakan amalan baik mereka sebagai tawassul dengan amalan soleh mereka yang disertai doa, maka pintu gua yang tertutup itu telah terbuka dengan berkat doa mereka yang disertai tawassul amalan soleh mereka itu.

Sesungguhnya antara amalan soleh yang dii’tiraf oleh Islam adalah mengucapkan kalimah syahadah, atau dinamakan sebagai tahlil.

Didalam hadis, Nabi SAW pernah menyatakan;

يخرج من النار من قال لا اله الا الله

Maksudnya;
“orang yang menyebut “la ilaha illa Allah” akan dikeluarkan daripada neraka[12]”

Hadis ini menyatakan tentang keselamatan mereka menyebut kalimah syahadah dengan diselamatkan mereka dari api neraka. Dengan jaminan ini menandakan bahawa, menyebut kalimah syahadah ini merupakan amalan soleh yang dii’tiraf oleh Allah SWT.

Maka dengan demikian, apabila seseorang yang mengadakan tahlil arwah, mereka berzikir dengan mengalunkan kalimah syahadah terlebih dahulu, kemudian mereka berdoa, maka amalan itu tidak bercanggah dengan syarak, disebabkan bertahlil itu sebagai cara bertawassul kepada Allah untuk memustajabkan doa yang hendak ditujukan kepada si Mati.

PENUTUP

Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk mempertahankan amalan tahlil arwah, tetapi ianya lebih kepada menyatakan bahawa, amalan ini masih lagi dalam perkara khilafiyyah dikalangan ulama.

Segala ulasan ini bukanlah bermakna ianya adalah sesuatu yang qatii, tetapi ianya adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak lepas dari berlaku khilafiyyah.

Mungkin ada pertanyaan, sekiranya tulisan ini untuk menyatakan perkara khilafiyyah dalam amalan tahlil arwah, mengapa ianya tidak disertakan juga hujjah-hujjah mereka yang mengatakan larangan bertahlil arwah. Jawapannya adalah, disebabkan di dunia alam maya ini, sudah ramai yang berhujjah atas larangan, maka kali ini, tulisan ini sekadar menyatakan pandangan golongan yang menyatakan ianya adalah amalan yang dibenarkan oleh syarak.

Pun begitu, pada pandangan penulis, lebih baik tidak dilakukan amalan tahlil arwah ini. Ianya adalah kerana, amalan ini tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan golongan dulu. Walaupun begitu, penulis tetap mengambil sikap, untuk menghormati pandangan ulama yang menyatakan kebenaran melakukan amalan ini.

Dalam menghadapi perkara khilafiyyah ini, tidak perlu kita “berkepala batu”, seperti yang dilakukan oleh sebilangan puak dan golongan. apa guna kita “berkepala batu” perkara khilafiyyah, tetapi dalam masa yang sama, serangan musuh-musuh Islam kepada kita tidak berkesudahan. Agama Islam menjadi agama yang dihina oleh musuh-musuh Islam.

Perkara yang paling perlu “dikepala batukan” adalah dalam perkara yang bersangkut dengan perkara yang disepakati oleh ulama, seperti perlaksaan undang-undang islam didalam sesebuah Negara, isu murtad, syirik dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah dan sebagainya.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah dan tidak putus-putus untuk mengharapkan kemenangan islam sehinggakan Islam menjadi agama yang memerintah bukan diperintah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Lisan Al-‘Arab : 11/701.
[2] Sahih Muslim : 3/1343 : hadis no : 1718.
[3] Aun Al-Ma’bud : 12/233. dan Faid Al-Qadir : 6/36.
[4] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/349-355.
[5] Kanz Al-‘Ummal : 2/177 : hadis no : 4382.
[6] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 1/45.
[7] Fatawa Muasirah : 2/112.
[8] Sahih Muslim : 3/1255 : hadis no : 1631.
[9] Nihayah Az-Zain : 1/158.
[10] At-Tawassul : 1/29-38
[11] Sahih Al-Bukhari : 2/793. hadis no : 2152.
[12] Sahih Ibni Hibban : 16/528 : hadis no : 7484.

Pelepah Tamar Dan Baca Al-Qur’an : Imam Al-Qurtubi Kata Ada Kaitan


PELEPAH TAMAR DAN BACA AL-QURAN : IMAM AL-QURTUBI KATA ADA KAITAN

Seorang sahabat menghantar e mail untuk merujuk satu tulisan yang termaktub dalam salah satu laman web yang terkenal juga, iaitu lamanweb al-ahkam. Disana terdapat satu tulisan yang bertajuk, “TIADA KAITAN ANTARA HADIS PELEPAH TAMAR DAN KONSEP MENGHADIAHKAN PAHALA KEPADA SI MATI” tulisan seorang ilmuan Islam yang bernama Muhammad Hanief Awang Yahya.

Padaku, tulisan tersebut menggambarkan sikap “berkeras” dalam perkara khilafiyyah, sedangkan perkara ini telah diulas oleh sebilangan ulama-ulama yang lebih mu’tabar dari sebilangan mereka yang didakwa sebagai ulama hatta mufti atau maulana sekalipun.

Walaubagaimanapun, pada pendirianku, aku tidak akan mengatakan pandangan al-fadhil al-ustaz itu salah, bahkan tetap mengakui kebenarannya, tetapi yang ingin aku tekankan adalah, perbincangan ini masih lagi dibawah perkara khilafiyyah.

Jika al-fadhil al-ustaz menyatakan tiada hubungan antara hadis pelepah tamar dan konsep baca al-quran untuk si mati, maka disini aku akan mengemukakan ulasan oleh seorang ulama yang dii’tiraf kealimannya oleh ulama seluruh dunia, iaitu Al-Imam Al-Qurtubi yang pandangannya agak bercanggah dengan pandangan al-fadhil al-ustaz.

HADIS PELEPAH TAMAR

Ulama berkhilaf berkenaan dengan tindakan Nabi SAW yang memacak pelepah tamar yang masih basah pada kubur. Ada ulama menyatakan, ianya adalah khususiyyat Rasulullah SAW. sebilangan ulama yang lain pula menyatakan, ianya adalah perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas dari itu[1].

Antara ulama yang menyatakan tindakan Nabi SAW itu merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas nabi adalah Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran” atau dikenali sebagai “Tafsir Al-Qurtubi”. Pengakuan Imam Al-Qurtubi tersebut bukan sekadar menyatakan bahawa perbuatan itu boleh diamalkan bahkan beliau menyatakan juga;

اذا خفف عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن

Maksudnya;
“Apabila di ringankan (azab) daripada mereka dengan pokok-pokok, maka bagaimana dengan bacaan Al-Quran dari lelaki yang mukmin?[2]”

SEMUA BENDA BERTASBIH?

Firman Allah;

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya;
“langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun”

(Surah Al-Isra’ : 44)

Golongan yang menyatakan pelepah tamar yang basah itu tidak dapat mengurangkan azab si mati adalah bersebab dengan khususiyyat Rasulullah SAW menyatakan bahawa, firman Allah ini adalah pembuktian bahawa, tidak semestinya dengan pacak pelepah tamar sahaja, bahkan memadai dengan tanah dan pasir-pasir untuk bertasbih.

Adapun mengikut pandangan Al-Qurtubi, benda yang bertasbih adalah benda yang “jenis hidup” dan “jenis berkembang”. Adapun benda yang berbentuk “jamad” atau “benda yang mati atau keras”, maka ianya tidak bertasbih.

Oleh itu, Al-Qurtubi menyatakan bahawa, dengan hadis pelepah tamar dengan kata Nabi SAW;

لَعَلَّهُ يُخَفِّف عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Maksudnya;
“Mudah-mudahan diringankan dari kedua-duanya selama ianya belum kering”

dari hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan, hadis ini merupakan isyarat, selama ianya basah, maka ia akan bertasbih, dan sekiranya ia sudah kering, maka jadilah dia sebagai “jamad” (tidak bertasbih)[3]”

PENUTUP

Perdebatan dikalangan ulama dalam menyatakan hukum adalah perkara lumrah dalam pengajian Fiqh. Kekhilafan bukanlah sebagai modal bagi kita untuk kita berpecah atau kita melupakan tugasan kita yang paling utama.

Begitulah halnya berlaku dalam perkara khilafiyyah dalam “mengistidlalkan” hukum pacak pelepah tamar ini. Mungkin ada dakwaan menyatakan, kaedah qiyas yang digunakan oleh Imam Al-Qurtubi adalah salah, yang ianya dikira sebagai qiyas ma’a Al-Fariq.

Padaku, tuduhan yang menyatakan ianya adalah qiyas ma’a Al-Fariq adalah tuduhan yang tidak tepat. Ini kerana, maksud Al-Qiyas ma’a Al-Fariq adalah illah antara Asl dan Furu’ tidak mempunyai kesamaan atau wujudnya percanggahan antara illah asl dan illat furu’.

Tetapi dalam hal bacaan Al-Quran muslim dan tasbih pelepah tamar, illatnya bukannya bercanggah, tetapi ianya sekadar menyatakan kelebihan bacaan Al-Quran dari mukmin berbanding tasbih pelepah tamar. Maka dengan itu, ianya tidak dipanggil sebagai Qiyas ma’a Al-Fariq, tetapi ianya disebut sebagai qiyas al-aula atau qiyas jali.

Begitujuga, tuduhan yang menyamakan antara amalan ini dengan amalan kristian merupakan tuduhan ghulu yang seakan-akan mengkategorikan Imam Al-Qurtubi sebagai orang yang mencetuskan pemikiran separa kristian ini.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah, disamping tidak melalaikan tugasan untuk mendaulatkan Islam di muka bumi Allah ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Taisir Al-‘Allam Syarh Umdah Al-Ahkam : 1/27.
[2] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : 10/267.
[3] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : 10/267.


Asyura, 10 Muharram: Kematian Firaun

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.

Puasa Asyura’

Sebahagian umat Islam di Malaysia mungkin lebih mengenali bubur asyura dari puasa Asyura’. Di Malaysia juga mungkin lebih masyhur cerita bahawa Nabi Nuh a.s. dan beberapa orang beriman sesudah diselamatkan oleh Allah dari banjir besar, mencampurkan semua makanan yang ada pada mereka (ada yang menambah; dengan daun-daun dan dahan-dahan kayu) lalu mereka memasak bubur asyura. Konon untuk menghidupkan sunnah tersebut, maka masyarakat kita mengamalkan memasak bubur asyura pada waktu-waktu tertentu (tapi tanpa daun dan dahan kayu).

Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat yang sahih berlaku pada 10 Muharram; kematian Firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a. pada Jumaat 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala’. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Tetapi sunat berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura) hanya berkait dengan peristiwa kemusnahan Firaun sahaja dan tidak ada sebarang kaitan dengan pembunuhan Husain r.a. di Karbala’. Syiah memperingatinya setiap tahun dan melakukan amalan-amalan bid’ah sempena tarikh tersebut. Tetapi ajaran sunnah yang sebenarnya adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari buruan Firaun tanpa dikaitkan sedikit pun dengan peristiwa pembunuha Husain r.a.

Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad:

“Puasa Aasyura ada tiga darjat:

Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.

Berpuasa 10 Muharram sahaja.”

Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

Puasa Asyura’ adalah di antara puasa-puasa yang afdhal. Ada ulama’ yang berpendapat bahawa sebelum para sahabat r.a. diwajibkan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan, mereka telah diwajibkan terlebih dahulu berpuasa pada 10 Muharram. Mereka juga membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa pada hari Asyura’.

Bukhari meriwayatkan dari ar-Rabi’ binti Muawwidz r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke perkampungan Ansar pada hari Asyura’ dan bersabda: “Sesiapa yang telah makan pada hari ini, jangan lagi makan sehingga habis siang hari ini. Sesiapa yang berpuasa, teruskan berpuasa.” Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Kami berpuasa pada hari itu dan menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami mereka untuk mereka permainan. Apabila ada yang menangis meminta makanan, kami akan lekakan dia dengan permainan itu sehingga berbuka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobroni: “Tidak ada hari yang afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura’.”

Kemusnahan Firaun

Firaun musnah pada hari itu. Dia adalah insan yang diabadikan kisahnya di dalam banyak ayat di dalam al-Quran dan dijanjikan oleh Allah akan diselamatkan jasadnya. Allah berfirman:

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

Di Mesir ada satu muzium khas menyimpan khazanah dinasti Firaun yang dikeluarkan dari piramid-piramid dan kuil-kuil Firaun. Di dalam muzium tersebut ada ruang khas ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Masuk muzium tu kena bayar. Masuk ruang khas tersebut kena bayaran lain. Di dalam ruang khas tersebut ada lebih kurang 9 mumia yang diambil dari piramid-piramid. Salah satunya Ramses II atau Ra’mases II. Dipercayai itulah Firaun yang memburu Nabi Musa a.s. ketika beliau a.s. membawa keluar 60,000 Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kemudian mati tenggelam di Laut Merah. Lihatlah gambar di atas. Menakjubkan. Di antara 9 mumia tersebut, dialah yang paling sempurna.

jika ke Mesir jangan lupa ‘jumpa’ Ramses II. Memang menarik. Rambutnya masih ada. Raut mukanya nampak sempurna. Telinga dia. Hidung dia. jari dia; masih ada jalur-jalur. Semuanya nampak hebat. Ini janji Allah. “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)….”

Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir. Semua Firaun mengaku diri mereka tuhan. Tetapi Ramses II tidak begitu. Dia mendakwa dirinya ‘akulah tuhanmu yang paling agung’ (An-Naziaat: 24). Dia juga berkata kepada kaumnya ‘Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Ramses II adalah seorang lelaki yang cukup sempurna. Tampan bergaya. Gagah perkasa. Kaya raya. Ada karisma. Mampu menakutkan musuhnya. Sihat wal afiat. Tidak pernah demam. Tidak pernah bersin. Dia dan Firaun yang mengambil Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat; ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah orang yang sama dan ada yang mengatakan mereka adalah dua orang yang berbeza. Tapi zalim yang tidak ada had. Kesudahannya hanya seperti dalam gambar di atas.

Ketika Bani Israel buntu, tidak jumpa cara untuk keluar dari penindasan Firaun, Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan cara yang cukup menakjubkan. Firaun memelihara orang yang akan mengalahkannya di dalam istananya sendiri. Ketika diburu dan terperangkap di pantai Laut Merah, sekali lagi Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan membelah Laut Merah. Selain dari itu banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pertembungan Nabi Musa a.s. dan Firaun. Ini semua adalah kisah-kisah yang sepatutnya kita kenang kembali di hari 10 Muharram.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” (Al-Qosos: 5-8)

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa Asyura’ dan mengambil iktibar dari kisahnya dalam menentang ayat-ayat Allah.